Thursday, September 13, 2018

Nasi Ketumbar


Nasi ketumbar utk potluck khamis 6 September lepas. Suruh bos pilih nasi apa yg dia nak....saya bagi beberapa option..... Nasi ni makan gitu jer pun sedap dah....aroma daun ketumbarnya menyerlah.

Nasi ni lagi la berkurun tak buat. Padanannya ayam masak merah dan jelatah.


Nasi Ketumbar

Bahan:

500g beras (basuh, rendam 20 minit dan toskan)
3 s/b mentega/minyak sapi sedikit minyak
1 biji bawang besar (dimayang halus)
3 pokok daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara

1. Basuh beras dan toskan.
2. Cairkan mentega bersama sedikit minyak.  Masukkan bawang; goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam.  Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam.
3. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa.  Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau. (jangan lupa tutup periuk kemas2 lepas tu yer)
4. Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..

Nasi Jagung


Lama dah tak buat nasi jagung......last buat entah la berapa tahun lepas......tak ingat langsung. Untuk majlil tahlil selasa malam lepas akhirnya pilih nasi ni utk dihidangkan dengan opor ayam dan daging masak hitam.

Saya guna beras khasmir jer kali ni....stok pusa tak cukup. Satu lagi kali ni saya terlupa letak rempah briyani......huhuhu....tapi Alhamdulillah rasanya masih ok. Laris juga la 10kg beras.....

Untuk resepi lauk nya saya share di link ini untuk daging masak hitam dan link untuk untuk opor ayam.


Resepi nasi jagung

30 cawan beras basmathi (basuh dan rendam 30 minit)
39 cawan cecair (air + 3 tin susu cair)
6 senduk minyak sapi + 1/2 cawan minyak masak

Cincang halus
30 ulas bawang merah
3 labu bawang putih
15 inci halia

Rempah tumis
5 batang kulit kayu manis
15 biji buah pelaga
20 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
2 sb lada hitam - peppercorn (biji)
10 tangkai daun kari
5 sb rempah briyani

Pewarna kuning
2 kg jagung frozen atau isi jagung segar
garam secukup rasa

Tumis rempah tumis kecuali rempah briyani hingga naik bau. Masukkan bahan cincang dan tumis lagi hingga naik bau. Masukkan rempah briyani. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan cecair dan garam. Biarkan mendidih. Masukkan beras. Masak hingga air hampir kering. Kacau selalu. Titiskan pewarna dan masukkan jagung. Tutup periuk dan kecilkan api. Biarkan nasi masak selama lebih kurang 15 minit. Tutup api dan biarkan selama 5 minit. Buka penutup periuk dan kareh rata nasi.


Daging masak hitam


Menu tambahan untuk majlis tahlil. Asalnya hubby suh masak kari pekat tapi ahad baru jer buat untuk member opis. Cam jemu pulak....tu yang masak daging masak hitam ni. Habiskan stok rempah....6.1 kg daging....


Daging masak hitam ZLC

1 1/2 kg daging - hiris nipis (untuk hati kasih aka limpa rebus dulu hingga empuk dan hiris setebal satu inci)

4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
3 inci halia

Hiris separuh dan kisar separuh

1/4 cawan cili kering kisar
100 gm rempah masak hitam (belah2 utara banyak jual)
10 sb kicap pekat manis
Garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
4 tangkai daun kari
Air
1 cawan minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bahan hiris dan dsun kari hingga naik bau dan keperangan. Masukkan bawang kisar. Tumis hingga kering airnya dan sedikit keperangan. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan rempah masak hitam. Tumis hingga terbit bau dan pecah minyak. Masukkan daging. Masak hingga air daging keluar dan daging hampir empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan kicap, garam dan asam keping. Masak hingga kuah pekat dan daging empuk. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia dihidang dengan nasi minyak, nasi impit, nasi putih dll.


