Friday, November 24, 2017

MOIST CHOCOLATE CAKE


Kek coklat biasa2 jer dengan deco ala2 gitu2 jer. Saya tak pandai satu hal....tak sempat satu hal.... Semalam dari jam 3 petang saya baking beberapa biji kek untuk tempahan dan juga jamuan akhir tahun sekolah anak2 sampai jam 11 lebih baru off oven. Deco cake ni pun subuh tadi sambil siapkan sarapan dan bekal sekolah. Deco gitew2 camni pun anak2 rasa dah cantik sangat.....terharu rasanya...hahahahha. 

Kek ni saya buat untuk anak sulung bagi cikgu2 kat sekolah....tanda terima kasih sebab dah bantu ayah ummi dia mendidik diorang. Resepinya saya cnp dari blog tiffin biru. Harap memenuhi selera kek coklat premium nih. Patut buat dua tingkat tapi semalam bahan dah habis, serbuk coklat, chocolate compound, telur, tepung semua kehabisan stok. Tak dan nak cari dah....

Tulisan pun huduh kemain....hahahah....macam nak kena masuk tadika semula kategorinya ni....


MOIST CHOCOLATE CAKE
Kek coklat (bakar)

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

BAHAN COKLAT GANACHE :-)

200 g coklat masakkan
150 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.Pukul mentega dan gula perang hingga putih.

Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...


UNTUK GANACHE:- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dab boleh tuang atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...