Friday, November 23, 2012

Kek Pisang

Resepi dari Dapur Kak Jee....mudahnya...saya ubahsuai telur, gula dan tambah garam disebabkan tak guna butter. Kalau suka penggunaan minyak boleh juga digantikan dengan butter cair...lebih harum dan lemak gitu...

Bahan-bahan
4 biji pisang berangan masak(boleh ganti dengan pisang emas atau pisang lain)
1 cawan gula pasir (kurangkan 3 sb)
1 cawan minyak masak
5 biji telur gred C
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 st air limau nipis
1 sudu teh esen vanilla/pisang
Secubit garam
 
Cara-cara
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak, pisang, garam, esen dan air limau di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...