Friday, May 10, 2019

Punten



Javanese cuisine for breakfast......bulan2 posa ni nal jadikan juadah iftar atau sahur pun ol....kenyang dapat sumbat 4 5 ketul......nasi jugak tu.

..PUNTEN namanya.....kalo nak terangkan gini....
Ianya sejenis makanan diperbuat daripada nasi yg dimasak dengan santan dan garam secukup rasa...kemudian ianya dilenyek dan dikepal2...boleh juga guna mold atau buat cam nasi impit tu potong2 jer bila dah sejuk. Boleh panggil nasi lemak impit jugakla kot.....

Biasanya punten ni makan dengan sambal bilis ijo...
Walau pun abam sayamku jawa tapi hat ni dia tak pernah dengar, tengok dan makan......sebab punten.ni femes belah2 kuala selangor jer rasanya.....belah johor tak pernah jumpa lagi






Sunday, May 5, 2019

Kari Hijau Goa (Goan Green chicken curry)

Siap.......kari hijau goa (Goan Green chicken curry) untuk bersahur nanti....kalau takmo makan ngan nasi, makan dengan capati pun sedap...


Menu ni masakan tradisi popular di Goa, India. Untuk menyesuaikan dengan lidah melayu saya lebihkan cili supaya lebih pedas.

Masakan ni kaya dengan pelbagai rasa dan aroma swmentelah bahan2 yang digunakan memang  mempunyai aroma dan rasa yang dominan.


Goan Green chicken curry

Bahan Kisar

1 inci halia
5 ulas bawang putih
1 1/2 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
6 sb kelapa parut
8 biji cili padi hijau (boleh ubahsuai jumlahnya ikut citarasa
1 cawan daun pudina
3 cawan daun ketumbar
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 serbuk lada hitam
1/2 serbuk kunyit

Bahan tumis

2 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
Minyak untuk menumis


1 ekor ayam saiz sederhana (berat 1.2 - 1.5 kilogram) - potong 8 atau 16, bersih dan toskan.


Cara- caranya

1. Kisar lumat bahan- bahan kisar.




2. Panaskan minyak.


3. Tumis bahan2 tumis hingga naik bau dan bawang sedikit keperangan.


 4. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Kacau sesekali supaya tidak hangit.


5. Masukkan ayam yang telah dibersihkan. Gaul rata sehingga semua bahan tumis bersalut dengan ayam. Renihkan hingga ayam masak.



6. Hidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, capati, roti nan dan roti canai.


********

Biasanya dalam menyediakan masakan, menumis bawang yang dihiris/cincang hingga naik bau menambahkan kesedapan dan menaikkan lagi aroma masakan.



Saturday, May 4, 2019

Tauhu begedil

Petang ni jamuan yasinan dan turn saya jadi host....ini antara menu yg sempat disediakan.




*Tauhu begedil*

Tauhu kembung (hehehe.....yer ke nama dia tauhu kembung)

********************

*Utk Begedil*

Bahan2nya

10 biji kentang – rebus/goreng - kisar
1 kilo daging - rebus dan kisar
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan puith
1 pokok daun sup - mayang halus
1 pokok daun bawang - mayang halus
1 biji cili merah - belah, buang biji dan hiris halus
2 biji bawang holland - hiris dan goreng - kisar
3 biji kuning telur
Garam secukup rasa

Resepi 2

5 biji kentang – rebus/goreng - kisar
300 gm daging  kisar
3 pokok daun bawang - mayang halus
6 sb bawang goreng
1 sb serbuk paprika
1 sk serbuk lada hitam
Gram secukup rasa

Satukan semua bahan. Gaul rata.

******************

*Tepung salut*

5 biji telur
3 sb tepung jagung
3 sb tepung gandum
1 sk serbuk paprika
1 sk serbuk cili (flake)
Garam secukup rasa
Sedikit air

Satukan dan gaul rata.



*Cara penyediaan tauhu begedil*

Potong tauhu kembung (rujuk gambar)
Sumbat begedil ke dalam tauhu.
Buat sampai selesai









Panaskan minyak. Gunakan api sederhana kecil.
Celup tauhu ke dalam adunan tepung.
Dan goreng hingga garing.
Angkat dan toskan.


Sambal kicap

Cili padi
Bawang putih

Goreng hingga layu.

