Sunday, September 1, 2019

Kek Batik


Kek batik horlick raya....buat sebelum solat raya....sekejap jer buatnya  setengah jam gitu jer....tuang dalam loyang....sejukkan....masuk peti ais......kek batik ni fav anak2....makan sejuk2 nyaman sungguh.

Kali ni selain tambah serbuk horlick dalam adunan saya guna biskut marie perisa kopi dan biasa......tambah sedap lemak2 kopi gitu....

Resepi kali ni try oleen punya...kurang guna milo.


Kek batik

1 pkt biskut marie(295-300gm) (guna kombinasi biskut perisa kopi dan plain) patah2kan 2 or 4 -
200gm butter
200gm susu pekat
10gm serbuk koko
Saya tambah 80 gm serbuk horlick
250 ml air panas
80gm serbuk milo
1bj telo saiz A/B (dipukul sikit)

Campur air panas/koko hingga sebati
Masukkan semua bahan kecuali butter dan biskut dlm kuali
Kacau api kecik hingga naik wap.
Masukkan mentega
Kacau hingga butter cair
Kacau lg adunan hingga agak pekat..(agak2 la ye..api jgn besar sgt n kacau sentiasa..tkut pecah minyak)
Masukkan biskut dan kacau hingga sekata adunan biskut & coklat..
Masukkan dlm loyang 8" lapik ngan plastik..rata dan padatkan..masuk peti sejuk.

Klu nak buh choc kat atas resepi👇🏻
100gm diary whipped cream
100 gm choc
10gm or 1sdk butter
Double boil..biarkan dlm 10 minit tuang atas kek batik..n masukkan dlm peti sejuk sekurang2 nya 4jam or semalaman.

#kekbatik
#kekbatikbiskutmarie
#nobakecake
#allaboutcake
#crazyforcakes
#foodie
#foodielover
#bakedwithlove


Grilled Lamb Rib Chops with a Rosemary anf Sage Crust


Lunch yg dah petang....hari ni mkn ubat lalok sampai ke petang......anak2 dah komplen kelaparan. Nak pegi beli pun tak daya....minum ubat semput badan jadi menggeletar. Tu yang masak pun dah lewat petang.....slow and steay jer. Tapi takpe siap la juga....simple2 jer.



Grilled Lamb Rib Chops with 
a Rosemary & Sage Crust

Bahan2nya

1/2 cawan fresh flat-leaf parsley- cincang
3 sb fresh rosemary - cincang
1 1/2  sb fresh sage - cincang
Garam secukup rasa
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 kg Lamb - saya guna bahagian daging sahaja kali ni  (nak guna bahagian lain pun boleh)
1 sb chilli flake

6 ulas bawang putih belah 2
1 biji bawang besar - potong wedges

Cara2nya

Gaul rata semua bahan2 di atas. Perapkan selama 2 - 3 jam atau boleh jer nak grill terus. Grill hingga masak. (Saya grill dalam oven).

Masukkan dalam tray. Tabur bawang putih dan besar. Bakar dlm oven pada sihu 250 celcius hingga masak (ikut citarasa nak medium rare ke...well done ke)

Kalau nak masak guna griller pun boleh...

Saya hidang dengan keledek bakar - keledek potong ikut suka, gaul dengan garam minyak zaitun, serbuk lada hitam dan chilli flake. Kemudian bakar sampai empuk.

#lambgrilled
#lunch
#allaboutfood
#healthierchoices
#instafood
#foodie
#food


Delicious butterfly chicken with garlic, lemon n herbs for lunch.


Delicious butterfly chicken with garlic, lemon n herbs for lunch.

Dah beberapa hari berada diluar kawasan.....jadi hari ni sediakan something special skit utk family kesayangan hamba.

Beli barang keperluan serba sikit. Banyak barang dah habis. Anak2 especially suka masakan begini....simple dan sihat. Mata masih mengantuk sbb dah beberapa malam tak lena sbb batuk, badan pun masih kepenatan sebab perjalanan balik yang memakan masa lebih 1/2 hari tapi kesian kat anak2, abam sayam n family yang dah lama jugak tak makan masakan ummi. Masak cenggini tak sempat berpeluh....dah siap. Sangat mudah gitew....jom kita semak resepinya.


