Friday, June 5, 2015

Roti sosej

Penantian berakhir....GR superbake saya sampai jua.....terus teruja nak try test meroti. Kali ni guna resepi yg Liza Othman @ KELAB ROTI share kat fb. Saya guna 100% tepung gandum......next round nanti nak omit penggunaan telur pulak.



Roti sosej

500gm tpung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tepung gandum
100 gm gula kastor
40 gm susu tepung
5 gm bread improver
5 gm garam
11 gm yis atau sepeket yis
265gm ditimbang jumlah air yang campur telur ( tak kira guna berapa biji telur)
80gm butter
cara
campur bahan kering dan masuk bahan cecair (kalau guna bm masukkan cecair dulu sebelum pepejal)
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 30 minit buang angin
Bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c
suhu bakar ikut jenis oven anda

Asam pedas kentang

Sedap woooo...jom cuba....


Asam pedas kentang
@ zulfaza love cooking

5 biji kentang hiris 1/2  inci tebal (saya goreng sekejap)
Segenggam ikan bilis
10 biji cili kering direbus/rendam air panas hingga lembut
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 sb air asam jawa pekat
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya
minyak untuk menumis

Kisar bawang dan cili hingga lumat. Masukkan ikan bilis dan kisar sebentar.tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan air dan kentang. Masak hingga kentang empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan asam jawa dan biarkan mendidih seketika dan terus tutup api. (Air asam jawa dimasukkan akhir sekali supaya masamnya tak.menyerap ke kentang.)





Tuesday, June 2, 2015

Cinnamon rolls

Resepi Paula dari Food.com jadi pilihan saya kali ni....puas hati dapat makan banyak2....beli mahal. Rupa kureng jelita sebab loyangnya under estimate....terkecil sikit...patutnya jangan susun rapat sangat....bolehla bentuknya membulat...yg saya punya segi enam...segi lima sume ada....hahaha....apa ada pada rupa...janji sedap....nak makan sendiri kot (mood menyedapkan hati sendiri).


Rotinya lembut...sedap tu sedap tapi lain kali tak mo letak glaze....manis giler jadinya...sakit gigi dan lagipun kena control gula bila umur makin meningkat......tapi yg lain2 ok sangat.... 

Walau macam mana pun, anak2 saya suka sgt bila ada glaze ni....byk diorang makan......budak2 dengan benda manis.....anak2 buah pun nampak mcm ok jer dengan tahap kemanisan yg ada....

Cinnamon roll

Ingredients

Dough:
1/4 -ounce package yeast (11 gm yis)
1/2 cup warm water (1/2 cawan air suam)
1/2 cup scalded milk(1/2 cawan susu yg dipanaskan - jgn sampai mendidih - kemudian disejukkan)
1/4 cup sugar (1/4  cawan gula)
1/3 cup butter or shortening (1/3 cawan mentega atau lemak sayuran - cairkan)
1 teaspoon salt ( 1 sk garam )
1 egg (1  biji telur)
3 1/2 to 4 cups all-purpose flour (3 1/2 - 4 tepung gandum)

Filling:

1/2 cup melted butter, plus more for pan (1/2 cawan mentega cair, tambahan untuk loyang)
3/4 cup sugar, plus more for pan (3/4 cawan gula, tambahan untuk loyang)
2 tablespoons ground cinnamon (2  )
3/4 cup raisins, walnuts, or pecans, optional (3/4 cawan kismis, walnut atau pecan)

Glaze:
4 tablespoons butter (4 sb mentega)
2 cups powdered sugar (2  cawan gula ising)
1 teaspoon vanilla extract (1 sk esen vanilla )
3 to 6 tablespoons hot water (3 - 6  sb air panas)

Directions

Heat oven to 350 degrees F. (Panaskan oven 180 °C).

In a small bowl, dissolve yeast in warm water and set aside. In a large bowl mix milk, sugar, melted butter, salt and egg. 
(Dalam mangkuk kecil,  satukan yis dan air suam. Ketepikan. Di dalam mangkuk besar satukan susu, gula, mentega cair, garam dan telur).

