Friday, December 12, 2025

Orange chicken (ayam oren)

Semalam anak hakak hantar 2 link TT resepi orange chicken tanpa sebarang msg. 😏😏😏boleh jer kan buat tak tau tapi kesian pulak kan. Faham sangat anak2 hakak ni, gitu la. Sepesen jer semuanya. Nanti tengok gambar ke, bidio masakan ke, forward jer kat ummi deme niπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€. Know2…..tadaaaaaa, dah siapppp.

Plan nak buat semalam untuk makan tengahari tapi abam ajak makan kat luar. Simpan balik ayamπŸ˜†. 

Tadi sebelum balik dah pesan keluarkan ayam siap2. Sampai rumah boleh terus masak. Kerah anak2 tolong prep bahan. Siap masak lepas azan maghrib. Anak2 suka. Siap suruh repeat lagi. Nanti kita buat versi yang satu lagi, lebih mudah. 


Orange chicken (ayam oren)

Penyediaan ayam

400 gm dada ayam tanpa tulang - potong kiub

Masukkan

1 sk garam atau secukup rasa

1 sk serbuk bawang putih

1 sk serbuk lada hitam/putih

2 sb kicap masin

1 sb chilli flakes

1 biji telur

Gaul rata. Perapkan selama sejam. (Hakak takdan perap).


Masukkan

75 gm (1/2 cawan) tepung gandum

85 gm (1/2 cawan + 1 sb) tepung jagung

1/4 sk baking soda

150 ml (3/4 cawan) air ais

1 sb minyak masak

Gaul sebati dengan ayam. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.


Sos oren

1 sb minyak masak

1 sb bawang putih yang ditumbuk lumat

1/2 sb halia yang ditumbuk lumat

Lada hitam/putih secukup rasa

1 sb chilli flakes

Gula secukup rasa

4 sb kicap masin

30 ml (2 sb) cuka

3 sb golden syrup (optional)

1/2 cawan Jus oren segar

1 1/2 sb Tepung jagung + dibancuh dengan 100 ml air

Garam secukup rasa

1 sk Parutan kulit oren

1 sk minyak bijan

Panaskan minyak masak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan kicap dan cuka serta gula secukupnya. Kacau sebati. Masukkan chilli flakes dan lada hitam/putih. Kacau sebati. Masukkan  golden syrup, jus oren dan tepung jagung. Perisakan dengan garam secukup rasa. 

Kacau hingga pekat. Masukkan parutan kulit oren dan minyak bijan. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga bersalut rata. Angkat dan hidangkan dengan taburan bijan yang disangai serta hirisan daun bawang jika suka.

Honey lemon chicken.

Lunch dan bekal anak sekolah hari ni. 




Honey lemon chicken (ayam lemon madu)

Untuk ayam

6 ketul dada ayam tanpa tulang - potong kiub 

Masukkan

1 sk garam atau secukup rasa

1 sk serbuk bawang putih

1 sk serbuk lada hitam/putih

2 sb kicap masin

1 sb chilli flakes

1 biji telur

Gaul rata. Perapkan selama sejam atau semalam.



Masukkan

3 sb tepung gandum

3 sb tepung jagung

Gaul sebati dengan ayam yang telah diperap. Goreng ayam hingga keperangan. Angkat dan toskan. Ketepikan.


Sos lemon madu

1 1/2 sb mentega

1 sb bawang putih yang ditumbuk lumat @ 1 sk serbuk bawang putih

1/2 sb halia yang ditumbuk lumat @ 1 sk serbuk halia

Lada hitam secukup rasa

2 sk Gula 

Garam secukup rasa

6 sb madu  

Perahan sebiji lemon

2 sk Tepung jagung + dibancuh dengan 50 ml air

Garam secukup rasa

Parutan kulit sebiji lemon

1 sk minyak bijan

Panaskan minyak masak, tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada hitam. Kacau sebati. Masukkan  madu, jus lemon, gula dan tepung jagung. Perisakan dengan garam secukup rasa. 

Kacau hingga pekat. Masukkan parutan kulit lemon dan minyak bijan. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga bersalut rata. Angkat dan hidangkan dengan taburan bijan yang disangai serta hirisan daun bawang jika suka.