Butterfly chicken with garlic, lemon and herbs

1 ekor ayam potong butterfly (bagitau jer ngan orang kedai tu nak potong camtu, kalau nak potong cara lain pun boleh jer)

Satukan

1 paket oregano segar - cincang (boleh ganti dengan yg kering)
1 batang daun parsley - cincang
1 biji lemon - perah jusnya
1 sk lada putih
1 sk chili flake
5 sb minyak zaiton
Garam secukup rasa (saya guna anggaran 1/2 sb)


Gaul rata dan lumurkan pada ayam.

1 labu bawang putih potong dua melintang (tak perlu buang kulit)
1 biji bawang holland potong baji (wedges)

Letakkan bawang dan bawang putih ke dalam mangkuk atau dulang pembakar. Letakkan ayam.di atasnya.

Potong keledek ungu dan keledek serta sweet chili. Masukkan ke dalam dulang. Siram baki bahan gaul ayam tadi kalau ada. Potong kiub sedikit mentega dan tabur kan ke atas ayam.

Bakar selama 1 jam 15 minit dengan suhu 250 celcius atau hingga masak. (Saya guna mode grill pada 20 minit terakhir utk garingkkan sedikit ayam)

#ayam
#chicken
#ovengrilled
#healthierchoices
#instafood
#foodie
#allaboutfood
#cookedwithlove


Fruit pastry cake



Fruit  pastry cake pernah viral satu ketilka dulu...sekarang dah slow down......ada tapi tak semeriah time tu ....asyik lalu lalang kat wall fb. Lama dah tak buat...hari ni ada tetamu special jadi kita hidangkan kek ni sebagai pencuci mulut.

Untuk resepi ni saya rujuk dari blog azlita masam manis. Keknya sedap....lembut dan tidak terlalu manis.
Kek ni terlebih bakar suda....hahhahaha....dok sibuk masak sampaikan terlupa kek dalam oven.......

FRUITS PASTRY CAKE

100 gm unsalted butter
160 gm gula castor
20 gm gula castor gaul dengan buah
50 gm greek yogurt
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanilla
1 biji lemon- parut kulitnya
210 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
500 gm buah-buah citrus ( strawberry, blueberry, peach, resberry dll)

Tepung satukan dengan baking powder dan ayak ( ada orang letak sikit tepung jagung, cth dia kurangkan 20 gm  sukatan tepung gandum + dengan 20 gm tepung jagung)

Buah-buah tu pula kita potong  kalau yang besar, cuci bersih dan toskan, lepas tu gaul dengan 20 gm gula atau 2 sudu besar gula

Kalau guna buat dari dalam tin, basuh buat tu dan toskan-tak perlu letak gula sebab buah tin lebih manis

Dalam mixer, putar butter , sour cream dengan gula hingga putih dan gebu

Masukkan telur satu persatu dan terus putar

Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal)

Masukkan vanilla dan kulit lemon dan terus putar

Tutup mixer

Masukkan tepung dan kaup balik rata

adunan akan jadi pekat

Tuang dalam loyang 8 inc yang dilapik kertas dan oleh butter

ratakan

Taburkan buah-buahan atas adunan tadi

bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 - 1 jam atau sehungga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown

Masa bakar tu bergantung pada oven, kalau aoven kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi kat tengah untuk pastikan kek telah di m,asak sempurna

Kuzi daging.....daging korban yang masih belum sempat dikorbankan sejak raya haritu.....akhirnya hari ni terkorban jua.....sedap wooo....masak kuzi ni iras2 briyani johor jugak....

Tapi kuzi ni ada macam2 versi....versi pantai timur ada...versi johor ada.....ada  gak baca resepi yg guna kerisik....ada yang letak yogurt....ada yg pernah makan versi kelantan tu banyak bawang goreng...
Tapi apa2 versi pun masakan ni wajar dicuba....sbb kejadiaan sedap banget.


