Thursday, February 5, 2015

Roti nasi

Petang tadi sempat la mengadun roti nasi....cadangnya nak buat sarapan tapi mlm ni jugak saya dah ngap 3 keping....cicah ngan kari telur ikan yg hubby masak sebelum pegi surau tadi.....sedap....tambah pulak dengan kuah asam pedas (kuah jer tinggal...ikannya da habis) menu tengahari.....

Kombinasi yg cukup baik dan mengenyangkan


Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )

80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1/2 sudu kecil garam 

Cara-cara

1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1/2 sudu kecil gula n 1/2 sudu kecil tepung dan masukkan 1/3 cawan air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih. ( proses penapaian), kalau nak skip step ni pun boleh.

2. Kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

3. Masukkan yis, nasi yang telah diblender,  gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga selama 10 minit. Masukkan margerin dan uli lagi hingga tepung tak melekat pada tangan. ( Kalau guna BM boleh masukkan semua bahan dan tunggu hingga siap dan boleh dibentukkan). 

4. Rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.

5. Letakkan doh dalam acuan sandwish loaf dan biar hingga doh naik dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.

6. Keluarkan dari oven dan glis roti tadi dengan butter untuk dapatkan permukaan yang berkilat.

7. Sedia utk dihidangkan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.- 



Cucur daun bawang cicah kuah kacang

Sarapan pagi ni saya buatkan cucur daun bawang sebab kuah satay haritu banyak lagi. Tak mau simpan lama sangat. Anak2 yang sebelum ni susah nak makan daun bawang dan seumpamanya, pagi ni tengok makan dengan berseleranya.....tambah2 bila saya suapkan.....hehehe...tak sia2 tanam bawang kat depan rumah..

Cucur daun bawang

2 cawan tepung gandum
*2 biji bawang holland
*1/4 cawan udang kering
1 cawan air
secekak daun bawang
(boleh tambah cili kisar kalau inginkan cucur yang sedikit pedas)
garam secukupnya
minyak untuk menggoreng

kisar *. tuang dalam mangkuk dan masukkan tepung, garam dan daun bawang. Gaul sebati, pastikan adunan tidak terlalu cair (tambah tepung) atau pekat (tambah air). Panaskan minyak dan jemput2 cucur ke dalam minyak. goreng hingga keperangan.


seronok menayang hasil ladang sekangkang kera.....hari ni menuai daun bawang....tanam tak sampai sepuluh biji pun dalam kotak polisterin tapi tengok la hasilnya....
Aritu membersihkan bakul bawang...kulit dan sisa2nya saya taburkan kat tanaman depan rumah tu....sekali tengok banyak pulak pokok bawang yang tumbuh....saya alihkan dan tanam dalam pasu...share dengan pokok limau purut....tak lama lagi boleh tuai hasilnya pulak.....

Asam pedas zulfaza

Asam pedas zulfaza

bahan2nya

5 potong ikan jenahak
*20 biji cili kering (rendam sampai lembut)
*10 ulas bawang merah
*6 bawang putih
*2 inci halia
*seketul kunyit hidup
2 kuntum bunga kantan
daun kesum
segenggam asam jawa (bancuh dengan secawan air)
air secukupnya untuk kuah
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Tomato
bendi

cara2nya

Kisar *. Tumis * hingga pecah minyak. Masukkan air asam. Kacau sebati. Masukkan bendi. Masakkan seketika. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih. Masukkan garam dab gula. Kacau seketika. Masukkan ikan, kantan dan daun kesum. 

Masak ikan selama 10 minit. Sebelum tutup api masukkan tomato. 


Ni hasil dari ladang sekangkang kera depan rumah.....masa mengemas kebun nampak isi kunyit dah timbul2...tarik dua rumpun jer dan hampir penuh sebesen....dekat sekg beratnya. Kalau beli berapa rm agaknya....

Wednesday, February 4, 2015

Roti Siang Dan Malam

Resipi ni saya ambil dari kelab roti yg di share oleh Mufidah Abdul Hadi Alyunusi.... Saya tak timbang doh ni jadi hasilnya tinggi rendah tak sama besar....heeee....kira ok la...nak makan sendiri...

Roti Siang Dan Malam

Adunan Biasa

Bahan2:

3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
2 sudu makan susu tepung
1/4 cawan gula kastor
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam 
2 sudu teh yis segera
Sedikit garam (1/2 - 1 sudu teh)
Sedikit vanilla jika suka

Satukan tepung bersama susu tepung, gula, garam dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan bulat- bulat sebesar bola golf. 

Adunan Coklat
Bahan2:
2 2/3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
1/3 cawan serbuk koko
2 sudu makan susu tepung
1/3 cawan gula kastor (boleh kurangkan)
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam 
2 sudu teh yis segera
Sedikit garam (1/2 - 1 sudu teh)
Sedikit vanilla jika suka

Satukan tepung bersama susu tepung, serbuk koko, gula, garam dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan bulat sebesar bola golf.

Susun berselang seli dengan adunan coklat di dalam loyang. Ketepikan selama lebih kurang setengah jam atau hingga doh naik sekali ganda. 

Sementara itu panaskan oven pada suhu 180 djh. Jika suka boleh sapu atas roti dengan telur yg dipukul dengan sedikit air atau susu (egg wash) dan boleh ditabur bijan atau sebagainya di atas doh. Bakar hingga kuning keemasan (lebih kurang 15-20 minit jika buat seperti dalam gambar- bergantung pada saiz doh dan oven). Keluarkan dari loyang dan sementara roti masih panas sapukan permukaannya dengan marjerin/butter. Simpan roti yang dah sejuk dalam bekas kedap udara yer....