Add 2 cups of flour and mix until smooth. Add yeast mixture. Mix in remaining flour until dough is easy to handle. Knead dough on lightly floured surface for 5 to 10 minutes. Place in well-greased bowl, cover and let rise until doubled in size, usually 1 to 1 1/2 hours.
(Tambah 2 cawan tepung dan adun sebati. Tambah bancuhan yis dan tambah baki tepung hingga jadi doh yang lembut dan senang diuli. Uli doh selama 5 - 10 minit. Perap doh dalam mangkuk yg digris dengan minyak, tutup dan biarkan kembang selama 1 - 1 1/2 jam.)

When doubled in size, punch down dough. Roll out on a floured surface into a 15 by 9-inch rectangle. 
(Bila dah naik, tumbuk doh. Gelek diatas permukaan yg di tabur sedikit tepung menjadi segiempat sama 15 x 9 inci.


Spread melted butter all over dough (ratakan mentega cair)


Mix sugar and cinnamon (satukan gula dan serbuk kulit kayu manis)
 and sprinkle over buttered dough. (dan tabur diatas doh)


Sprinkle with walnuts, pecans, or raisins if desired. (Tabur walnut, pecan atau kismis jika suka. 



Beginning at the 15-inch side, role up dough and pinch edge together to seal. Cut into 12 to 15 slices. (Bermula dibahagian 15 inci, gulung doh dan matikan doh dipenghujungnya. Potong 12 - 15 kepingan).

Coat the bottom of baking pan with butter and sprinkle with sugar. Place cinnamon roll slices close together in the pan and let rise until dough is doubled, about 45 minutes. (Sapu loyang dengan mentega dan tabur dengan gula. Susun roll dekat2 dan biarkan naik selama 45 minit.)


Bake for about 30 minutes or until nicely browned. (Bakar selama 30 mknit atau sehingga keperangan)


Meanwhile, mix butter, powdered sugar, and vanilla. Add hot water 1 tablespoon at a time until the glaze reaches desired consistency. Spread over slightly cooled rolls. (Sementara itu, gaul mentega dan gula ising serta vanilla. Tambah air panas sesudu-sesudu setiap kali dan gaul rata hingga mencapai konsistensi yg diingini. Tuang ke atas roll yg telah sedikit sejuk. Sedia dimakan...


*****nota saya : menggunakan glaze menyebabkan cinnamon roll menjadi terlalu manis, boleh abaikan penggunaan glaze jika tidak suka roll yg manis melampau....hehehe

Ikut resepi chef khairi mansor mentega tak perlu cairkan....rasanya camni lagi elok....tak la meleleh masa memotong....

Bahan utk 1kg tepung (gunakan sebarang doh asas roti manis) : 2 cwn gula perang + 1 sudu serbuk cinnamon . 200gm butter & 1 cwn kismis(jika suka) ..selepas doh digelek nipis, sapu dgn butter, kemudian taburkan bahan2 yg lain..gulung kemas & potong..jgn gulung terlalu padat tuk elakkan roti membonjol dibahagian tengah.

Nak ubah selera untuk anak2 boleh guna sapuan milo/vico mcm resepi chef khairi kat bawah ni...

utk sapuan milo, 1 cwn brown sugar + 1 cwn MILO + 250gm Butter..campurkan semua dan ratakan pd permukaan doh yg dah di leperkan..

Spaghetti kuah ayam dan tomato

Bila geng wassap menyebut pasal spaghetti yg sedap masakan member group saya pun terus ngences....teringin...tapi takkan nak minta orang masakkan....kesimpulannya kena masak sendiri la....nasib baik bahan2 semua ada jadi tak perlu la keluar membeli belah.... Ayam minced pun dah lama beku dalam freezer tu...baik guna cepat2... 