Wednesday, September 12, 2018

Ayam Masak Opor Abang Sado JJ


Resepi opor Chef Hanieliza jadi rujukan encik hubby utk masak menu ni. Dia ingst2 lupa sebab dah lama tak masak katanya. Bahan seakan2 rendang pedas.   Untuk masakan ni hubby ada tambah  rempah ratus lain ikut  resepi yang lazim digunakan masa sediakan menu ni di kampung dulu2.                                     


Opor jawa ni ada perbezaan dengan opor pahang yang warnanya lebih gelap.

OPOR AYAM ABANG SADO JJ

Bahan

1 ekor ayam potong 16 ( bersihkan, gaul garam dan kunyit - goreng jangan garing sangat)

1 biji kelapa (2 cawan santan)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan A (di gaul rata)

1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar

Bahan B (tumisan)

1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah palaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan C (dikisar)

20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai

Cara

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.

2. Masukkan bahan C dan bahan A. Kacau rata.

3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga nampak pecah minyak.

4.Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api sederhana kecil sehingga mendidih.

5.Masukkan gula merah, garam, asam gelugor dan kerisik. Kacau dan biarkan pecah minyak dan pekat.

6.Sedia untuk dihidang.

**** kalau guna daging, perapkan daging dengan bahan A selama lebih kurang 1 jam.


Pavlova


lama anak2 minta baru tertunai malam  tadi. Putih telur baki buat biskut yang saya simpan dalam peti ais tu masih elok....dapat buat 3 adunan pavlova....puas makan.....tahun depan baru minta lagi tau....hehehhe


Resepi kat butterkicap.com ni bagus.....terperinci dia kongsikan. Saya guna telur lama yang disimpan dalam peti ais....jadi tak perlu masukkan cuka dan tepung....pavlova saya tak sempat tunggu sejuk dalam oven....terpaksa dikeluarkan terus sebab anak2 dah tak sabar nak makan. Bentuk pavlovanya pun huru hara....janji siap dan tetap sedap.....


Pavlova

Bahan-bahan

4 biji telur putih sejuk (saya guna sukatan 120 ml)
3g garam halus (1/2 sudu kecil)
2g ekstrak vanilla (1/2 sudu kecil) (saya guna serbuk vanila)
215g gula castor (1 cawan) (saya kurangkan jadi 3/4 cawan)
400g krim putar sejuk

Hiasan atas

Buah-buahan pilihan seelok2nya yang ada rasa masam2 sedikit.


Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 120°C.

Lapik dulang pembakar dengan Silpat atau hamparan pembakar silicon. Jika anda tidak memiliki hamparan tersebut, anda juga boleh menggunakan kertas pacmen.

Asingkan telur putih ke dalam mangkuk jika belum diasingkan lagi.

Masukkan garam dan ekstrak vanilla ke dalam telur putih dan kacau sedikit agar sebati.

Masukkan garam…
Seterusnya, vanila

Menyediakan meringue

Masukkan telur putih ke dalam mangkuk adunan.

Dengan pemutar, pukul telur pada kelajuan perlahan selama seminit, kemudian tingkat kelajuan ke sederhana laju. Pukul sehingga telur berbuih sepenuhnya.

Bermula dengan kelajuan perlahan
Pukul sehingga telur berbuih sepenuhnya
Tip penting: kecuali jika anda menggunakan pengadun tangan, kebanyakan pemutar mesin tidak sampai ke dasar mangkuk adunan. Buka dan angkat mangkuk semasa memukul untuk memastikan telur di dasar mangkuk juga berbuih.

Apabila telur sudah berbuih, tetapkan semula pada kelajuan rendah.

Masukkan gula ke dalam adunan telur perlahan-lahan, 1 sudu besar pada satu-satu masa. Biar telur dipukul selama 10-20 saat untuk membenarkan gula larut sedikit sebelum memasukkan sudu gula seterusnya sehingga habis. Pukul sehingga adunan teremulsi. Angkat mangkuk adunan sesekali agar dasar mangkuk dipukul juga supaya adunan dipukul dengan rata.

Masukkan 1 sudu besar gula pada satu-satu masa

Apabila adunan mula memuncak, hentikan pengadun dan kikis bahagian tepi mangkuk.