Kicap manis dan kicap masin secukupnya
Air secukupnya

Kisar hingga halus. Sedia dihidangkan dengan tauhu begedil.

Selamat Menjamu Selera.



Monday, April 8, 2019

Homemade cabonara sauce


Kegemaran anak2......pasta cabonara. Ummi tak suka beli yg ready made atas banyak faktor kesihatan jadi ummi buat sendiri....lebih sedap dan lebih sesuai dengan citarasa.

Kali ni ummi letak meatball sebagai perencah. Semua anak2 dah pandai rebus pasta....kengkadang ummi sediakan tomato sauce homemade ala bolognese.....bila nak makan nanti pandai2 la diorg rebus pasta dan reheat sosnya.


Sos cabonara ala prego homemade

5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sk pes halia
2 biji bawang besar - cincang
Cendawan butang segar - hiris nipis
Meatball - hiris nipis
500ml susu segar
150 gm cheddar cheese
20 gm parmesan cheese (optional)
4 sb tepung gandum
Air secukupnya
Garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaiton untuk menumis

Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau. Masukkan meatball. Tumis hingga sedikit garing.
Masukkan lada hitam. Kacau.  Kemudian masukkan tepung dan tumis sebentar.

 Masukkan susu kacau sebati. Tambah air secukupnya. Masak hingga mendidih. Masukkan cheese, masak hingga cheese cair dan sebati dengan kuah. Perisakan dengan garam secukup rasa. Dah siap.



Kuah sizzling yee mee homemade


Stok kuah sizzling yee mee....buat sekuali ni boleh la tahan beberapa kali mengulang. Iman dah pandai buat sendiri....nanti dia la yang paling kerap repeat masak yee mee ni.....adik2 kureng sikit sbb agak pedas.


YEE MEE SIZZLING DALAM PAN

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)

3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - hiris nipis
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
6 biji cili kering - dipotong-potong
4 sb sos tiram
6 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam (boleh kurangkan ikut citarasa)
1 sk minyak bijan
2 sb tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air (saya guna air rebusan daging)

 Cara-caranya:

Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga naik bau.

Masukkan 4 cawan air rebusan daging. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air). Masukkan sos tiram, kicap dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan masukkan daging dan cendawan.

Biarkan 2 - 3 minit. Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat. Kemudian masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.

Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali. Masukkan 1 gulung yee mee.

Biarkan mee lembut sedikit. Masukkan sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan seketika hingga telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Selamat mencuba...

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering...

Bingka Pandan


Bingka pandan semalam....dah potong dan separuh letak dalam bekas baru teringat nak ambil gambar....

Ni tempahan semalam....order last minute dari jiran untuk program kat pusat tuisyen dia. Kali ni saya guna resepi yang saya olah dari sumber azie kitchen.


Bingka Pandan

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (1 santan kotak & 2 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit bijan

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 45 minit pada suhu 200C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. Saya bakar dalam 1 jam  untuk mendapatkan permukaan yang garing. (Nak cepat lepas 45 minit saya letak suhu oven maksimum sbb dah kesuntukan masa). Bakar bingka ni tak kisah sangat pasal suhu....tak macam kek....

Victoria Sandwich

Tempahan kek untuk hantaran. Dah lama teringin hias kek guna fresh flower nih....akhirnya tercapai juga impian bila ada orang menempah kek hantaran pertunangan.




Victoria Sandwich Cake

Bahan Kek

220 gm tepung kek (saya guna tepung gandum...tepung kek yilek)
30 gm tepung jagung
secubit garam (saya tak letak sbb guna salted butter)
(Saya tambah 2 sk baking powder- resepi asal takde....jadi terpulang nak letak ke tak sbb kek ni memang sepatutnya agak padat dan sedikit keras tapi citarasa saya sukakan kek yg lembut dan gebu)

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm mentega (resepi asal unsalted)
2 sudu besar golden syrup (saya guna madu)
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur (saya derhaka juga kat sini...guna 7 biji telur gred C)








Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata.
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan.
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata.

Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras
Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jem atas kek.

Vanilla Cheese Krim

Olahan resepi dari Rima
1 1/2 cawan non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon jus

Putarkan cream cheese dan lemon jus hingga lembut
Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata

Masukkan dalam piping bag.
Letakkan satu keping kek atas lapik kek
paipkan cream di atasnya
Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
Tutup dengan satu keping kek lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...