Tuesday, February 14, 2012

Apam Gula Hangus..



Bila ingat resepi ni ingat masa bujang dulu....siti punya tuan rumah terer buat apam ni tapi, bila minta resepi, dia tak kasi.....nasib baik sekarang kat maya ni ramai yang pemurah nak kongsi ilmu dunia....kebaikan internet membolehkan kita share banyak benda....

Ni resepi yg saya guna...sedap dan memang mudah...

1 cawan gula pasir

1 cawan air

Masak jadikan gula hangus dan sejukkan.


2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan mentega kisarkan anggaran 3 minit

Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik atau paper cup. Masa mengukus dikurangkan kepada 15 - 20 minit sahaja.

*****Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...