Wednesday, February 20, 2013

Kek choc moist chef zubaidah

Sesekali cuba buat kek coklat guna resepi lain....bahan dan caranya lebih kurang sama dgn yg pernah dibuat sebelum ni cuma sukatannya berbeza...boleh tahan....kalu guna coklat yg branded mesti lagi best.....ni cnp dari hasue...

Akak buat dua bancuhan...satu utk besday anak buah, satu utk mkn kat umah...deco simple2 jer

Bahan-Bahan

**100 gm serbuk koko
**1 tin susu  cair
**200 gm minyak masak/butter cair
**250 gm susu pekat
250 gm gula kastor - akak letak ke 160 gm saja
4 biji telur - pukul hingga berbuih
150 gm tepung gandum
1st soda bikarbonat
1 st baking powder

Cara-Cara
Campurkan kesemua bhn bertanda ** dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Atau bakar dgn selama 45 minit dgn suhu 170° (ikut oven memasing).
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing @ ganache.

Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 sb butter/margerin/minyak masak
*kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...