Saturday, March 16, 2013

Carot Apple Cake

Minggu ni cuba resepi yg di cnp dsri sinar kehidupanku....selalu buat kek karet tak campur ngan apple tapi letak kelapa kering...

Sedap resepi ni...ble buat lagi...kek mcm ni agak lembab...nak tahan lama simpan dlm peti sejuk....

Tetiba jer dlm post kali ni ada gambar sorang budak.....hehehe....bdk tu posing suruh ummi amik gambar dia....kira posing habis hensem la tu....

Tak sempat kek sejuk nak letak frosting dah budak hensem tu suruh potong...tak sabar nak makan...

Bahan- Bahan

2 1/2 cwn tepung naik sendiri
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
3 /4 cwn gula perang halus
3/4 cwn (atau kurang) gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut
150gm apple hijau, diparut
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- tak letak Pun takpe

CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon *

Cara2nya=>

Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu.
Sapu atas kek yg telah sejuk tadi.
Hias ikut kreativiti masing2.

Cara Membuat Kek

Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus.
Masukkan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan kesemua bahan lain.
Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...