Tetapkan pengadun pada kelajuan sederhana laju dan lihatlah meringue anda terbentuk. Anda akan terlihat tanda bergaris yang dihasilkan oleh pemutar. Lebih tetap meringue anda, lebih jelas garisan-garisan itu. Pukul adunan sehingga terdapat puncak yang jelas pada adunan.

Puncak-puncak pada adunan anda menandakan meringue anda sudah cukup sempurna
Anda boleh terbalikkan meringue anda dan ia tidak akan tumpah. Jika ya, maksudnya meringue anda tidak siap lagi!
Tip penting: telur lama dan sejuk mempercepatkan lagi proses ini. Jika meringue anda tidak terbentuk, masukkan 2 sudu kecil cuka putih disuling. Apabila adunan hampir tetap, masukkan 3 sudu kecil kanji jagung.




Tuang adunan di atas loyang yang dialas baking paper. nak bentuk camna ikut citarasa.

Anda boleh biarkan meringue anda memuncak tetapi kami mencadangkan anda menggunakan belakang sudu untuk membentuk ‘mangkuk’ pada meringue anda. Cara ini membantu menetapkan krim dan hiasan atas anda. Pastikan dinding mangkuk pavlova anda cukup tebal, kira-kira 1.5 cm sudah memadai dan jangan tekan sehingga ke bawah. Gunakan belakang sudu untuk membentuk lengkungan.

Jangan berasa takut untuk betulkan meringue anda dengan sudu jika anda merasakan meringue anda tidak begitu sekata.

Nota penting: jika anda sukakan menringue yang mempunyai tekstur seperti marshmallow, jadikan mangkuk pavlova anda lebih tebal.

Membakar meringue

Bakar meringue. Bergantung pada saiz, proses ini akan mengambil masa selama sejam atau sehingga permukaan pavlova mengeras. Bahagian luar mestilah pejal apabila disentuh.

Apabila siap dibakar, padamkan ketuhar dan buka pintu ketuhar sedikit. Biarkan meringue di dalam ketuhar selama sejam sebelum menyediakan pavlova anda. Proses ini menyejukkan pavlova perlahan-lahan dan membenarkan pavlova menjadi rangup dan mengering tanpa merekah!



Pukul krim

Sementara menunggu meringue dibakar, sediakan krim putar. Oleh sebab meringue agak manis, anda tidak perlu tambahkan gula di dalam krim anda.

Nota penting: Bekukan atau sejukkan mangkuk adunan dan pemukul agar krim anda kekal sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan pukul dengan kelajuan rendah sebelum tingkatkan ke kelajuan tinggi. Bergantung pada kepekatan krim anda, jumlah krim yang diputar, suhu dan sebagainya, proses ini mengambil masa lebih kurang 7 minit. Seperti meringue anda, krim putar anda siap untuk dihidang apabila sudah mengembang dan memuncak.



Masa untuk sediakan pavlova!

Apabila meringue sudah siap, keluarkan daripada ketuhar. Berhati-hati ketika berbuat demikian kerana meringue anda boleh merekah.

Memang cantik!

Sediakan hiasan atas anda.

Buah-buahan sudah siap dipotong

Sudukan krim putar ke dalam setiap mangkuk pavlova. Jangan kedekut tetapi jangan letak terlalu banyak kerana anda tidak mahu krim tumpah.

Sudukan krim ke dalam mangkuk meringue

Akhir sekali, letakkan hiasan atas kegemaran anda. Anda boleh hidang dalam dulang atau secara berinidividu.

Letakkan hiasan atas kegemaran anda




Tip tambahan

Tiada beg paip? Gunakan beg kedap udara!

Meringue dan pavlova yang siap dibakar boleh rosak jika berada di persekitaran lembap. Oleh itu, jangan sediakan pencuci mulut ini terlalu awal dan simpan. Menyimpannya di dalam peti sejuk akan membuatkan pavlova menjadi berair. Oleh itu, simpan di dalam bekas kedap udara di kawasan kering dan sejuk.