Kuah pasta
Zulfaza love cooking style

5 keping dada ayam (cincang)
1 biji cili benggala (potong kecil)
20 biji tomato (cincang)
1 batang lobak merah (potong kecil)
Cendawan butang (kalau ada la...yg segar lebih sedap dan sihat)
3 batang celeri (potong nipis)
2 biji bawang kuning (cincang)
10 ulas bawang putih (cincang)
2 sb chili flakes
1 sb oregano flakes
1 sb parsley flakes
1 sb lada hitam (tumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
1 tin besar tomato puree
Minyak zaiton untuk menumis

Tumis bawang2 hingga naik bau. Masukkan ayam dan tumis hingga ayam masak. Masukkan tomato puree, tomato cincang dan lobak. Masak hingga lobak  lembut. Masukkan celeri dan cili serta bahan2 lain. Perisakan garam dan gula secukup rasa. Masakkan sehingga kuah memekat. Tutup api dan hidangkan bersama pasta pilihan.

Monday, June 1, 2015

NASI AYAM BALSMAG



Untuk berbuka arini saya pilih resepi ayam balsmag dari lydia honey....saya memang suka resepi2 yg di share lydia di blog dan page dia.... setakat ni memang dapat pujian...

Teringin masakan timur tengah yang ringkas dan light jer rasa rempah ratusnya....lagi satu mencuba rempah rare seperti sumac ni... Alhamdulillah....menepati citarasa saya....


Sumac yg saya beli di mahnaz batu 3....

AYAM BALSMAG

1 ekor ayam (1 1/2kg-jgn dipotong)
1 cawan mentega
1 camb sumac
Garam dan lada hitam powder secukupnya
4 cawan beras basmathi (rebus beras 3/4 masak-ala2 masak nasik beryani) - (4 cawan beras ni boleh makan 10 orang - boh kurangkan beras dan kurangkan air, cili dan bawang juga)
3 cili benggala berwarna-dihiris 
2 labu bawang besar-dihiris
2 cawan air rebusan ayam




Basuh ayam dan keringkan. Campurkan mentega, sumac, sdkt garam dan lada hitam. Panaskan oven 180 ° C. Asingkn kulit ayam dgn meluluskan jari di bawah kulit hati2 ya supaya tidak terkoyak kulitnya tu (masage sikit supaya butter tu melurut rata ke seluruh ayam, awas jgn sampai terkoyak kulit tu lak).
Perasakan ayam dgn garam/lada dlm dan luar.

Sumbat/lumur bawah kulit ayam dgn campuran mentega rata2 termasuk kepaknya dan ikatkn kaki ayam dengan benang tahan panas. Di dalam tray, susun hirisan lada dan bawang dan tambahkan air rebusan serta sedikit garam/lada hitam.

Letakkan nasi dan letakkan ayam di atasnya. Cover tray dgn aluminium & bakar dlm oven selama 45 minit/sehingga masak (buka cover aluminium 15-20minit masa terakhir untuk mengaringkan ayam). Letakkan nasi dalam pinggan hidangan dan letakkan ke ayam diatasnya (sblm hidang buka la benang pd ayam tu).

NOTE Dari lydia honey:- 

Untuk pelbagai perisa, anda boleh menggantikan sumac dgn oregano, rempah kari atau rosemary atau apa saja rempah ratus yg anda suka

ROTI ARAB KA”AK


Petang ni berkesempatan cuba resepi roti arab ka"ak daripada Drp: Chef Khairi Mansor @ Kamus Selera. Seperti yg chef kata dohnya lembik dan melekit.... saya susah nak dibentuk. Tapi dah masak ok la....lembut gak roti dia cuma cam biasa agak padat tak macam roti malaysia yang gebas gebus gitew...walau macam mana pun saya suka roti yg macam ni....ka"ak...i lioke...

Lain kali nak try pulak resepi yg saya share kat bawah tu...lebanese street bread....nampak menarik sangat...dia gantung2 kat gerai2 tepi jalan....

ROTI ARAB KA”AK
 

Bahan:
1 tbs yeast
3 tbs gula
¼ cwn air suam
3 tbs minyak masak
1 tsp garam
1 ½ cwn susu suam
½ kg tepung
1 biji telor
Sedikit bijan
1/2 cup white sesame seeds

Cara:

- Campurkan kesemua bahan basah bersama yeast, kacau rata.
- Masukkan tepung sedikit2 sehingga terhasil doh yg lembik & melekit
- Terus perap doh, (jgn uli mcm roti biasa) biarkan kembang 2 x ganda
- Slps doh kembang (masa ni dah kurang melekat) Bentuk doh macam donut besar ,(naik kan dlm 15 minit) sapu telur & tabur bijan sebelum dibakar.


