Wednesday, April 13, 2016

Serunding halia


Petang tadi punya cerita. Sembang2 dalam group jiran-jemiran.....mula2 cerita pasal penyakit....pastu saya mencelah pasal jus kolestrol. Masa share resepi aritu lupa nak pesan supaya hampasnya jangan dibuang. Boleh guna untuk masakan.....salah satu bahan utama jus nikan halia......bila cerita pasal halia ni, jiran kami, kak lina cake hse keluar la cerita pasal serunding halia....sedap sangat dia cakap. Bahan pun simple sangat. Saya pun apa lagi..

Dengar macam menarik untuk dicuba, jadi terus la mintak resepi. Kak lina kata dia tak pernah buat sendiri.....yg dia dok makan tu ipar dia yg kasi....tapi memang mabeles. Kak lina bg resepi yg sempoi sgt tu....tapi saya derhakakan sedikit resepi asal dengan menambah cili padi....hihihi...ampunkan beta yer....


Tak lama lepas dapat resepi tu saya terus ke dapur. Hampas halia dari jus kolestrol tempoh hari ada separuh lagi (Resepi klik di sini). Simpan lama2 pun tak best......jadi tak sampai sejam....sambil2 adun bingka krakers untuk sarapan esok, serunding saya dah siap....ermmmm mabeles.....kalau buat stok untuk bulan posa pun baguih......leh open oder camnih.....hihihi

Satu lagi serunding halia ni sesuai jugak untuk orang dlm pantang dan badan banyak hangin tukan....ble senang kasi keluar itu hangin....

Buat serunding ni, nak nampak cantik halianya diparut....jadi nampak la serat2nya panjang2....pastu bilis tu ditumbuk dengan lesung batu....tapi yang saya buat ni halia tu saya blend (hampas jus kolestrol aritu) pastu bilis saya kisar guna food processor dengan cili.....hahahha....pemalas punya tukang masak.....takpe la nak buat cara mana pun....janji sodap...


Ok la...jom jengok resepi yang akak share kat bawah ni supaya korang pun boleh menerai memasaknya nanti wokehhhhh.....

Serunding halia @ ZLC

*1 cawan halia yg telah parut halus dan diperah air (airnya jangan buang - simpan dlm peti sejuk - boleh masukkan dlm teh susu atau bancuh dengan air suam bersama madu untuk buang angin dlm badan)
*2 cawan ikan bilis  yg ditumbuk halus
*Cili padi yg ditumbuk halus secukupnya
Garam secukup rasa

Campur * dan goreng dengan minyak yang banyak sampai garing.
Angkat tos kan
Dan tabur garam secukup rasa dan gaul rata. Simpan dalam bekas kedap udara.


Tuesday, April 12, 2016

Muffin Coklat lembab

Muffin coklat lembab umtuk dihantar ke sekolah anak sempena besday. Asalnya nak buat roti sarang lebah dan kek, tapi weekend aritu tak sempat. Macam2 halnya. Akhirnya buatkan muffin ni pagi dan pesan kakak hantar untuk tea diorg kat sekolah....sebelum balik.





Muffin ni saya pernah buat sebelum ni guna resepi dari azie kitchen. Cuma cara adun saya buat ikut cara sendiri. Tektur dia lebih macam kek berbanding muffin. Adunan dia cair tak macam kebanyakan muffin yang adunannya lebih likat. Anak2 saya suka muffin ni.....sedap sangat muffin tu katanya. Yang kecik balik rumah siap tanya.....'mana muffin ummi yang sedap sangat tu.....sebab kat sekolah tadi tak dapat makan'........sarapan pun makan muffin....kakak2 siap bawak pegi sekolah sebab nak makan dengan kawan2. Nasib ummi buat dua adunan dan tinggalkan lebih sikit kat rumah....



Muffin Coklat

Bahan-bahan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonate
3 sk kopi instant (saya guna kopi arabica) (kalau takde boleh guna serbuk kopi kampung yang dibancuh dengan air panas bahan C di bawah)
2 cawan gula kastor (guna 1 3/4 cwn je)
sedikit garam

Bahan B

1 cawan minyak masak (atau mentega cair)
1 cawan susu cair (atau susu segar)
3 biji telur gred A



Bahan C

3/4 cawan air panas


Cara-cara

Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.

Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.

Ceduk ke dalam muffin cup sehingga 1/2 sahaja dan bakar pada suhu 175 C selama 20 - 30 minit atau sehingga masak - bergantung saiz muffin. (Saya bakar selama 20 minit. Untuk mengekalkan kelembaban, hanya bakar secukup masak saja.)

Bolehlah dihidangkan. Kebiasaannya kek atau muffin coklat lebih sedap selepas di simpan semalaman.


Cara cara freeze muffin

Sejukkan muffin. Bungkus dalam aluminium foil atau freezer bag. Labelkan resepi dan tarikh. Kalau menggunakan freezer bag, keluarkan semua udara sebelum bag di seal. Simpan muffin di dalam freezer sehingga 3 bulan.

Untuk menggunakan muffin yang difrozen:

1. keluarkan dari freezer bag dan panaskan dalam oven pada suhu 170C sehingga sudah panas.

2. Keluarkan muffin dan biarkan ianya thaw sepenuhnya. Kemudian panaskan dalam microvave selama 20 saat dan tambah lagi sehingga mencapai kepanasan yang kita inginkan.

Monday, April 11, 2016

Kroket (croquette) tauhu berkeju rangup




Dok geledah blog sendiri terjumpa N3 kroket tauhu keju. Lama dah tak buat. Kroket ni sedap buat kudap2 minum petang.....cicah dengan sos atau pun mayonis. Resepi ni asalnya saya rujuk dari resepmasakanpraktis.com, blog masakan dari indonesia.....saya olah sedikit ikut citarasa. Kroket ni omputih panggil croquette. Biasa diorg guna kentang lecek. Tapi guna tauhu pun sedap.....

Nak tau kroket tu apa ble baca info dari Wiki ni -  'A croquette is a small breadcrumbed fried food roll containing, usually as main ingredients, mashed potatoes or ground meat (veal, beef, chicken, or turkey), shellfish, fish, cheese, vegetables, and mixed with béchamel or brown sauce, and soaked white bread, egg, onion, spices and herbs, wine, milk, beer, or any of the combination thereof, sometimes with a filling, e.g. sautéed onions, mushrooms, or boiled eggs (Scotch eggs). The croquette is usually shaped into a cylinder, disk, or oval shape, and then deep-fried. The croquette (from the French croquer, "to crunch") gained worldwide popularity, both as a delicacy and as a fast food.

Mashed potato-filled croquettes are often served as a side dish in winter holiday meals, such as Christmas. In fast food cuisine, varieties exist without potatoes, but with cheese, beef, or goulash, often in a filling based on béchamel sauce.'

Sedap tak hengat kroket ni......makan panas2....cicah sos cili thai ke....ngan mayo ke......perhhhhhh.


Kroket Tauhu Berkeju Rangup @ ZLC

Bahan:

300 gm tauhu telur, hancurkan (guna tauhu biasa yang 4 segi tu pun ok)
100 gm ayam  (ayam cincang / minced)
Garam secukup rasa
1/4 sk serbuk lada putih (kali ni saya letak paprika)
50 gm keju cheddar parut
20 gm tepung jagung

Saya tambah

Cendawan enorki
1/2 biji tomato
1/2 biji bawang besar

Bahan salutan:

1 biji telur
tepung gandum secukupnya
serbuk roti secukupnya

Cara Membuat Kroket Tauhu Keju

Campurkan tahu, ayam, tomato dan bawang cincang, garam dan lada putih.
Gaul rata. (Saya masukkan dlm food processor dan kisar lumat)
Masukkan keju dan cendawan, gaul rata.
Lalu tambahkan tepung jagung dan gaul rata.
Bentuk adunan menjadi bulat, golekkan di bahan tepung, lalu celupkan dengan telur.
Kemudian salutkan dengan serbuk roti.
Goreng dalam minyak panas dengan api sedang sampai keperangan.

Sunday, April 10, 2016

OUZI LAHMA (LAMB OUZI)



Sesekali bila hujung minggu terajin nak masak menu timur tengah. Kekadang recycle resepi yang pernah dipost kat sini...ada masanya rajin nak cuba resepi2 baru yang nampak mengancam.

