Tuesday, November 20, 2012

Nasi Ayam ala Ayam Penyet

Dah dua bulan cuti memasak, tetiba teringin nak masak nasi ayam dengan sambal ayam penyet....cari la resepi sambal dalam internet tu....tapi lupa kat blog mana. Ni la nasi ayam kampung versi aku sendiri la dengan sambal ayam penyet .....tapi wa cakap lu....sedap punya...jangan tak cuba....


Bahan mentah utk sambal dan Belacan yang dah siap disangan

Dah siap blend...versi org malas...kalu rajin tumbuk la ye
Bahan2 nya:
sedikit ikan bilis
Cili Merah dan cili api (ikut nak pedas mana)
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Tomato
Garam dan gula secukupnya
Air Limau nipis/kasturi atau asam jawa
-------
Goreng semuanya hingga layu. Masuk bilis dulu ye sbb nanti tak garing plak, dah nak garing bilis tu baru masuk yang lain2, k.....
Tumbuk atau blend/kisar semuanya
Kalau guna blender, lepas blend masakkan atas api supaya tak berair sangat.

Ayam kampung yang dah siap digoreng...sat lagi cik hubby penyetkan ye...
Bahan2 utk perap ayam...
Ayam Kampung - kerat 4 - rebus bersama halia dan sedikit garam (dalam sejam/1/2 bergantung kepada usia ayam)
Jintan manis tumbuk halus
Jintan putih tumbuk halus
Ketumbar tumbuk halus
Serbuk kunyit atau kunyit hidup ditumbuk halus
Garam
Tepung gandum/tepung jagung 
------------
Gaul semua bahan pada ayam yang dah direbus dan ditoskan
Perap dalam sejam dan goreng....

Ulam-ulam penyedap rasa..kalau suka ble guna kacang panjang, kobis...yang mentah tau...tak payah celur2...

Nasi Ayam versi aku ye...
Bahan2nya
Beras Mogul Basmati
Air utk masak nasi (kalau nak guna air rebusan ayam pun ok)
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah Pelaga
Bawang Merah
Halia
Bawang Putih
Garam
Serbuk Kunyit
Mentega/Minyak sapi
Minyak Masak
 
Cara2nya:
Basuh beras dan rendam dengan air dan biarkan selama 10 - 15minit sebelum onkan suisnya. Ini supaya beras memanjang secukupnya dan nasi lembut. (beras biasa tak perlu rendam, terus je masak)
Tumis Bahan2 lain dengan minyak sapi/mentega dan minyak masak hingga naik bau dan keperangan. Masukkan ke dalam nasi yang telah masak dan gaul rata.....
 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...