Tuesday, November 14, 2017

Pau gebu dan lembut


Balik kerja semalam sempat menguli dan mengukus pau inti kacang merah. Sumber resepi kali ni myresipi. Memang sedap...gebu...lembut sampai ke pagi. Bahan dan caranya mudah.

Pau saya ni tak licin sangat....sebab kukus lama sangat kot....nanti nak cuba lagi sampai dapat hasil yg gebus lagi licin.


Pau Gebu & Lembut

Bahan-bahan ( 10 biji )

250g (2 1/2 cawan ) tepung pau diayak (pakai tepung gandum pun boleh)
3g (3/4 sudu teh) yis kering
2g (1/2 sudu teh) baking powder
50g (4 sudu makan) gula castor
20g (1 sudu makan) lemak sayuran
2g (1 sudu teh) bread softener
1/2 cawan air suam

Cara-cara

Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat/licin

***Jika menggunakan Bread Maker, masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start

Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
***Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam)
Bahagikan doh kepada 10 bahagian
Masukkan inti dan tutup kemas.

Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.
***untuk inti, bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.
Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus. Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi. Kukus pau selama 10 minit.


***TIps : Air perlu lah betul2 panas/mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
Selamat mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...