Thursday, September 13, 2012

Ikan Masak Lemak

Masak lemak ni bukan la kesukaan saya maka jarang2 sekali dimasak kecuali atas permintaan En Hubby atau kalau dah habis idea nak menggulai apa...Kalau dulu-dulu, mak tiri saya masak mesti asingkan pati santan (santan pekat yg diperah mula2 dengan sedikit air) secawan/semangkuk kecil. Bila ikan dah masak, mendidih baru masukkan dan sentiasa kacau dgn api perlahan supaya tak pecah minyak. Kalau santan pecah minyak kira fail la masak lemak tu....Bawang, cili dan kunyit hidup pula ditumbuk dengan garam kasar, dia tak pakai garam halus - pahit katanya...garam kasar tu ibuku tu siap basuh dulu tau...



Bahan-bahannya

3 ekor ikan (saya guna ikan apa nih...lupa plak jenamanya...Encik Hubby yang pandai jenama2 ikan nih)
2 batang serai diketuk
1 keping asam yang kecil ajer
1 biji tomato dibelah 4
6 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
15 biji cili api (kalau nak pedas ble tambah, kalau taknak guna cili api boleh guna cili masak juga)
1 sebiji kelapa parut (saya blend dengan sedikit air dulu untuk asingkan patinya n baru tambah air secukupnya untuk kuah)
Garam secukup rasa
-------------
Tumbuk cili, bawang, kunyit hidup (kalau ikut cara ibuku tu, bawnag jangan tumbuk hancur sangat, tak sedap).
Masuk semua bahan termasuk santan cair dalam periuk kecuali tomato dan asam keping. (cara ibu tiriku, kalau dah masukkan tomato tak perlu letak asam sebab dah cukup masam dari tomato - tapi saya letak juga sebab tomato tu saya masakkan sekejap je, ala-ala fresh jer).
Masakkan atas api sehingga mendidih dan pastikan sentiasa dikacau perlahan (kuat2 nanti hancur plak ikan) supaya tak pecah minyak.
Bila dah mendidih masukkan asam keping/belimbing buluh dan garam secukup rasa.
Masukkan pati santan dan perlahankan api dan kacau hingga mendidih skit. Tutup api dan masukkan tomato.

*** Kalau guna garam kasar yang ditumbuk sekali dengan cili and the geng tu, rasa dulu baru masukkan garam, agak2 kurang masin baru tambah, jangan lupa lak...kang jadi macam cerita P Ramlee lak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...