Selamat Mencuba!



Tuesday, February 3, 2015

Limonana (Middle Eastern Frozen Mint Lemonade)

Hubby tetiba teringin nak minum limonana nih...dah lama tak buat pun. Tapi saya takle rajin nak buat air gula dulu....saya terus jer satukan semua bahan termasuk ketul ais dan kisar halus....senang kerja ku.... Resepi asal saya amik kat http://toriavey.com/toris-kitchen/2012/06/limonana-frozen-mint-lemonade/

Limonana - Frozen Mint Lemonade

Ingredients

1/2 cup sugar (or more to taste)(1/2 cawan gula)
1 3/4 cups water (divided) (1 2/4 cawan air - boleh gunakan aiscream soda tapi kena kurangkan gula)
1 cup fresh lemon juice (1 cawan perahan jus lemon)
3 1/2 cups ice (3 1/2 cawan kiub ais)
1 cup fresh mint leaves (1 cawan daun pudina segar)
6 mint sprigs for garnish (optional)

Servings: 4

In a small saucepan, combine 1 cup of water and sugar. Heat over medium, whisking constantly, till the sugar dissolves. Let the water cool to room temperature.


In a blender, combine the sugar water, fresh lemon juice, ice, fresh mint leaves and 3/4 cup of water.Pulse for a few seconds, then blend for 1 minute till the ice is thoroughly crushed and the drink takes on the texture of a thick slushy. Taste. This recipe produces a mildly sweet limonana, which is the way I like it. Some people like it sweeter. Add sugar to taste, if desired, and blend again.Pour into cold glasses and serve. Garnish with sprigs of mint, if desired.Note: If you're on a low sugar diet or watching your weight, you can also make this drink with Splenda, stevia, agave, or your favorite low glycemic sweetener. Rather than making the sugar water, add a cup of unsweetened water to the blender (2 cups of water total) and blend the drink without sugar. Add your sweetener of choice to taste, blend again, and serve.

PERi-PERi roast chicken


Ni la lunch hari ni....peri2 roast chicken...diperap dengan hot peri2 sauce nando's.....sedap...tapi hari ni makan dengan nasi putih jer....tak sempat nakbuat coconut and lime rice tu.... makan pun dah pukul 3 lebih.....lewat sangat sebab dok mengemas depan rumah dan berkebun.....al maklumla sementara tengah cuti nih....rugi tak diisi dengan aktiviti yang menyihatkan....betul tak....

Ayam panggang ni sesuai sgt utk org yg mengamalkan diet atkins....low carbo...

resepi ni jumpa kat web nando's....masa dok google cari resepi brownies pedas nando's tu.....macam2 ada kat situ....lepas ni nak cuba resepi2 lain kat situ pulak...

Sos nando's nak cari kat mana????....haaaaa.....selain beli kat nando's, boleh beli kat supermarket....... kebanyakannnya ada jual....harga lebih kurang 10 - 12 ringgit kalau tak salah.....

PERi-PERi roast chicken

1/3 Cup (80ml) Nando’s PERi-PERi Sauce (saya guna hot peri2)
1 tsp Fresh ginger, finely grated
1 Garlic clove, finely grated
1 Lime, juiced (saya guna 1/2 lemon....guna limau kasturi pun boleh tapi lebihkan kuantitinya)
1 tsp Dried chilli flakes
Salt and freshly ground black pepper
1 whole chicken

Directions

For the roast chicken, combine all of the ingredients together, rub over the chicken, cover and chill for at least 3 hours or overnight. Preheat the oven to 180˚C. Place the chicken into a roasting tray and pour the marinade over the chicken. Bake for 80 – 90 minutes, basting frequently. 

Lain kali la akak cuba erk....jangan kecik ati tau...

Optional

Coconut and lime rice

400g Coconut cream
1 1/2 Cups (375ml) Water
1 tsp Salt
1 tsp Sugar
300g Jasmine rice
1 Lime, finely grated zest and juice
10ml Thai fish sauce (or additional salt)
30ml Coconut shavings, toasted

To serve Chargrilled lime wedgesFor the coconut and lime rice, place the coconut cream, water, salt, sugar and rice into a pan and bring to the boil. Cover and simmer, over a low heat for 20 – 25 minutes, or until the rice is tender. 

Remove from the heat and stir in the lime zest and Thai fish sauce or salt. Serve garnished with the lime zest and toasted coconut shavings, the chargrilled lime wedges and the chicken.

Sunday, February 1, 2015

Sago gula melaka

Bila duduk2 kat rumah ni macam2 terasa nak makan.....jengah sana sini tengok bahan yang ada....maka petang ni terhasillah sago gula melaka ni....tak sempat sejuk dan kental,  anak asyik tanya bila boleh makan....ermmmm... makan jer la nak oiii.....dah boleh makan tu...

Bahan2nya

2 cawan santan pekat (dinginkan)
1 cawan air gula melaka (gula melaka dimasak dengan air dan daun pandan simpul) - dinginkan

200 gm sagu
2 liter air

CARA MEMBUATNYA :-)

Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilas bawah air paip untuk membuang kanji sago. 

Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran atau bekas besar. Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 

Untuk menikmatinya, keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan  dan curah air gula melaka secukupnya atas sago.........sedap dimakan sejuk...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...