Tuesday, March 12, 2013

Sagu sekoteng gula melaka

Cnp dari Dari dunia dapurku...Sumber asal dari DAPUR KAK JEE....rasanya ramai biasa mkn dan buat benda ni....simple tapi sedap.

Bahan- bahannya:
1/2 cawan sekoteng yg direbus hingga lembut dan toskan....tak perlu bilas.
1 cawan sagu biji
4 cawan air
gula melaka dijadikan sirap
susu cair / santan pekat yg diperah dgn air masak.

Caranya: -

Mula2 masak gula melaka dengan sehelai daun pandan sampai melegak dan  gula tu cair Sejukkan. 
Pastu rendam satu cawan sagu kira2 dua puluh minit.
Selepas itu, jeranglah empat cawan air dalam periuk.
Apabila air mendidih, toskan sagu yang telah direndam tadi. 
Masukkan cepat2 ke dalam periuk air mendidih dan masukkan sekoteng,  kacau perlahan-lahan sampai sagu nampak jernih.  Orang tua2 kata masak sampai dah tak nampak mata ikan pada sagu.
Pastu, tuangkan ke dalam bekas2 comel yang ada. Tak kisahlah bekas plastik ker kaca ker. Pastu sejukkan dalam peti ais.
Bila dah sejuk dan keras, tuangkan susu cair keatasnya dengan diikuti gula melaka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...