Friday, February 15, 2013

Roti naik johor

Resepi dari dapur tiffin biru...gebu macam mat gebu.....hehehe.....tq ye mat...akak cnp jer....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (guna tepung gandum jer)
250 ml air (buang 2 sb) + 2 sb susu pekat
50 g susu tepung
4 sb water roux (25 gm tpg gandum dimasak hingga likat dgn 125 ml air) - saya tambah
180 g gula perang (brown sugar) - saya letak 150 g jer
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan semua bahan2 di atas dalam satu
bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
KAEDAH LAIN :-
Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang....
CATATAN MAT GEBU :- Tips dari "Kak Pah JB"....kak pah kata, kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...