Kuzi daging

2 kg daging dihiris nipis
4 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar
1/2 tin susu cair
1/2 tin tomato puri
Badam dan kismis
100 gm rempah kari daging
100 gm rempah briyani
garam secukup rasa
Gula melaka dan madu secukup rasa
1 ketul gula batu

Bahan Tumis
6 sb minyak makan
1 sb minyak sapi
6 biji  bawang besar- dikisar
8 ulas bawang putih - dikisar
4 inci halia - dikisar

2 kuntum bunga lawang
6  kuntum bunga cengkih
6 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis


Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan  tumisan hingga naik baunyer.

Masukkan rempah kari dan rempah briyani. Tumis hingga pecah.minyak. Kemudian masukkan tomato puri dan juga susu cair.

Masukkan daging dan masak sehingga empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Bila sudah masak dan daging empuk, masukkan daun pudina, daun ketumbar, cili merah, cili hijau tan taburkan badam goreng dan kismis.

Saya hidangkan dengan nasi briyani.

#kuzidaging
#kuzi
#beef
#food
#foodielover
#instafood
#allaboutfood


Saturday, June 1, 2019

Mee Udang Galah



Mee udang sepetang di setia alam kembali ramadhan ini....menu moreh malam ke 27......sumbangan salah seorg ahli kariah.....dia beli bahan minta hakak masakkan. Moga dikurnia rezeki berlipat kali ganda...

Moga juga menepati selera ahli kariah yg berterawikh di ArRaihan...



MEE UDANG KUALA SEPETANG
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-Bahan1 kg mi kuning
½ kg udang basah - bersaiz sederhana
2 biji kentang ~ kupas kulit, hiris nipis dan goreng kemudian kisar halus (optional)


Bahan Kisar

10 tangkai cili kering, rebus lembut
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
3 sudu besar udang kering

3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1/2 buku gula Melaka @ secukup rasa

4 batang sawi
1 cawan taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tauhu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya.

Panaskan minyak dan gorengkan kentang. Kemudian kisar hingga lumat.

Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu.

Panaskan semula minyak goreng tahu tadi,  dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering. Setelah naik wanginya masukkan sos cili dan sos tomato, garam dan gula melaka. Gaul sebati.


Masukkan air secukupnya. Bila kuah dah mendidih sesuaikan rasa. Tambah garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan udang. Biar didih seketika kemudian tutup api.




Celur sayuran tadi sawi, taugeh, mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tauhu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.


#meeudang
#udanggalah
#prawnnoodles

Tuesday, May 28, 2019

Biskut Makmur


Biskut klasik.....biskut makmur.....buat lepas balik dari ofis. Hubby tolong sediakan juadah berbuka semetara saya siapkan tempahan yang nak dihatar rabu nanti.  Ini antara

Harum satu rumah bila biskut ni bersauna dalam oven.....bau minyak sapi tu.....ermmmmm.....kalau tak disebabkan dah dipinang orang, mau selamat masuk perut...

Biskut ni buat tak susah dan tak banyak ragam bagai......meh saya share resepinya. Saya try letak baking soda dan powder macam resepi kak wan.....selalunya tak.



Biskut makmur

Doh

200 gm minyak sapi
500 gm tepung gandum
1/2 sk garam
1 sk baking soda
1 sk baking powder

Inti

Kacang tanah - disangan dan dibuang kulit kemudian ditumbuk (jangan terlalu halus - saya masukkan dalam plastik dua tiga lapis...amik anak lesung, tumbuk alas chopping board kayu)
Gula halus secukup rasa
Sedikit mentega cair

atau

Buah kurma - cincang

CaraNya

Satukan bahan doh dan uli sebati. Kalau doh agak lembik, tambah sedikit tepung.

Satukan bahan inti dan kacau rata.

Ambil sedikit doh. Leperkan dan letak inti. Tutup doh dan bulat atau bujurkan. Susun atas loyang.

Bakar pada suhu 160° - 170° celcius selama 25 - 30 minit. Sejukkan sebentar dan golek atas gula ising.

#cookies
#biskutraya2019
#traditionalcookies
#malaysiancookies




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...