Wednesday, April 5, 2017

Biskut bangkit mentega bijan


Biskut lagikkkkk.....😃😃😃. Dah mula buat rasa tak bleh berenti.....semua resepi nak digeledah...
Dibawa keluar dari persembunyiannya.... Yang ni pun buat satu adunan jer. Dapat la dua balang jugak...

Biskut guna mentega tulen ni baunya mengancam.......masa mula mengadun pun doh dia dah semerbak mewangi....apatah lagi bila dibakar....tu yang jadi tak sabar2 nak makan. Tak sempat sejuk terus jer ngan beberapa keping.....anak2 pun sama.😍😍😍


Biskut Bangkit Mentega Bijan
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan

250 gm tepung ubi
1 cawan tepung gandum
50 gm bijan - sangan (goreng tanpa minyak)
1 cawan gula icing - diayak
1 biji telur
mentega secukupnya (nak lebih sdp guna yg berkualiti)
1 helai daun pandan (saya guna lebih untuk bau yang lebih kuat) - dikerat
Bijan untuk hiasan

Cara-cara

Tepung2 disangan dengan daun pandan hingga ringan. Buang daun pandan dan sejukkan. Gaul dengan bijan.

Gula dan telur digaul rata dan masukkan tepung dan gaul lagi.

Masukkan mentega sedikit2 sambil diuli hingga adunan lembut dan boleh dikepal. Canai doh dan terap, hias bijan jika suka.

Bakar pada suhu 160C selama 15-20 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2 hingga masak.


Semperit Pandan


Bila mood sudah mari.....balik kerja terus jer ke dapur....geledah kabnet keluarkan bahan- bahan. Maka jadi lah biskut rangup nih...

Satu aduan dapat la dua balang untuk kudapan anak- anak.4


Semperit Pandan
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahan
Bahan A
200gm mentega
100gm gula ising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan/pandan emulco
1/2 tsp pewarna hijau epal

Bahan B
250gm tepung gandum
50gm tepung jagung
50gm tepung kastard

Hiasan : Coklat masakan putih dan manik hundred thousand. (saya tak letak pun)


Cara-cara
Pukul bahan A hingga berkrim.
Masukkan bahan B yang telah di ayak dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 1 jam.
Guna nozzle tart gulung dan tekan ke atas loyang yang telah di griskan.
Potong mengikut saiz di kehendaki.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau hingga kekuningan.

Biarkan biskut sejuk baru di hias dengan coklat masakan putih yang di cairkan secara double boiler, masukkan ke dalam kon kertas, gunting sedikit muncungnya dan pipe di tengah biskut dan tabur dengan manik berwarna.

Biskut ini agak nipis, jika mau lebih tebal tindihkan selapis lagi.


Tuesday, April 4, 2017

Blondies aka congo bar



Selesai membakar brownies semalam, saya teruskan niat nak buat blondies ni pulak. Bahan tak cukup, coklat chip cuma ada 100 gram jer tapi kalau hati kata mau, teruskan juga la niat ni. Kekacang saya campurkan macadamia, almond dan gajus....walnut ada tapi saja jer tukar selera. Blondies atau lebih dikenali dengan nama congo bar ni ala2 biskut lemau...heheheh. Sedap tau...cuba la kalau tak caya. 


Congo Bar
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan2

315 gm tepung gandum
21/2 sudu baking powder
1/2 sudu garam
150gm mentega
200gm gula perang (nak kurangkan kepada 180gm pun ok sebab choc chip tu manis kecuali guna bitter sweet atau semi sweet choc chip)
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
320gm choc chip
1 Cawan kacang walnut (apa2 kacang pun boleh)

Tak sempat sejuk dah potong....tak sabar-sabar nak makan sebab last buat dah dua tiga tahun juga rasanya....

Caranya

Ayak tepung,baking powder dan garam ketepikan
Pukul gula perang dan butter hingga kembang.
Tambahkan telur sebiji sebiji ke dlm mentega dan pukul lagi, masukkan esen vanilla, choc chip dan kacang gaul bersama.
Masukkan tepung kaup balikkan.
Guna loyang 10 X ×10 dan lapik ngan kertas minyak.
Bakar dlm 170`C selama 30 - 40 minit atau ikut oven masing2.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT


Membrownies hari ni. Teringin nak makan dah dua tiga minggu ni tapi tak terbuat-buat. Semalam balik kerja, ingat nak masak lauk dulu sebab paginya tak sempat nak memasak tapi rupa-rupanya hubby sayang dah masakkan ungkep ayam pencen untuk makan malam. Alhamdulillah.... 

Since tenaga untuk memasak lauk tu tak perlu digunakan untuk tujuan itu maka saya pun terus la juga singsing lengan jubah untuk adun brownies ni dan blondies seloyang....semangat jangan dipadamkan begitu aje. Siap jer bakar brownies saya terus hias dan panggil anak-anak kebawah. Bagi surprise kat diorang.....happy tau tengok anak2 makan dengan riang-rianya sebab ada cekelat dan popcorn kat atas tu....

Bakinya saya bekalkan diorang ke sekolah....dan sedikit untuk bekal saya ke pejabat.


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT @ ZLC

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik)
30 gm serbuk koko


CARA-CARANYA :

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak. Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.


Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.

Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

Sunday, April 2, 2017

Gulai Pisang Muda


Antara lauk kegemaran yang nostalgik... Lauk2 kampung yang biasa menjadi juadah kami sekeluarga masa kat kampung.