Kali ni saya masak ouzi kambing resepi lydia honey. Ikut kata lydia, ikut cara yang ori, beras tu kena sumbat dalam kambing....maknanya guna sekor kambing. Tapi lydia dah share cara lain yang rasanya sama dengan cara ori tu....terima kasih la....kalau tak, tak merasa nak makan ouzi ni sbb oven tak cukup besar nak sumbat kambing sekor....


OUZI LAHMA (LAMB OUZI)  @ ZLC

Perap kambing

1/4 bahagian kambing (saya guna dlm sekg lebih kambing slice)
2 sb ghee (boleh gantikan dengan minyak masak)
Garam secukup rasa
1 sk serbuk lada hitam
1/4 sk serbuk pelaga
1/4 sk serbuk kulit kayu manis
3 ulas bawang putih-tumbuk lumat
2-3 helai daun Bay
1 camb meat tanderizer (saya tak letak)

Cuci kambing bersih dan keringkan. Gaul rata dengan bahan diatas  dan perap semalaman. Panaskan oven 200C. Dalam oven proof/tray/ pyrex, bakar kambing selama 30 minit hingga keperangan menggunakan api atas bawah dan keluarkan sebentar dari oven. Masukkan sedikit air ke dalam bekas yang berisi kambing tadi dan tutup dengan aluminium foil. Bakar semula selama +-1 jam. Sementara menunggu kambing masak sediakan nasi.

Rice stuffing-

2 cawan basmathi
1 1/2 cawan air panas
2-3 camb ghee (boleh gantikan dengan minyak masak)
1/4 cawan badam (saya tak letak sbb takde)
1 batang kulit kayu manis
Secubit serbuk buah pala (nutmeg) dan serbuk pelaga
Serbuk lada putih dan garam secukupnya
Secubit arabic mixed spices - optional

Rendam beras selama 1 jam(saya rendam 1/2 jam jer) dengan air garam dan toskan. Carikan ghee/minyak dalam periuk, tumiskan sebentar kulit kayu manis. Masukkan beras dan gorengkan hingga beras jernih (transparent) dan masukkan baki bahan lain kecuali air panas dan gaul sebati.

Masukkan air dan masak nasik sehingga kering airnya dan matikan api. Bila kambing dah masak keluarkan dan buka cover aluminium. Angkat kambing dan ketepikan seketika. Air yang ada dalam bekas kambing jangan di buang. Masukkan nasi tadi dan gaul dengan air yang terdapat dalam bekas masak kambing tadi sekadar sebati.



Letakkan semula kambing di atas nasi tadi, cover semula dengan aluminium foil dan Masukkan semula dalam oven dan masak/ bakar lagi selama 15-20 minit pada suhu 170C. Offkan oven dan sedia untuk dihidangkan bersama plain yogurt dan salad kegemaran atau bersama sup/air rebusan. Selamat mencuba.

Friday, April 8, 2016

Makaroni goreng


Menu pagi tadi untuk kawan ofis yang buat jamuan kat ofis. Macam sotong jugak jadinya pagi tadi sebab buat dua masakan dalam satu masa.

Makaroni goreng ZLC

Bahan2nya

1500 gm makaroni - rebus dengan air yg diletakkan garam secukupnya hingga lembut. (@ Ikut arahan di pembungkus)

1 1/2 - 2 kg daging cincang
1 - 2 kg sayur campur (boleh adjust ikut citarasa)
6 sb cili kering kisar
3 sb rempah kari (boleh adjust ikut citarasa)
1 tin besar tomato pure
1 cawan sos tiram
1 cawan sos cili.
Celery jika suka
daun sup dan daun bawang untuk ditabur (jika suka)
Minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan tumis

6 biji bawang besar
15 ulas bawang putih
4 inci halia


Kisar atau cincang bahan tumis. Tumis hingga naik bau.

Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan sos tomato, tomato puree dan sos cili. Kacau sebati.

Masukkan daging cincang....masakkan hingga daging masak. Kacau sesekali supaya tak berkerak.

Masukkan mix vege....kacau rata...biarkan seketika. Perisakan dengan garam.

