Saturday, June 3, 2017

Menu Iftar 7 Ramadhan : Tauhu Sambal


Antara menu iftar semalam. Anak yg sulong suka. Kalau makan camtu saja pun sedap.


Tauhu Sambal

10 keping tauhu - potong 3 segi, goreng
Garam dan gula secukup rasa
6 sb sos cili

Kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
20 biji cili kering - belah dan rebus

Minyak untuk menumis

Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos cili dan gaul rata. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Sambal ni biar manis2 sikit. Masukkan tauhu yang telah digoreng.

BISKUT TEMBIKAI MERAH


Kukis kedua ramadhan ini. Ni sebenarnya projek biskut anak2 yang resepinya saya cnp dari babab.net. Sudahnya, baru penuh satu loyang masing2 dah surrender. Dah la saya tersilap letak tepung. Perasan salah cuma bila suruh anak ambilkan baki tepung barulah tahu rupanya saya terguna tepung kentang.



Risau juga kejadiannya....tapi bila teringat resepi german cookies yg rangup guna tepung kentang juga saya jadi yakin kukis ni akan ok rasanya dan Alhamdillah...rangup.


BISKUT TEMBIKAI MERAH SUKATAN CAWAN
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya


  • 4 cawan tepung jagung (saya guna tepung kentang)
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • selasih
  • perisa strawberi, vanilla dan pandan
  • sebiji telur
  • pewarna merah dan hijau


Cara 

Kacau telur dengan mentega. Masukkan tepung dan susu. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian perisa vanilla tanpa warna. 1 bahagian perisa pandan bewarna hijau dan 1 bahagian perisa strawberi berwarna merah dan diletakkan biji selasih. Ambil doh merah, bulatkan. Kemudian ambil doh tanpa pewarna dan leperkan. Balut doh merah. Ambil doh hijau, leperkan dan salut bebola tadi. Potong bentuk wedges. Bakar selama 25 minit dengan suhu oven 170 celcius.




Nestum Vanilla Chips Cookies

Sesi sauna ramadhan 2017 bermula. Tahun ni mula awal. Nanti dah hujung2 ramadhan dah ta larat. Projek terbengkalai jer nanti.


Resepi Kak Wan @ Citarasawan jadi pilihan. Moga jadi rangup mengancam.....risau juga tersilap masa mengadun tadi. Masa asingkan putih telur saya tercampurkan putih telur ke2 tu dalam mangkuk adunan. Nak asingkan dah bercampur dengan kuning telur pertama dan mentega jadi saya olah jer penggunaan telur menjadi 2 kuning dan 1 putih telur.

Cara bancuhan pun berbeza sebab saya tak baca betul resepi. Telur dah saya campur dengan mentega....jadi saya tambah jer gula yg saya kurangkan sedikit jadi 200gm sahaja.....kemudian pukul sekali hingga gebu.....


Saya tak bulat2kan...guna sudu je untuk drop cookies ni......tak nak tangan melekit2. Bila masak cookies ni ringan jer....tak sabar nak makan.


Nestum Vanilla Chips Cookies
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan

250 gm mentega unsalted (saya guna salted)
220 gm gula kaster (saya guna 200gm)
1/2 sudu teh garam (tak letak sebab guna salted)
3 biji kuning telur ( saya letak 1 biji + 1 kuning)
1 sudu teh butter vanila
220 gm tepung gandum
60 gm nestum cereal
60 gm tepung kentang
100 gm badam nibs
200 gm chocolate chips


Penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C.
Pukul mentega dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur, butter vanilla dan garam.  Putar hingga sebati.
Masukkan tepung gandum, nestum, tepung kentang.  Gaul sebati.

Masukkan badam nibs dan chocolate chips.
Gaul rata menjadi doh yang lembut.
Ambil doh sebesar guli, bulatkan dan letakkan di alas dulang pembakar.
Bakar pada suhu 160C selama 15-20 minit sehingga keperangan.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, June 2, 2017

Menu Iftar 7 Ramadhan : Kerabu Kupang Taugeh


Antara menu iftar hari ni. Teringin pulak makan kerabu bila terpandang jantung pisang kat depan rumah MIL. Memandangkan jantungnya cuma sebiji....yg nak makannya ramai, saya beli pulak taugeh RM2 kat pasar jumaat sebagai tambahan.

Singgah dipasar nampak kupang segar....kerang pulak tak musim jadi saya beli je kupang untuk dijadikan perencah kerabu saya ni.

Bila dah digaul bahan2nya nampak macam banyak sangat. Risau pulak tak habis dan kalau disimpan pun dah tak sedap. Tapi lepas berbuka tengok ada lah sejemput jer bakinya....Alhamdulillah....agak laris kerabu saya kali ni.


Kerabu kupang taugeh

2 kg kupang (rebus tanpa air hingga masak)
1 biji jus lemon
Garam dan gula secukup rasa
4 sb kerisik
2 batang serai dihiris halus
20 biji cili padi - tumbuk kasar atau hiris (boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa)
300 gm Taugeh - saya rendam sekejap dengan air mendidih
1 @ lebih jantung pisang - rebus dan hiris
2 biji bawang besar - hiris

Satukan semua bahan di atas. Gaul rata. Sedia dinikmati.


Kek Mentega Marble


Tempahan rakan ofis. Sehari sebelum puasa untuk dijadikan buah tangan semasa pelang ke kampung menyambut ramadhan. Yang ini takde request untuk dipotong.....jadi takde selfie alunan marblenya.