Lain kali boleh cuba resepi di bawah dari blog http://phoeniciangourmet.blogspot.com/2009/04/lebanese-street-bread-kaak-bi-semsum.html?m=1  ni juga dimana kandungan airnya kurang jadi lebih senang membentuk doh....adunan tidak terlalu lembik dan melekit.

Lebanese Street Kaak - Ingredients

2 package active dry yeast ( if I am using 120gm of wild yeast starter I use less yeast)
1 1/2 cups warm water (105 to 115 degrees F)
1 1/2 cups lukewarm milk (scalded, then cooled)
2 tablespoons granulated sugar
1 tablespoon salt 2 tablespoons vegetable oil
6 1/2 - 7 cups all purpose flour
1 cup of whole wheat flour or bran flour to sprinkle over the dough
1 egg +1 teaspoon water
3/4 cup sesame seed

Direction:

Dissolve yeast in warm large bowl. Stir in milk, sugar, salt, oil and 3 cups of the flour.   Leave for 10-15 minutes to rise and bubble .   
add the remaining flour knead until smooth and elastic about ten minutes, make sure the dough is not dry.  Place in greased bowl; turn greased side up. Cover; let rise in warm place until double, around an hour and more. Dough is ready if indentation remains when touched. 

Punch dough down to release the gas, gather again and let it rest for the second time till doubled. Be very patient and let the dough rest for couple of hours or even more... divide to 8 equal parts. 

Roll  over some wheat or bran flour to get more authentic , and texture shape as directed above, either the shape of a round handbag, (this is what we used to call them when we were children) or into long rope; moisten ends with water. 

Bring ends of rope together, and pinch to form rings about 6 inches in diameter. Beat egg and 2 teaspoons water with fork. Spread sesame seed on dinner plate. Brush each ring with egg mixture; dip into sesame seed. 

Place rings, sesame seed side up, on large greased cookie sheets. Cover loosely; let rise until double, from 1 hour up to 2 hours for the rings, for the rounds let them rest again, at least two hours more. Cover the baking tray with plastic to keep them moist.

Heat oven to 500F.  Flip the baking trays upside down and warm them in the oven as well, When the oven is ready, lower the heat to 450F . Sprinkle some wheat or bran on the trays and carefully move the kaak and Bake them for 20 to 25 mimutes or until golden brown and puffed.
A deep pan with water in it will also help in steaming the oven and creating a crunch texture for the kaak and give a nice golden color

suggestion on serving the kaak: open the pocket from the back and sprinkle oregano mix (zaatar) or Sumac, or mix sumac and Dakkah . Also good with Halloumi Cheese, or Cream Cheese

go ahead give it a try... its very good!!

Tenggiri masak taucu


Menu ni kegemaran saya dan anak2.....hubby dah boleh makan tapi kurang gemar. Stok taucu kat rumah ni memang sentiasa ada. Dulu beli taucu paket kecil2....sekali masak tapi sekarang dalam botol....saya suka jenama yakin... 

Sayurnya boleh dipelbagaikan ikut citarasa....timun, timun tua, labu air, tomato, kulit tembikai, terung....ikan pun janji yg sesuai digoreng kira boleh jer....


Resepi ikan tenggiri masak taucu

3 keping ikan tenggiri (gaul kunyit dan garam kemudian digoreng)
4 sb taucu
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang merah hiris
4 ulas bawang putih hiris
1 inci halia hiris
cili padi belah dua secukupnya
cili hijau belah 2 secukupnya
2 keping asam gelugur
timun buang biji potong kecil
Tomato belah 4
Minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya

tumis cili, bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan taucu. Tumiskan seketika. Masukkan air secukupnya dan asam gelugur. 

Biarkan mendidih. Masukkan ikan dan sayuran kecuali tomato. Masak hingga sayur empuk. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato dan biarkan seminit sebelum tutup api. Sedia dihidang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...