Sunday, April 22, 2012

Sup Kuetiaw Vietnam Style


Ni copipes dari Harian Metro online cumanya takde tulis cara2nya jadi cam biasa kena la ikut kreativiti.....kak inakl pun ada buat tapi dia ganti dengan mihun


Bahan sup: (untuk sajian dua orang)

500 gram daging (termasuk tulang untuk mendapatkan rebusan air)

100 gram ikan bilis(kisar halus dengan air)

1 kiub pati ayam

Garam (secukup rasa)

Gula (secukup rasa)

2 liter air



Bahan kuetiau:

200 gram kuetiau(celur)

20 gram daging (hiris)

1 sudu besar bawang goreng

3 tangkai daun bawang

2 tangkai cili merah atau cili padi (lebihkan jika ingin pedas)

2 limau kasturi atau limau nipis

Sawi/tauge/kobis(celur - tauge kalau suka tak celur pun takpe sebab kuah sup dah panas)

Cara2 saya:

Rebus daging dan tulang hingga empuk. Daging tadi keluarkan dan tos. Hiris nipis dan ketepikan. Masukkan bilis yang dikisar halus, kiub, garam dan sedikit gula.Masak hingga mendidih.


 Cara-cara ni saya belajar dari maid yang keja kat umah adik....rangup dan wangi. tak payah beli sebab yang beli tu bukan bawang sebenar....kalau tak salah dibuat daripada jantung pisang...

Bawang goreng.

Bawang rose (bawang kecil) dihiris nipis.
Gaulkan dengan sedikit garam.
Goreng dengan minyak yang banyak hingga keperangan.


Petua chef:

- Elak celur kuetiau terlalu lama supaya tidak lembik.

- Elak mencelur sayur terlalu lama kerana boleh mengurangkan khasiatnya.

- Guna daging berkualiti seperti batang pinang kerana ia senang masak dan tidak mengambil masa lama.

- Sup Vietnam tidak memerlukan rempah-ratus banyak tetapi dilebihkan sayuran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...