Wednesday, April 6, 2016

Asam gumpal aka sagupal/sagumpal


Minum petang....terajin sebab teringin nak makan sagumpal. Nak cari kat gerai2 negeri selangor ni memang tersangat lah susah nak jumpa. Kalau kat negeri asal dia kat pantai timur tu mungkin lebih mudah nak cari kot. Tapi kalau ikut story member study dulu, time bulan posa senang la nak cari. Jadi time2 luar musim dan luar kawasan buat sendiri lagi senang.

Asam gumpal aka sagupal/sagumpal @ ZLC

Bhn2:

2 cawan sagu putih - bersihkan dan toskan
4 mangkuk santan

Sehelai daun pandan
Sedikit halba
Sehiris nipis halia
Gula pasir secukupnya
Secubit garam

-----
Masukkan sagu ke dlm penapis santan dan tuang air panas mendidih sdkt2 .
Buat hingga sagu boleh dikepal.
Masak santan bersama daun pandan, halia, halba, garam dan gula.
Sagu tu leperkan dan letak inti kacang, kepalkan bulat macam buat kuih bom tu dan masukkan kuah santan.
Masak hingga sagu jernih.
Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak.
Sejukkan dan sedia dihidangkan.


Inti

Kacang hijau
Gula
Garam
Rendam kacang sejam dua supaya cepat empuk bila direbus. Toskan.

Rebus kacang hingga empuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Masak hingga agak kering. Sejukkan.
Kepalkan kecil2 utk dimasukkan ke dalam sagu.


Udang rangup masam manis



Menu ringkas jer tengahari ni. Stok udang sungai yu yg dibeli 2 minggu lepas jer yang tinggal. Lauk2 lain dah habis. Esok kalau ada rezeki nak cari stok baru.  

Resepi ni saya reka2 sendiri. Macam terkenang2 udang rangup yang saya makan kat bahrain. Tapi takde resepi....dan nama masakannya pun dah lupa. 

Udang Rangup Masam Manis @ ZLC

Bahan2nya 

1 kg udang kulit putih - buang kulit tengahnya sahaja, ekor dan kepala tinggalkan
3 sb tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 sk serbuk penaik (baking powder)
1 cawan air
1 sk serbuk paprika
1 sk maggi cukup rasa
4 sb minyak masak
Bread crumb secukupnya

Gula secukup rasa
1/2 biji jus lemon
Air secukupnya + 1 sk tepung jagung
6 sb sos cili thai
Garam secukup rasa
1 sk parutan halia
2 biji cili padi - hiris (jika suka pedas)
3 helai daun limau purut - hiris
1 1/2 cawan hirisan cili benggala
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng



Cara2nya

Gaul udang dengan 3 sb tepung jagung. Dalam mangkuk lain satukan tepung gandum, 3 sb minyak, serbuk penaik, garam dan paprika. Tambah air sedikit sedikit ke dalam tepung. Adun hingga rata menggunakan whisker. Tuangkan adunan ke dalam mangkuk berisi udang dan biarkan selama 15 minit. 
Tuangkan gula, garam, jus lemon, sos cili dan  ke dalam mangkuk dan gaul rata. Panaskan baki 1 sb minyak dalam pan menggunakan api sederharna. Masukkan halia, bawang, bawang putih, daun limau purut, cili padi dan tumis hingga naik bau. Masukkan cili benggala. Gaul rata dan tumis dalam 30 saat. Masukkan air tepung jagung uddan masak hingga sos memekat. Kacau selalu. Ketepikan.


Panaskan minyak di dalam kuali atau pan. Ambil udang dan golekkan ke atas breadcrumb. Goreng yang telah disalut hingga keperangan dan garing. Angkat dan toskan minyaknya. (guna paper towel untuk serap lebihan minyak) Susun udang yang telah digoreng rangup ke atas pinggan, panaskan sedikit sos tadi dan tuang ke atas udang. Taburkan bijan dan hirisan daun ketumbar jika suka.



Apam Manja


Semalam nampak orang post resepi ni kat group masakan. Macam best jer tengok. Katanya kuih ni femes kat utara sana. Katanya lagi kalau kat langkawi diorg panggil kuih ni tokiaw....ada nama lain ke kat tempat lain selain apam manja dan tokiaw..... Anak2 saya tanya kenapa namanya manja...sbb tengok rupa tak manja pun....hihihi....apo den nak jawab.....sonyumkan ajo lah... Bila sebut apam manja ni saya teringat kat iklan manjaaaa kasih.....badan dok melentik2...menggedik2 gitew.....😄

Sumber resepi saya kalini blog seripayaku cuma intinya saya olah sedikit. Saya letak jagung dlm tin tu dan guna tepung jagung bukan tepung kastard. Selain inti kastard, boleh juga letak inti kelapa atau inti kaya...ikut citarasa masing-masing......lain kali buat guna inti lain pulak yer....tukar2 citarasa...