Biskut Nestum Chocolate Chips dan semperit dahlia

Biskut luar musim. Alhamdulillah. Sesekali ada permintaan luar musim hakak layan jer. Weekend sambil2 kita buat. Kalau rajin kadang lepas balik kerja kita layan satu dua adunan. 


Kali ni hakak sempat tunaikan permintaan 3 jenis biskut dari sahabat opis lama hakak.

Biskut nestum chocolate chip rangup

Bhn A:

1 1/2 cawan tepung naik sendiri

1/2 sk baking powder

1/2 sk soda bikarbonat

(all the above ayak bersama)

1 cawan nestum

1 cawan choc chip

Bhn B:

150gm memtega/margerin

120gm gula castor

1 biji telur

1 sk esen vanila

Gaul sebati  bahan A, ketepikan. Pukul mentega/margerin & gula sampai kembang. Kemudian masukkan telur & esen vanila. Pukul lagi hingga sebati. Bila dah sebati, boleh la masukkan bhn A dan adun rata hingga jadi adunan lembut. Jangan risau, adunan sedikit lembik tapi kandungan nestum dalam adunan akan kembang dan menyerap lembapan. (Ketepikan selama 1/2 jam). Bulat-bulatkkan adunan dan tekan dengan garfu (hakak malas nak tekan kali niπŸ˜€). Bakar dengan suhu 160 celcius lebih  kurang 20 minit, bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Tips:-

1. simpan adunan dlm fridge dulu supaya cookies lebih ranggup. (Hakak tak dan nak simpanπŸ˜†, fridge pun penuh). 


Biskut semperit dahlia.

@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

Bahan A

200gm mentega

100gm gula ising

1 biji kuning telur

Pewarna pilihan (atau boleh biarkan plain untuk versi klasik)

Bahan B

250gm tepung gandum

50gm tepung jagung

50gm tepung kastard

Hiasan

Hirisan ceri untuk versi klasik atau coklat chip

Cara-cara

Pukul bahan A hingga berkrim.

Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. 

Bahagi doh dan warnakan 

Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam nozzle. 

Guna nozzle bintang pecah 7/9/11 dan tekan ke atas loyang. Hias dengan coklat cip atau ceri.

Hakak rehatkan biskut yang telah siap dipaipkan selama sejam dua sebelum dibakar untuk mengelakkan kelopaknya layu setelah dibakar. 

Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 160 celcius selama 20 minit atau hingga masak. (masa bergantung juga pada saiz dan ketebalan biskut, begitu juga dengan suhu bergantung kepada kesesuaian ketuhar masing-masing).

Tuesday, July 29, 2025

Kek karot, Kek coklat dan Kek pelangi untuk cikgu

3 jenis kek - kek karot, kek coklat dan kek pelangi, 3 biji setiap satu. Hakak buat ni untuk menyampaikan niat anak nak bagi kat ceegu. Bukan utk hadiah hari guru tapi sbb dah habis sekolah. Ada satu lagi akan bagi kemudian sbb sedang menunaikan haji. Balik haji nanti kita buat lain yer ceegu.

Kek saiz 7 inci jer. Satu layer. Pelangi dan karot hias dengan creamcheese frosting. Kek cekelat letak cekelat ganache dan parutan dark cekelat compound.  Anak hakak yang sulung hakak buatkan brownies.

Golden raisin carrot cake

250gm soft brown sugar

195 gm minyak sayuran

4 bj telur ayam gred A

250gm tepung naik sndiri

3 cawan carrot parut(350gm lepas parut..dlm 2-3 bj)

100gm kacang walnut (panggang n cincang)

100 gm kismis (ditumbuk)

1 sk esen vanila

1 sk baking soda

1 sk garam

2 sk serbuk kayu manis

1/4 sk serbuk buah pala

1. Campur gula+minyak sayur dalam mangkuk pemutar dan putar..

2. Masukkan telo satu persatu dan putar hingga kembang + esen vanilla.

3. Cmpurkan tepung,soda,kayu manis,buah pala,garam...putar sebati

4. Masukkan kismis..putar sebati

5. Masukkan walnut..putar..

6. Masukkan karot n putar sebati..

7. Masukkan dlam loyang 9"/10" yg dah dilenser dan lapik..

8. Bakar 170-180. 45-50minit atau sehingga masak..

Creamcheese frosting..

