Thursday, May 17, 2012

Moist Chocolate Cake

Resepi ni saya dapat daripada kawan sekolah (Sri Aman, PJ), Noni dah lebih 20 tahun dulu....Saya start makan kek cekelat lepas rasa kek yang dia masak menggunakan resepi ni....lama saya gunakan resepi ni sampaikan naik lunyai buku resepi saya tu dan anak2 buah jemu nak makan kek cekelat. Dah bertahun saya tak pakai resepi ni terutama lepas dapat resepi kek cekelat kukus.....

Dua tiga hari lepas, bila google2 jumpa lak pulak resepi ni kat blog catatan-karmic....terus kopipes je la sebab malas nak taip balik sementelah sama je dengan resepi yang dah ada kat buku resepi saya.....baru la ni tahu pemunya asal resepi iaitu chef Arm.....tq all for the yummy recipes...
Bahan A ( Diayak Bersama )

  • 280g Tepung Gandum
  • 40g Serbuk Koko
  • 2 Sudu Teh Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Teh soda Bikarbonat
Bahan B

  • 2 Sudu Teh Nescafe ( larutkan Dengan 1 Sudu Teh Air panas )
  • 280g Marjerin
  • 200g Gula Halus
  • 5 Biji Telur Ayam
  • 1 Sudu Teh Esen Vanila
  • 250g Coklat Masakan ( Dicairkan )
  • 1/4 Cawan Air Ais ( Betul2 Sejuk )
 Cara Penyediaannya
  1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu dan pukul sebati setiap kali telur dimasukkan.
  2. Masukkan esen vanila, adunan nescafe serta coklat masakan yang telah dicairkan dan kacau.
  3. Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit dan diselang-selikan dengan air sejuk dan dikacau sebati.
  4. Masukkan ke dalam acuan kek.bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180c selama 1 jam 30 minit.Angkat dari ketuhar dan sejukkan.
  5. Hiaskan....kalau kat umah nih kalau kek plain takde hias tak laku la jawabnya...kena pakaikan juga hiasan paling sempoi pun dengan coklat cair....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...