Sunday, January 1, 2012

Roti Pori aka puri aka poree

Resepi ni saya dapat dari myresepi.....suka sangat bila nampak kembung camtu....yang paling bestnya sebab dah pandai buat sendiri....selalu makan kat mamak jer....sesuai sangat kalau dihidangkan bersama keema.



2 cwn tepung gandum
1 sk yis
1/2 sk garam
3 sb minyak masak
2 sb gula
175ml air panas
40-50 ml air

------------------

Satukan tepung dan yis. Gaul rata.

Satukan garam, gula, minyak dan air panas. Kacau hingga gula dan garam hancur.
Tuangkan ke dalam tepung dan menggunakan garfu kacau hingga jadi macam bread crumb.
Tambah air sedikit-sedikit dan uli hingga jadi doh.
Perap selama setengah jam. Lebih pun tak pe.
Bahagi 12 dan canai nipis macam nak buat karipap.
Goreng sebiji2 dengan minyak banyak....jangan terbalikkan cepat sangat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...