1/4 butter

250gm creamcheese

100 gm(secukupnya) gula aising...

Putar butter+creamcheese..masuk gula aising yg diayak..putar smpai kmbang..

(Lin tmbah 1/2 cwn fresh cream)

Putar kental....kaup balik ngan adunan cheese

Hakak suka combine whipp cream dengan creamcheese.

1 cawan whip cream

200 gm cream cheese - pukul dengan 2 sb gula icing dan 1 sb perahan lemon (kadang takde lemon hakak bantainya limau kasturi). Pukul hingga gebu.

Masukkan krim. Pukul kental.

Gula hakak tak letak banyak sbb cream dah manis.

πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚

Kek coklat lembab

Bahan-bahannya

Bahan A

1 3/4 cawan (219 gm) tepung gandum

1 sk baking soda

2 sk baking powder

3/4 cawan (62 gm) serbuk koko

1 3/4 cawan (350 gm) gula perang lembut (hakak guna 300 gm sahaja)

1/2 sk garam

2 sk serbuk kopi espresso (optional)

Bahan B

1/2 cawan (120 ml) minyak masak

1 cawan (240 ml) buttermilk (campur secawan susu dengan 1 sb cuka atau perahan lemon - biarkan selama 15 minit)

2 sk esen vanila

2 biji telur gred A atau AA

Bahan C

1 cawan (240 ml) air kopi O pekat panas (hakak guna kopi kampung, kalau takde boleh juga guna kopi instant)

Cara-caranya

Panaskan ketuhar pada suhu 160 celcius. Alas loyang 9 inci dengan parchment paper (baking paper).

Satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, garam, serbuk espresso (kalau gunakan) di dalam mangkuk.  Gaul guna whisk hingga rata.

Masukkan bahan-bahan lain kecuali kopi panas. Adun sebati menggunakan whisk. (Kalau nak guna mixer cukup dengan low speed (kelajuan minimum). Akhir sekali masukkan kopi O panas dan gaul rata. Adunan memang agak cair yer. Jangan tambah tepung. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau hingga masak.

****Penggunaan kopi di dalam adunan kek ini tidak akan menjadikan kek ini berperisa kopi. Tujuan menambahkan kopi semata-mata untuk menaikkan lagi rasa coklat.

Chocolate ganache

1 cawan (240 ml) double cream (hakak guna cooking cream)

270 gm chocolate compound - cincang kecil

Panaskan double cream hingga keluar buih2 kecil. Tutup api. Masukkan coklat cincang. Gaul hingga coklat cair. Biarkan sejuk semalaman.

Tuang di atas kek yang telah sejuk. Hias ikut citarasa. Hakak parutkan coklat compound gula peelerπŸ₯°.

πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚πŸŽ‚

Kek pelangi

Bahan-bahan

300 gm mentega/margerin

6 biji telur gred A

3 cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)

3 1/2 sk baking powder

1 1/4 cawan gula castor

150 ml susu segar/cair

1 sk esen vanilla (bole guna perasa lain juga)

Pewarna pelangi

Cara-cara

Pukul mentega/margerin, esen dan gula sampai kembang dan berwarna pucat.

Masukkan telur satu persatu..pukul lagi sampai gebu.

Masukkan susu, gaul hingga sebati dan masukkan tepung yang telah di ayak. Pukul sebati.

Bahagikan ikut jumlah warna yang digunakan. Letakkan pewarna dan gaul rata.

Griskan loyang dan tabur rata sedikit tepung atau alas baking paper. Masukkan adunan satu warna adunan, tuang adunan seterusnya diatas adunan di dalam loyang mengikut susunan warna pelangi.

Bakar lebih kurang 1 jam - 1 jam 10 minit atau hingga masak pada suhu 160 celsius di dalam ketuhar yang telah dipanaskan 15 minit awal.

