Monday, November 5, 2018

Anak kami scoliosis warrior...... bionic girl to be

As salam dan salam sejahtera semua.

Lama dah tak update blog http:www.zulfadreamland.blogspot...page zulfaza loves cooking....sejak dua tiga menjak ni tak berkesempatan nak update....nanti2 bila urusan penting yang satu itu dah selesai....insya Allah akan aktif semula.

Buat masa ni tumpuan masa dan tenaga kebanyakannya untuk persediaan pembedahan Iman. Perkara lain diketepikan dahulu......mohon doa semuanya berjalan lancar dan Iman pulih dan membesar seperti remaja lain walaupun tulang belakang dihiasi 16 skru dan 2 batang rod...

Iman bakal menjadi bionic woman 23 November 2018.......kelainan pada tulang belakang hanya kami sedari 10 september.....pada 26 september refer ke hospital dan Doktor maklumkan perlu mrnjalani pembedahan segeera...... Scoliosis warrior kami disahkan scoliosis (tulang belakang bengkok dengan bentuk S di mana upper curve 41% manakala lower curve 66%). Ujian besar buat Iman yang baru mencecah usia 13 tahun 30 Oktober lalu....

Mohon doakan iman tabah dan redho menghadapi ujian ini...
Pembedahan dan segala urusan dipermudahkan Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...