ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Wednesday, September 12, 2018
Ayam Masak Opor Abang Sado JJ
Resepi opor Chef Hanieliza jadi rujukan encik hubby utk masak menu ni. Dia ingst2 lupa sebab dah lama tak masak katanya. Bahan seakan2 rendang pedas. Untuk masakan ni hubby ada tambah rempah ratus lain ikut resepi yang lazim digunakan masa sediakan menu ni di kampung dulu2.
Opor jawa ni ada perbezaan dengan opor pahang yang warnanya lebih gelap.
OPOR AYAM ABANG SADO JJ
Bahan
1 ekor ayam potong 16 ( bersihkan, gaul garam dan kunyit - goreng jangan garing sangat)
1 biji kelapa (2 cawan santan)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan gula merah
3 keping asam gelugur
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan A (di gaul rata)
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk ketumbar
Bahan B (tumisan)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah palaga
5 kuntum bunga cengkih
Bahan C (dikisar)
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
Cara
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
2. Masukkan bahan C dan bahan A. Kacau rata.
3. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga nampak pecah minyak.
4.Masukkan santan dan biarkan reneh dengan api sederhana kecil sehingga mendidih.
5.Masukkan gula merah, garam, asam gelugor dan kerisik. Kacau dan biarkan pecah minyak dan pekat.
6.Sedia untuk dihidang.
**** kalau guna daging, perapkan daging dengan bahan A selama lebih kurang 1 jam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment