Tuesday, November 27, 2018

Kuih pukis pandan keju

Merajinkan diri balik dari pejabat semalam.
Rajin ada makna.....hahaha. Acuan ada takde sebab nak jadikan tukun.....kena guna selalu supaya ada alasan kukuh nak tambah koleksi.....kankankan. Resepi ni saya jumpa kat mr google....jiran negara sebelah share...dap weh....jom cuba.....takde acuan tu boleh jer guna acuan cara....rupa jer beza rasa sama sedap.


Resepi ni asalnya dari indonesia.

Pilihan bahan2 mempengaruhi rasa kuih ni. Guna mentega tulen. Pengunaan air daun pandan yang dikisar berbanding pes yang dibeli membangkitkan aroma dan rasa serta lebih menyihatkan.

Whipping cream boleh digantikan dengan santan segar  menaikkan rasa lemak ditambah pula dengan rasa mentega tulen yang digunakan.

Pastikan telur dan gula dipukul hingga betul2 gebu bagi menghasilkan kuih yang lembut gebu.

Saya tambahkan taburan colored rice utk nampak lebih menarik  Boleh juga taburkan chocolate rice.

Acuan pukis ni agak sukar dijumpai kat malaysia. Masih boleh disediakan tanpa acuan khas. Guna acuan kuih cara atau baulu atau muffin pun ok.

Di Indonesia, kuih ni banyak dijual digerai2. Kat Malaysia ni pun ada tapi tak sebanyak di sana.

Perisa boleh dipelbagaikan selain pandan. Boleh buat perisa mocha, stawberry, durian, kelapa muda (isi kelapa dihiris/cincang dan dimasukkan ke dalam adunan) dan macam2 ikut citarasa.


Kuih Pukis pandan keju

Bahan A

100 gm mentega

Bahan B

100 gm gula
4 biji telur gred C

Bahan C

225 gm tepung gandum
25 tepung jagung
3 gm yis kering

Bahan D

100 ml whipping cream
200 ml air
1 sb pes pandan (atau kisar 20 helai daun pandan dan tapis urk mendapatkan 200 ml air)

Bahan E

Keju secukupnya
Choc/colored rice jika suka

Cara- caranya

1. Cairkan mentega, ketepikan.
2. Satukan bahan C dan gaul rata. Ketepikan.
3. Satukan bahan D dan kacau sebati. Ketepikan.
4. Pukul bahan B dengan kelajuan tinggi hingga gebu selama 10 minit.
4. Turunkan kelajuan mixer ke 1 dan masukkan bahan C dan D secara berselang seli hingga habis. Setelah sebati tutup mixer dan rehatkan adunan selama 1 jam.
5. Panaskan acuan dan.oleskan dengan mentega. Masak hingga separuh matang. Letakkan keju,  teruskan memasak hingga adunan masak sepenuhnya. Keluarkan adunan daripada acuan dan.hidangkan sebagai minum petang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...