Friday, November 23, 2012

Kek Durian

Resepi ni adaptasi dari resepi kek pisang yang saya buat dalam entry sebelum ni.....bau durian kampung tu semerbak harum bila di bakar......tap[i jangan terlebih bakar macam yang saya buat ni. Kali ni pemilihan acuan salah, punya nak bagi yang tengah tu masak sampai naik hangus yang kat luarnya....tapi camna pun di sebabkan ada rasa n bau durian, masih lagi sedap pada tekak saya yang memang hantu durian.....
 
Bahan-bahan
 
1 cawan isi durian
 1 cawan gula pasir
 1 cawan minyak masak
 5  biji telur gred C
 1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar sunquick
1 sudu teh  esen vanilla
secubit garam
 
 Cara-cara
 
 1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah
 2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak, isi durian, garam, esen  dan sunquick di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
 4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...