Gulai pisang muda dengan ikan masin @ ZLC

Bahan2
 
2 sisir pisang lemak manis muda
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
1 keping ikan masin - kalau ada bahagian2 tulang tu pun ok (Kurau/talang) - potong kecil
garam secukup rasa
2 sb serbuk kari ikan + ayam/daging
2 keping asam gelugur (optional kalau saya tak letak ikan masin - kalau guna ikan masin saya tak letak asam gelugur)
segengam ikan bilis kopek (optional kalau saya tak guna ikan masin, saya letak ikan bilis sebagai perencah)

Bahan2 ditumbuk halus

5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 ulas bawang putih

Minyak untuk menumis.

Cara2 menyediakannya

Pisang di potong hujung & pangkal, siat2 lapisan kulit hijaunya sahaja dan barulah dipotong serong. Masukkan pisang dlm periuk dan masukkan air agak2 sama paras dgn pisang. Rebus pisang (jangan lama sangat, agak2 dalam 5-7 minit), toskan.

Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan pisang dan gaul rata. Kemudian masukkan santan. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan masin, kacau sesekali. Biarkan merenih seketika. Rasakan garamnya. Tambahkan garam secukup rasa. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan lauk2 pilihan yang lain.

***** Kalau masak menggunakan ikan masin, seelok-eloknya ikan tersebut direndam seketika. Garam diletakkan kemudian, biasanya sebelum tutup api sebab rasa masin dari ikan akan turun ke kuah dan kadang2 kita perlu tambah sedikit saja garam.

Tauhu sumbat


Menu kegemaran anak2...resepi mudah tapi anak2 makan bertambah2.


Tauhu Sumbat

Tauhu gaul garam, kunyit  goreng macam biasa...potong 3 segi, belah tengah untuk sumbat sayur. (Ada yg potong dulu baru goreng)

Bahan sumbat

Timun
Sengkuang
Karot
kalau suka tauge celur

Hiris - lidi timun dan karot (serta sengkuang). Boleh juga parut. Gaul sayuran.
Sumbat ke dlm tauhu.

Sos

Kisar 15 biji cili kering kisar + 5 ulas bawang putih + 10 sb gula perang (ikut citarasa) + garam (ikut citarasa) + 3 sb cuka (tak nak guna cuka boleh ganti ngan air asam jawa)

Masak sampai pekat sedikit. (Boleh tapis sos atau hidang terus).


Menu pilihan untuk majlis ilmu malam minggu. Nasi lemuni....menu femes dari utara. Ramai yang tak pernah kenal daun lemuni apatah lagi merasai kelazatannya bila dimasak dengan nasi.

Selain nasi lemak, lemuni ni kalau buat nasi ulam pun lazat juga. Apa2 pun nak ucapkan terima kasih kepada penyumbang2 bahan masakan untuk menu ni. Moga diberikan rezeki yang berlipat kali ganda... dan tak lupa juga kepada yang sudi meluangkan masa membantu proses penyediaan menu kali ni... Moga Allah berikan ganjaran yang terbaik buat semua.


Nasi Lemuni @ ZLC

BAHAN BAHAN :

2 cawan Beras ~ Saya guna basmathi
2 Santan
Secekak Pucuk Lemuni di kisar dgn 1/2 cwn air
2 ulas Bawang Putih - hiris nipis
3 ulas Bawang Merah- hiris nipis
1 inci Halia- hiris nipis
2 helai Daun Pandan - koyak dan disimpul
1/2 sk halba
(1/2 sk serbuk lada hitam - untuk wanita berpantang atau jika suka)
Garam secukup rasa

Beras tu dibasuh, rendam 20 - 30 minit bersama sesudu kecil garam dan ditoskan. Kemudian satukan semua bahan diatas di dalam periuk atau rice cooker. Kemudian tenggek atas api atau onkan rice cooker. Kacau sesekali supaya daun lemuni dan semua bahan tu sekata. Kecilkan api setelah air hampir kering dan tutup rapat periuk nasi. Biarkan tanak selama 5 minit lagi. Tutup api dan biarkan 5 minit sebelum buka tudung dan kareh rata.

**** Semasa penyediaan nasi lemuni ada yang menapis daun yg telah dikisar halus untuk mendapatkan airnya saja atau dimasukkan semua daun yang telah dikisar tu sekali ketika menyediakan nasi. Nasi yang disediakan dengan memasukkan daun menghasikan nasi lemuni yang lebih wangi baunya dan lebih enak bila dimakan.

Seperti nasi lemak lain, nasi lemuni ni juga sesuai dihidangkan dengan sambal tumis, telur dan ulaman timun dan kangkung celur.


Sambal Tumis Ikan Bilis
@ zulfadreamland.blogspot.my

500 gm kan bilis
1 mangkuk cili kisar
10 biji bawang besar - hiris
1 sb asam jawa di bancuh dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
5 batang serai - dititik
1 cawan minyak masak

Cara2nya :-

Masukkan minyak ke dalam kuali. Panaskan dan masukkan ikan bilis yang telah dibaauh dan ditoskan. Gorengkan seketika hingga naik baunya. Masukkan bawang hiris dan serai. Tumiskan hingga bawang layu. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.

Masukkan gula secukup rasa. Biarkan merenih seketika. Kemudian masukkan air asam. Kacau rata dan renihkan seketika. Kacau sambal sesekali supaya tidak berhangit. Tambah air secukupnya ikut kepekatan sambal yang diingini.

Akhir sekali sesuaikan rasa....masukkan garam dan tambah gula sekiranya perlu. Sedia dihidangkan.


Telur dadar mayonis

5 biji telur
1 sb mayonis
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar - hiris
Cili padi/cili besar - hiris

Satukan dan kacau sebati. Goreng hingga keperangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...