Friday, May 18, 2012

Kek Marble Susu

Bahan-Bahannya :-)
  
250 g mentega (nak sedap guna mentega berkualiti tinggi)
230 g gula halus (gula saya guna 190g jer)
2 camca teh ovallate
4 biji telur gred A
270 g tepung halus (saya guna tepung gandum)
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
60 g susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
2 camca besar susu cair
1 camca teh coklat emulco (tak guna pun)

Cara membuatnya :-)
1.Pukul mentega, ovallate dan gula halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Masukkan susu pekat dan gaul rata.

2.Perlahankan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Satu dibiarkan tanpa warna dan satu bahagian di campur dengan susu cair, serbuk koko dan coklat emulco. Gaul hingga sebati.

3.Tuang secara berselang seli antara adunan tanpa warna dan adunan coklat dalam tin yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak.

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 - 35 minit. (saya guna suhu 160 selama 40 minit sebab pakai oven kecik....20 minit api atas bawah, 20 minit lagi api bawah je). Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan dari tin. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan dan hias ikut suka..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...