Apam manja @ ZLC

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

1 cawan tepung naik sendiri (guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1 sudu besar marjerin cair
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat. 




BAHAN UNTUK INTI:

1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar jagung
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air

1/2 tin jagung berkrim
Sedikit esen vanilla


cara:

satukan semua bahan tapis
dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)

Monday, April 4, 2016

APAM PISANG COKLAT


Bila stok pisang banyak dan dah terlebih2 masak macam2 diplan nak buat untuk menyelamatkan dari terbuang.

Ada pisang abu, pisang awak, pisang tanduk dan pisang emas. Ada yg dibeli dan ada yg pemberian jiran. Tu yang stok jadi bertambah2. Semalam hubby mintak buatkan cucur....nak bawa ke surau.....ble ngeteh ngan kengkawan. Tapi saya pilih untuk buat apam guna resepi yang saya ambil dari  Blog Singgahsana kitchen.

Gebu lembut apam nih....ok sgt kejadiaannya. Boleh guna lagi resepi ni lain kali....

APAM PISANG COKLAT @ ZLC

Bahan A:

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
secubit garam


Bahan B:

1 1/2 cawan (300 gm) pisang emas/berangan, dilenyek - saya guna pisang awak

1 1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula perang
3-5 sudu teh gula pasir
2 biji (116 gm) telur
60 gm natural set yogurt


Caranya:
Ayakkan bahan A bersama terlebih dahulu. Ketepikan.Satukan bahan B dan masukkan ke dalam bahan A...kacau rata.Masukkan dalam acuan kecil. Kukus lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.




Biskut nestum


Beberapa hari lepas nampak post sis roselyza di fb group masakan. Memang dah lama tak buat biskut. Anak2 pun dah banyak kali sangat minta buatkan. Stok nestum memang banyak kat rumah ni pun. Tu yang terus plan buat hari semalam.

Rasa biskut ni ok...rangup je......cuma adunan dia sedikit berderai. Kena kepal2kan. Mungkin lain kali buat kena kurangkan sikit jumlah nestumnya. Coklat chip pun takde stok...saya gantikan dengan chip butterscotch jer....


Biskut nestum @ ZLC

Bahan² :

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 cawan nestum madu (next time saya nak kurangkan jadi 2 cawan jer)
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 sb esen vanilla
1 biji telur
1 cawan Choc chips

Satukan mentega dan gula. Pukul sebati. Kemudian masukkan telur dan esen. Pukul lagi hingga sebati dan ringan. Masukkan tepung, dan nestum. Adun sebati dengan atau senduk. Dan akhir sekali masukkan choc chip. Gaul rata.

Bulatkan dan susun dalam loyang. Bakar suhu 170 celcius selama 20 minit (bergantung pada oven masing2 dan saiz doh).

Sunday, April 3, 2016

Kek buah gula hangus


Mood nak buat kek buah. Dah lama tak makan. Tapi nak yang guna gula hangus. Jadi saya pun google resepi jumpa dari sumber resepi kali ni blog melinblossom. Rasanya macam pernah cuba resepi ni sebelum ni. Tapi takde mood nak search blog archive sendiri....hihihi...

Untuk kek ni saya olah sedikit resepinya. Buah dan bahan isinya kurang sedikit dari resepi asal. Dah tu saya terlebih gaul buah yg saya dah salut tepung sampaikan buah2nya agak mendap ke bawah...tepung dengan baking powder sume tu pun saya tak ayak rata jadi ada nampak gelembung udara yang tak sekata kat kek....tapi rasanya masih memenuhi selera saya..

