Tuesday, October 31, 2017

Menu hari minggu: ikan masak lemak tumis dan kangkung tumis


Menu ahad lepas. Menu simple2 ajer sebab macam2 kena masakan kena prepare untuk jamuan ofis semalam. Lepas ke pasar, siap basuh dqn simpan ayam ikan dalam freezer lepas sekejap sebelum mula memasak. Bermula dengan goreng cendawan sambil tu prepare masakan ikan. Sayur tu minta tolong kakak ngan atuk siapkan. Kangkung ni hubby yang teringin sangat nak makan.

Zohor juga la baru siap. Lepas siap makan tengahari rehap kejap sebelum mula baking congo bar, kek dan bislut. Sambil2 tu kupas2 apa yang patut utk menu jamuan kat pejabat.

Dalam sibuk2 masak tu sempat juga la mengubah susun atur perabut. Berpeluh2 seharian ahad lepas dengan macam2 aktiviti.


Resepi ikan masak lemak tumis

1 kg ikan tenggiri - bersihkan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit - goreng sekejap dengan sedikit minyak atas kuali non-stick. Ketepikan.

Kemudian kisar kering/tumbuk

1 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

Tumis dengan sedikit minyak (hingga pecah minyak dan naik bau. Kemudian masukkan

5 biji cili masak & 10 biji cili padi kisar
2 batang serai diketuk

Tumis lagi hingga pecah minyak. Selepas itu masukkan 5 cawan santan dari sebiji kelapa. Kacau rata. Kemudian masukkan sekg ikan. Masukkan 2 keping asam gelugur, garam secukup rasa. Masak hingga mendidih. Kacau sesekali supaya tak pecah minyak. Masukkan tomato, masak selama 2 minit lagi dan tutup api.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...