Kek mentega marble @ ZLC

Bahan-bahan

250 gm mentega
5 biji telur gred A
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
3 sudu kecil baking powder
1 1/2 cwn gula halus
1/2 cawan segar/cair
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara

Pukul mentega dan gula smpai kembang
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang

Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit
Bahagikan 2 bahagian..campurkan satu bahagian dengan serbuk koko dan gaul rata.

Griskan loyang dan tabur sikit tepung.. Masukan 2 senduk adunan plain ke tengah2 loyang.  Tuang adunan coklat di atas 2 senduk adunan plain. Ulangi proses hingga adunan habis.

Bakar lebih kurang 45min..170 Degree atau ikut oven masing2…

Thursday, June 1, 2017

Menu iftar 6 Ramadhan : Nasi Arab Lamb Madghout

Menu iftar 6 Ramadhan, nasi arab lamb madghout. Menu permintaan biras. Teringin sangat nak makan nasi arab macam yang saya masak raya tahun lepas. Alahai.....kesian.


Saya masih guna resepi lydia....nasi arab yemen ni. Simple dan sedap. Dua dulang abis disantap beramai2. Tak pasti la habis sebab selera makan ramai2 atau sebab masakan tu sedap....😄😄😄. Apa2 pun sebabnya.....Alhamdulillah.


LAMB MADGHOUT @ ZLC
@ http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2nya

A)-Rempah

1 biji fresh tomato-di dadu kecil
Sebiji bawang besar- di dadu kecil
1 biji cili hijau- (jgn dipotong boh sebiji)
2 helai bay leaves*
1 batang Kulit kayu manis*
5 kuntum bunga cengkih*
5-7 biji buah pelaga*

1/4 tsp loomy powder*
1/4 tsp serbuk lada hitam*
1/2 tsp arab mix spice*
1/2 tsp serbuk bawang putih*
1/4 tsp serbuk jintan putih*
Secubit serbuk kunyit*



1/4 cawan minyak
Air secukupnya untuk merebus daging
Garam secukup rasa.

B)- 500g lamb shoulder- potong kiub besar. Biarkan dengan lemak sikit.

C)-2 cawan basmathi-cuci bersih dan rendam 1/2 jam dengan air garam dan toskan

D)- Sebiji kentang- medium size, kupas kulit, di potong besar dan gorengkan sehingga keperangan. (lagi bagus kalau dapat beberapa biji kentang yang kecik comel sebesar rambutan.. Gorengkan sebiji2)


Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan  bawang besar sehingga naik bau (sekadar transparent kaler jer) dan masukkan bahan bertanda dan tumiskan sebentar sehingga naik bau.

Bila rempah dah naik bau, masukkan tomato dan gorengkan sebentar sehingga lembut dan hancur.

Masukkan lamb dan gorengkan bersama tomato dan spices, balik2kan di kedua bahagian sehingga golden brown dan masukkan air.

Tutup periuk dan renehkan sehingga daging empuk  (ikut lamb yg u all beli gak yer), masukkan garam, renehkan sebentar dan off kan api.

Asingkan air rebusan dan lamb.
Biarkan lamb di dasar periuk, masukkan kentang yang di goreng, cili hijau, last layer taburkan basmathi menutupi periuk dan add in -+ 3 cawan stock panas dan tutupkan periuk dengan penutupnya.

Masak nasi di atas api yang sederhana besar, bila dah hampir kering, cakar2 sikit permukaanya dengan garfu dan slow kan api, tanaklah sehingga nasik masak sepenuhnya.
Bila nasi dah masak, biarkan sebentar 5 minit baru di telangkupkan ke dalam pinggan hidangan.
Leraikan nasi slowly guna garfu je supaya nasi tak patah.

Taburkan di atasnya dengan hirisan daun ketumbar  jika suka dan sedia untuk di hidangkan.

Selamat mencuba


Menu Iftar 6 Ramadhan : Jeli Air Kelapa


Pencuci mulut 6 ramadhan @ kampung. 1 tandan kelapa muda habis dikerjakan. 90 % air kelapa tulen. Bukan macam hok beli tu agaknya air kelapanya less than 50%. Rasa jeli air paip campo gula jer....huhuhu. Tapi yer la....orang niaga mesti nak untung....kelapa muda sebiji pun dah RM 3.50. Kadang airnya tak sampai 1 liter.....kalau nak guna air tu semata2 memang perit....rugi lagi. Tak pulang modal.

Puas hati buat sendiri. Sesedap rasa....yer la untuk hidangan keluarga....kelapa pun ambil kat pokok depan rumah jer. Modal beli agar2 ngan gula....boleh makan puas2..


Jeli Air Kelapa
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan2

20 gm Serbuk jeli  atau pun guna jeli stripe tu dalam 20 gm.
180 gm gula (atau secukup rasa)
3500 ml air kelapa (ikut kotak letak 3000ml jer tapi keras sikit kejadiaan - boleh campur air biasa separuh2 atau 1/3 air biasa + 2/3 air kelapa atau semua air kelapa.)
Isi kelapa dihiris kecil
-----
Masak jeli dgn air kelapa hingga larut. Masukkan gula dan didihkan. Masukkan isi kelapa. Kacau2 jap. Dah siap. Tuangkan dalam bekas, bekukan. Sedap makan sejuk2.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...