Monday, February 20, 2012

Biskut Lemak Manis Dulce de Leche - Nuni My Resepi





Rasanya lemak2, macam kuih bakar timbang tu....tak manis sangat just nice....
Senang nak buat pun...

Bahan-bahan

1/2 cawan tepung gandum (60g)
1 cawan tepung jagung (110g)
50g butter lembut (1 sudu makan)
4 sudu makan dulce de leche
1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara

satukan semua bahan kecuali tepung gandum
kacau perlahan-lahan guna tangan, sehingga sebati, barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
uli sehingga membentuk doh.kalau agak lembik, campurkan tepung sesudu.kalau keras, campurkan butter.
sapukan sedikit butter pada dulang pembakar @ alaskan kertas minyak.
buat bentuk bulat2 dan susun di atas dulang tadi.
ambil satu gelas lutsinar, tekan atas doh bulat2 tadi sehingga tebalnya 1/2 cm. note : kalau nk buat bentuk lain pon boleh.terpulang kpd citarasa masing2.sy suka mcm ni sebab nk tengok bentuk gerigi di tepi biskut tu.pastikan tidak tebal supaya biskut masak dengan sekata.
bakar dengan suhu 180 darjah selama 10-15 minit. note : boleh bukak oven tengok biskut dh masak ke belum selepas 10 minit.kalau warna dasarnya perang keemasan, boleh la diangkat.
biarkan sejuk dulu baru boleh simpan dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...