Fattuccine Alfredo

Fattuccine Alfredo untuk sarapan. Hari ni sekali lagi hakak terlajak sampai hampir jam 5.30. Melompat bangun sbb nak siapkan sarapan yang akan membawa ke lunch. Alhamdulillah menu hari ni ringkas dan mudah disediakan.


Fattuccine Alfredo

1 bungkus pasta fattuccine ( kalau nak guna jenis lain pun ok) - rebus hingga lembut dengan air yang dimasukkan sedikit garam - toskan (simpan secawan air rebusan - optional)

Untuk sos alfredo

1/2 ketul mentega

4 ulas bawang putih - cincang

1 1/2 cawan heavy/thick/cooking cream

1 cawan air rebusan pasta

1 cawan susu segar

1 1/2 cawan keju parmesan

Sedikit serbuk lada hitam

Garam secukup rasa

Parsley flake secukupnya

Keju Parmesan untuk hiasan

Tumis bawang putih dengan mentega hingga naik bau. Masukkan krim, susu dan air rebusan pasta. Didihkan selama 5 minit. Masukkan 1/2 bahagian keju. Gaul hingga keju cair sepenuhnya. Perisakan dengan garam, lada hitam dan sedikit parsley flakes ( boleh juga guna hirisan daun parsley segar).

Tutup api. Tambah baki keju dan gaul rata. Masukkan pasta dan gaul sebati. Hidangkan dengan taburan keju parmesan dan parsley flake.

(***Hakak tak gaul terus pasta dan sos sebab tak makan terus semuanya. Anak2 akan mengulang sampai habis. Jadi bila nak makan baru mereka tuang sos).


PAU LABU

Pau labu, sarapan pagi tadi....warna alami dari buah labu....dah macam lemon pulak. Ni puri labu yg dibekukan. Habis dah stok...tak dan juga buat lepat dan bingka...lain kali pulak la.



Pau labu inti kelapa
1/2 cawan air sejuk
50 gm margerin atau shortening
1 sk garam
1 biji telur saiz kecil
200 gm puree labu
500 gm tepung pau @ gandum
5 gm bread improver (optional)
2 sk baking powder
50 gm gula
5 gm yis
Masukkan bahan ikut turutan dalam mangkuk BM. Uli mode dough (ulang 2 kali untuk hasil yang lebih baik).
Kalau uli manual guna tangan, satukan semua bahan kecuali margerin. Bila dah sebati, masukkan margerin. Uli hingga doh licin, tak lekat ditangan.
Ambil doh lebih kurang 30 - 40 gm. Leperkan.dan isi inti ( inti boleh dipelbagaikan ikut citarasa). Bulatkan dan letak doh atas kertas atau daun pisang. Susun dalam loyang. Jarakkan antara satu sama lain untuk beri ruang doh mengembang.
Biarkan doh mengembang sekurang2nya 2 kali ganda. Panaskan kukusan. Kukus selama 5 - 7 minit. Angkat pengukus dari air kukusan tanpa buka penutupnya.
Dah angkat baru buka penutup.
Tips untuk kulit pau licin
***Pastikan penutup pengukus dibalut kain untuk elakkan air kukusan jatuh ke atas pau.
***Jangan kukus pau terlalu lama.
***jangan perap pau terlalu lama (over proof) nanti pau akan kecut bila dikukus.

Bingka pisang

Bingka pisang. Memandangkan stok pisang pemberian jiran yang hakak kopek dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama tu agak banyak lagi jadi petang ni kita buatkan bingka pulak. Aritu buat cucur. Ada skit lagi nanti boleh buat kuih kukus pulak.

Bingka pisang

10 - 13 biji pisang (hakak guna lemak manis) - lecek kasar

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula perang

Sedikit garam

1 cawan santan pekat

1 cawan air

1 biji telur

3 sb minyak masak

Satukan semua bahan dan kacau sebati guna senduk jer. Tuang dalam loyang yang telah disapu mentega/margerin atau minyak masak.

Bakar pada suhu 200 celcius selama 60 minit atau hingga permukaanya garing. Sejukkan sebelum dipotong.


#iftar2021

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...