Anda boleh menyediakan pavlova bersaiz seperti kek menggunakan resepi di atas tetapi jika anda tidak menyediakannya dengan betul, terdapat risiko tinggi intik meringue anda mendap. Kami cadangkan anda mula dengan meringue yang kecil. Tambahan pula, pavlova bersaiz kecil lebih sesuai untuk dihidangkan secara individu.

Untuk menambahkan lagi kemeriahan di meja makan anda, benarkan tetamu anda hias sendiri pavlova mereka dengan krim dan hiasan atas.

Resepi pavlova biasanya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Pavlova sememangnya hidangan pencuci mulut yang enak untuk dimakan sekali-sekala tetapi jangan makan sajian manis ini setiap hari!

Banana upside down cake


Kek pisang pun terbalik juga....apa2 buah pun boleh kasi terbalik sama dia....resepi kombinasi kak wan.....diubah suai dengan resepi pineapple upside down....maka jadilah banana upside down....sedap...tak tipu.


Kek pisang terbalik
Banana upside down kek

Lapisan bawah

1/4 cawan mentega
1/4 cup butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cup brown sugar
Hirisan nipis pisang secara memanjang secukupnya
(thinly sliced banana) 

Lapisan atas

1 1/2 cawan pisang (lenyek dan gaul dengan 1 sb jus limau)
1 1/2 cup mashed banana mix with 1 tbs lemon juice)
3/4 cawan gula perang
3/4 cup brown sugar
4 biji telur gred B4 eggs (medium size)
1 cawan mentega cair (resepi asal guna minyak jagung + sedikit garam)
1 cup melted butter
1/2 sk soda bicarbonat
1/2 tsp sodium bicarbonat
1 1/2 sk baking powder
1/2 tsp baking powder
2 cawan tepung gandum
2 cups all-purpose flour

Gris loyang kek dengan 1/4 cwn mentega dan tabur gula perang di dasarnya.
Aturkan pisang.

Satukan tepung, (garam jika guna minyak) baking soda dsn soda bikabonat. Ayak dan ketepikan.

Satukan gula, esen dan telur. Pukul hingga gebu. Tuangkan mentega cair sedikit demi sedikit sambil terus pukul.

Masukkan pisang. Pukul sebati.  Masukkan tepung sedikit2 sambil kacau dengan senduk jer. Tuang adunan dalam loyang yg disusun pisang tadi.

Bakar suhu 160 - 170 selama 50 minit atau hingga masak.

Sejukkan 10 minit di dalam loyang sebelum diterbalikkan di atas cake board.

***saya guna loyang saiz 10 inci



Strawberry Chilled Cheese Cake


Sekali dah success rasa nak buat lagi dan lagi sampai puas makan. Aritu buat oreo...kali ni cuba strawberry cheese pulak. Nonbaked cake ni texture dia macam puding....lembut dan laju jer lalu kat tekak.


Strawberry Cheese Cake (non-baked)

Bahan-bahan A:
250 gm biskut digestive atau oreo tanpa krim
125 gm mentega tanpa garam

Bahan-bahan B:

200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
150 gm gula kastor
2 sudu besar jus lemon

Bahan-bahan C:

15 gm gelatin halal 100ml air panas - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping

Strawberry jam (yang ada buah2nya) secukupnya
Jus lemon (optional)
Sedikit air

Cara-cara

Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.

Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci. Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata. Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat. Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.

Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu. Ketepikan. Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati. Kemudian tuangkan bahan ini ke dlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.

Keluarkan loyang berisi adunan biskut daripada peti ais. Tuangkan 1/2 adunan krim cheese tadi ke atas adunan biskut. Ratakan dan letakkan strawberry jam atau segar ikut citarasa. Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam atau semalaman.

Campurkan bahan topping semua sekali, didihkan sebentar, apabila telah mendidih, tutup api. Sejukkan.

Lepas dah keras adunan cheese, hias dengan topping strawberry tadi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...