Tuesday, January 17, 2012

Cucur Nasi

Resepi ni dapat masa balik dari pasar kat stadium Shah Alam. On the way ke keta, dengar ustaz yang tengah bagi ceramah agama tu bagi resepi.....besoknya terus cuba buat. Emmm sedap gak...lembut je walau pun dah sejuk....Ustaz tu bagi cara basic jer...yg lain tu ikut citarasa sendiri ye....


1 cawan nasi sejuk
1 cawan air
1 genggam ikan bilis/udang kering
secekak daun kucai
1 biji bawang besar
1 cawan tepung
garam secukup rasa

-----
Kisar nasi, ikan bilis/udang kering/bawang hingga halus.
Tuangkan ke dalam mangkuk.
Masukkan tepung, garam dan kucai dan sebatikan.
Kalau keras ble tambah sedikit air.
Dah siap tu goreng je la....

*** kalau suka boleh juga letakkan udang basah, tauge, daun sup, daun bawang.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...