Masukkan makaroni, dan celery yg telah dipotong kecil. Gaul sebati dan tutup api....hidang dan taburkan dengan daun sup dan daun bawang jika suka.

Bento Citarasa Malaysia


Sejak ummi beli acuan untuk bento dua hari lepas, tak sabar-sabar anak2 nak bawa bekal ke sekolah. Excited bukan main. Sampaikan masa hantar diorang ke sekolah tadi pun teacher yang menyambut siap kata.....oooo ini la bento yang kyra sebut2 semalam..... 

Kalau ikutkan pagi ni ummi nak bekalkan makaroni goreng jer sbb ada member ofis minta tolong masakkan untuk jamuan kat ofis tapi disebabkan diorg ni dah bersakan nak bawak bento berbentuk2 tu jadi kena la masak masakan yang sesuai untuk dibentukkan. Jadi dalam masa yang sama kena goreng makaroni dan masak nasi lemak. Saja nak bagi diorang seronok....anak2 hapi ummi apatah lagi. 

Disebabkan pagi ni nak masak dua tiga jenis masakan serentak, saya minta la bantuan kakak untuk tolong. Kalau tidak memang tak sempat....dah masak nak hias2 pulak....walaupun hiasannya ala kadar. Tak la secantik yang Jepun punya tapi ok la kan.....

Bento Citarasa Malaysia

Nasi lemak simple ZLC

3 cawan beras basmathi (basuh, rendam 30 minit dengan 4 cawan santan + garam secukup rasa, 2 inci halia hiris dan daun pandan. Selepas rendam terus tanak seperti biasa hingga masak.

Sambal sotong  ZLC

1 kg sotong 
1 senduk cili kering kisar
*2 biji bawang besar
*1/2 labu bawang putih
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai ketuk
1/2 cawan air asam jawa cair

*Kisar. Masukkan minyak, cili dan * dalam kuali dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan serai dan gula kacau rata hingga gula hancur. Masukkan pula air asam jawa. kacau sebati. Masukkan sotong. Tumiskan hingga masak. Perisakan dengan garam secukup rasa dan masukkan bawang hiris. Masak seketika hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan sedia dihidangkan.
**** sesetengah orang suka sambal yang berminyak untuk kelihatan lebih menarik tapi saya biasanya menggunakan minyak yang tidak terlalu banyak. Cili kena masak betul2 hingga pecah minyak untuk menghilangkan bau cili mentah dan kurang enak dalam sambal tumis nih.
Pelengkap hidangan
Telur dadar
Timun
Karot

Thursday, April 7, 2016

Jus Kolestrol (natural healing)

Malam ni berjaya juga menghasilkan jus kolestrol. Resepi hasil perkongsian kak yati @ cooking with love. Ikut testimoni kak yati, bukan saja kadar kolestrol dia menurun malah masalah sinus dia pun bertambah baik. Alhamdulillah....dengan izin Allah jus ni boleh membantu. Tu yang tak sabar nak buat. Tak sabar nak tengok kesannya bulan 8 nanti.


Jus Kolestrol (natural healing)

Bahan;
500g bawang putih
500g halia
1 cawan perahan lemon
2 cawan air
1 cawan apple cider
1 cawan madu

Cara:

Masukkan bawang putih ke dalam pengisar, tambahkan 2 cawan air. kisar dan tapis. Gunakan air tersebut untuk mengisar halia pulak dan tapis jusnya.
Masukkan perahan air bawang putih, halia dan perahan lemon dalam periuk dan panaskan dgn api perlahan, renihkan dalam 30 minit.
Angkat dan sejukkan, campurkan apple cider dan madu, kacau sebati. Simpan dalam peti sejuk.

Cara minum:

- 1 sudu besar pagi sebelum sarapan (seeloknya bangun tidur)
- 1 sudu besar 1/2 jam sebelum tidur

*****hampas halia dan bawang putih tu jangan dibuang. Boleh digunakan dalam masakan. Simpan berasingan dalam bekas bertutup dlm peti sejuk.
*****hampas halia boleh digunakan untuk dibuat serunding halia menggunakan Resepi di link ini. Jadi kalau nak guna hampasnya utk serunding, pastikan kisar dulu halia sebelum bawang putih tau....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...