Kek Buah versi Bakar @ ZLC

Bahan A
2 cawan tepung gandum(.Ayak)
1 tsp baking powder.(Ayak)
1 tsap serbuk soda bikarbonat.(ayak)
3/4 cawan butter.
3 biji telur.
1 1/2 cawan gula pasir-jadikan gula hangus. (Resepi asal guna 1 cawan gula perang + 1/2 cawan gula putih)
(Saya tambah 1/2 cawan air panas)

Bahan B (Di gaul bersama)

(2 sb tepung dari 2 cawan tepung tadi)
1 3/4 cawan buah-buahan kering campuran (saya letak 2 1/2 cawan)
1/2 cawan kismis (tak letak)
1/2 cawan kismis hitam (tak letak)
1/2 cawan badam flakes (tak letak)
1 tsp serbuk rempah kek - (saya letak 1/4 sk serbuk pala dan 1/4 sk serbuk kulit kayu manis)
1/2 tsp garam
1/2 cawan madu (saya letak 1/4 shj)
2 tbsp jus sunquick (tak letak)
2 tbsp jus lemon (saya guna 1/2 biji lemon)
1 tsp esen vanilla


Cara-caranya:

Gaulkan bahan-bahan B hingga rata dan ketepikan.
Pukul butter dan gula perang hingga gebu.
Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sehingga kembang.
Masukkan bahan-bahan yang di gaul tadi dan gaul hingga sebati.
Masak gula pasir sehingga jadi gula hangus dan tuang kan ke dalam adunan kek dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
Sapu butter pada loyang dan alas dengan 3 helai kertas minyak dibahagian bawahnya.

Alas keliling loyang bahagian dalam dengan kertas minyak.dan balut bahagian luar loyang dengan 2 lapisan kertas minyak.Ikat dengan dawai kemas-kemas .Tujuannya agar kek tak cepat hangus.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak lebih kurang 1 1/2 jam.
Setelah kek masak biarkan sejuk atas redai dawai. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Potongkan keesokannya. Dengan cara ini kek bertambah moist.


**saya tak ikut cara resepi ini sangat. Saya guna gula putih 1 1/2 cawan - hanguskan dan saya letak 1/2 cawan air panas dan masak hingga likat mcm toffee.
Mentega saya cairkan dan kisar dengan telur hingga gebu dlm 10 minit dan saya masukkan gula hangus tadi dan kisar lagi hingga sebati.
Kemudian saya tuangkan dlm adunan tepung yg telah diayak bersama baking powder dan soda. Gaul sebati guna whisker. Tambah jus dari 1/2 biji lemon, madu 1/4 cawan dan saya masukan 1/4 sk serbuk pala dan 1/4 sk serbuk kulit kayu manis.
**saya bakar 1 jam  dalam suhu 160C
**Pastikan anda gaul buah2an campuran, kismis dan badam dengan sedikit tepung gandum sebelum masukkan dalam adunan. Supaya buah2an ini tidak tenggelam di dasar kek.


Friday, April 1, 2016

Kek sarang semut aka gula hangus versi tak perap pulak


Kek sarang semut aka kek gula hangus. Malam ni nak terbang ke Bahrain. Ikut atuk. Saya guna resepi biasa cuma kali ni terus masuk oven lepas siap adun. Tak perap pun. Alhamdulillah...kejadiaannya tetap sama....kekal vogue.

Atuk suka sangat kek ni. Tu yang buatkan. Nanti 3 bulan lagi baru atuk ble rasa lagi kek vogue air tangan ZLC ni....😊😊😊😊




Jom semak resepi kek gula hangus @ ZLC

♡♡♡Gula hangus ♡♡♡

2 cwn gula (saya guna 1 2/3 jer kali ni)
2 cwn air
1/2 cawan (125 gm) mentega


* Gula digoreng dgn api sederhana besar hingga perang. Bila gula dah keperangan masukkan air (hati hati sebab gula akan meletop letop.) Kecilkan api dan cepat2 masukkan air sedikit2 sambil kacau gula hingga gula hancur sepenuhnya..... Lepas tu  tutup api dan masukkan mentega, kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan dan sejukkan sebentar.


6 biji telur gred A (letak 5 biji gred A jer)
1/2 cwn susu pekat
2 cwn tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
1 sd kecil esen vanila


Cara2:-

Pukul telur sampai kembang & gebu guna blender pun boleh.
Masukkan susu pekat - pukul hingga sebati. Tuang dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder yg diayak terlebih dahulu. (saya tak ayak pun)
Tuang kan esen vanila dan kacau sebati guna senduk. Last kekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik -  kali ni saya tak perap langsung....siap adun terus masuk oven.
Dibakar selama 1 jam suhu oven 160°C api bawah sahaja. Baki 15 minit terakhir tu pulak api atas bawah.

atau

kukus dalam loyang yg ditutup foil selama 50-60 min



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...