Friday, June 29, 2012

Honey Choc Cake

Resepi dari buku resepi yang dah hampir 10 tahun disimpan...Bau madu dan rasa madu lebih dominan daripada choc.

200 g dark choc
250 g mentega
1 cwn gula (saya guna 3/4 cwn)
1 1/2 cwn madu
4 biji telur
1 1/2 cwn tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri (saya guna 2 1/2 cwn tepung naik sendiri)
2 sb esen vanila
---------------------
Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler. Masukkan madu dan sebatikan. Sejukkan pada suhu bilik.
Pukul mentega dan gula hingga gebu.
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga kembang.
Masukkan esen vanilan, campuran madu dan choc. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan sebatikan.
Bakar di dalam oven pada suhu 160 C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan sebelum dihias.

Topping.
125 g cream cheese
125 g mentega
1/4 cwn madu.
30 g parutan dark choc.

Pukul butter hingga gebu, masukkan cheese dan pukul lagi. Masukkan madu dan sebatikan.
Hias kek mengikut citarasa...

 Rasa macam kek kurma pun ada....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...