Friday, June 8, 2012

Roasted Beef/Chicken/Lamb


Request daripada ipar duai, buat kat kampung lepas kenduri kawen adik ipar......
Ni guna daging steak, daging bahagian tengkuk,....perap tak sampai sejam sebab memasing dah tak menyempat....
kentang US tak de stok...yang ada karot je, kalau ada brokoli dan jagung manis celur pun sedap....
Makan plak dengan freshly homemade blackpepper mint source.....tak sempat sejuk, habis kena ngap...kalau boleh bakar jangan sampai kering sgt macam ni...biar juicy2 dagingnya...tapi cukup masak ye...
Bahan2nya (Untuk 3 kg daging)

Daging lembu(steak)- tak perlu potong nipis- biarkan seketul besar cuma bersihkan lemak2nya dan cucuk2 dengan pisau supaya rempahnya boleh meresap ke dalam/Lamb/Ayam (yg bahagian daging banyak tu cucuk2kan skit ngan pisau)
1 1/2 botol sos BBQ Pedas (saya suka jenama Knor)
1/2 botol sos tiram
10 sb sos cili
10 sb sos tomato
5 sb lada hitam yang ditumbuk halus (jgn guna serbuk yg dah siap tu...kureng sedap)
300 ml madu
5 sb bawang putih yang ditumbuk halus
3 sb mix herb/parsley/basil (kalau ada)
120 gm mentega
Karot
Kentang US - potong wedges
sedikit garam

Celur Brokoli dan Jagung Manis
--------------
Gaul semua bahan dengan daging/lamb/ayam berserta karot dan kentang. Kalau nak sedap biarkan semalam. Kalau biarkan semalam, simpan dalam peti beku ye....kalau tak sabar boleh dibakar selepas diperap 2-3 jam.
Masukkan daging ke dalam foil aluminium bersama2 sosnya dan balutkan. BAkar samada menggunakan oven atau arang selama 30-45 minit. Kalau menggunakan oven selalunya daging akan sedikit berair.berkuah. Tos kuahnya dan masak di atas api sehingga kuah pekat dan tuang semula kuah ke atas daging.

Lebihan sos perap jangan dibuang. Masukkan ke dalam periuk dan masak di atas api hingga pekat dan dijadikan sos untuk dimakan bersama daging yang dipanggang kalau malas nak buat sos lain.


Freshly Homemade Blackpepper Mint Source

Panaskan 120 gm mentega.
Apabila dan cair dan panas, masukkan 4 sb tepung gandum.
Goreng hingga keperangan.
Masukkan 3/4 liter susu segar, kacau hingga sebati.
Masukkan 4 sb lada hitam yang ditumbuk halus.
Tambahkan 500 ml air dan biarkan mendidih.
Pastikan sos sentiasa dikacau supaya tidak hangus atau membuak.
Tambah 6 sb sos tiram dan garam secukup rasa.
Kacau sebentar dan tutup api.
Masukkan segemgam daun pudina.

*****Sekiranya sos terlalu pekat selepas disejukkan, tambah air mendidih dan kacau sebati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...