Showing posts with label makanan tradisi kaum. Show all posts
Showing posts with label makanan tradisi kaum. Show all posts

Thursday, April 5, 2018

AYAM MASAK LENGKUAS @ Ayam masak liku

Ayam liku atau ayam masak lengkuas ni sajian unik dari suku kaum Bugis terutamanya di Tawau. Dalam bahasa bugis dipanggil nasu likku seakan rendang ayam kalau di semenanjung atau rupanya seakan ayam ungkep pun ada. 

Masakan ni menggunakan lebih kurang 400 gm lengkuas untuk seekor ayam atau lebih kurang 2kg ayam. Sejak nampak masakan ni dijual dicafe kat opis sinun terus google resepinya...rasa teruja nak cuba walaupun yg dihidangkan kat cafe tu langsung tak memikat selera...hahhaha. 
Ini la menu makan tengahari untuk anak2 esok. Kena masak malam ni sebab lama nak masak....


Sumber resepi saya ni dari blog sis salami simon yang dah lama dok kat sabah nun....




AYAM MASAK LENGKUAS @ Ayam masak liku

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (sebaiknya ayam kampung atau ayam pencen) - potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda - parut
7 batang serai - ambil isinya yang putih - parut
1 liter santan pekat
4 sudu makan kerisek
1 sudu makan lada putih - tumbuk (saya letak 1 sk jer sebab dah letak cili padi)
garam secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
1 ketul kunyit hidup
saya tambah cili padi
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah

(saya guna presure cooker dan ayam pencen jadi saya masukkan semua bahan diatas dan presure cooked selama 40 minit. lepas tu saya stir fry sampai pekat.)

1. Masukkan santan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih

2. Bila kuah terbit minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.

3. Sementara menunggu kuah menjadi pekat, ringan-ringankanlah jari jemari tu menumbuk kerisek!

4. Lepas tu, jengoklah masakan dalam periuk, dan bila nampak kuah mula memekat, masukkanlah kerisek. Kacau sekali sekala supaya bawahnya tidak berkerak tapi hati-hati jangan sampai daging ayam terkoyak, maklumlah kita gunakan ayam daging! Pada masa ini bolehlah masukkan garam atau perasa lain mengikut selera masing-masing. Sedap dihidangkan dengan burasak.


Saya sertakan juga beberapa resepi lain yang boleh dijadikan panduan untuk menyediakan ayam masak liku ni.

Ayam Masak Lengkuas Bugis
Sumber : http://patyskitchen.blogspot.my

1 ekor ayam potong 12 bahagian
400 gram lengkuas muda - parut
2 batang serai  dititik
1 kg santan pekat
1 sudu makan lada putih - tumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
garam


Bahan tumbuk / kisar:
3 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
2' halia diblend halus
11 cili padi
15 tangkai cili kering direndam dahulu


Cara Menyediakannya

Masukkan santan dan serai titik ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan parut. Masukkan sekali serbuk kunyit dan lada putih

Biar naik minyak, masukkan daging ayam. Gunakan api sederhana panas supaya masakan perencah meresap, dan masak sekata.

Masak sehingga ayam empuk dan angkat, jika inginkan kering biar lama sedikit di atas api.




AYAM MASAK LENGKUAS
Sumber resepi: Rahel

Bahan-bahan:
1 ekor ayam (1 kg),bersihkan,potong sesuai selera
500ml santan pekat
500ml santan cair
500g lengkuas,bersihkan,hiris nipis
3 buah limau kasturi,ambil jusnya
50g kelapa parut putih,sangai jadi kerisik,tumbuk halus

Bahan kisar:
2 inci halia
5 batang serai,ambil putihnya,hiris
5 cm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 biji buah keras,hiris/cincang

Bahan perasa:
1 keeping asam keping-boleh diganti dengan 1/2 sudu makan pes asam jawa
1 sudu makan gula jawa atau gula Melaka
1 sudu teh lada putih biji,tumbuk halus
3 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh ajinomoto atau serbuk pati ayam

Cara membuat:
1.Perap ayam bersama jus limau.Ketepikan.
2.Kisar lengkuas bersama air secukupnya.Tapis dan perah airnya.Buang air perahan tadi.
   Kukus lengkuas selama 5 minit.
3.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali,tumis bahan kisar hingga naik minyak.
   Tambahkan santan.Masak santan hingga mendidih.
4.Masukkan pula lengkuas,ayam.Masak dengan api sedang.Kacau sekali-sekala.
   Bila santan sudah mul surut,tambahkan kerisik dan bahan perasa.
5.Teruskan memasak ayam lengkuas hingga benar-benar kering (jangan hangit).



Sunday, February 25, 2018

Masala Vadai


Dah lama teringin nak buat ni....tapi asyik tergendala sebab prosesnya lama....lama bab nak merendam kacang sampai lembut. Paling kurang 4 - 5 jam. Nak kena plan awal kalau nak buat...selalunya asyik terlupa nak merendam. Jadi terpaksa tangguh pembikinan.

Kuih ni yang popular kat Malaysia. Kat kampung dulu panggil masalodei........asal dari kaum india. Sedap.......selalu beli kalau jumpa kat gerai selalunya mesti beli.


Resepi ni saya ambil dari Mamak Haji Roslan.........kenapa pilih resepi ni...sebab mamak haji punya resepi ni authentic dan sedap menjadi....jom la cuba.

RESEPI MASALA VADEI:

BAHAN-BAHAN:

250 gm kacang dal (pilih Dal Australia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India yang bersaiz kecil dan leper).
1 labu bawang besar - hiris
1 sk jintan manis
3 tangkai daun kari dicincang
3 biji cili kering hiris halus
1/2 inci halia dicincang halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng


CARA-CARA:

1. Basuh dan rendam selama 4 jam atau lebih. Toskan. Asing sedikit dal dalam sesudu dua.

Masukkan selebihnya dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran halus sedikit. Tuang hasil dalam penapis untuk toskan sedikit airnya.

(saya guna food processor - kisar tanpa air).

2. Toskan sedikit kemudian masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata

3. Ambil sedikit adunan dan bulatkan dan leperkan di atas tapak tangan anda.

4. Panaskan minyak gorengan. Minyak secukupnya untui tengelami vadei yang akan digoreng. Pastikan minyak cukup panas. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak.

5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam kuali  kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau 5, dan tentukan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika  tidak vadei anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadei anda cukup masak dan garing. Vadei yang masak biasanya akan terapong naik ke atas dan buih-buih semakin berkurangan.

Thursday, July 7, 2016

Lepat (pulut)


Lepat....masakan tradisi raya di kampung MIL. Lepat ni diperbuat daripada beras pulut yg digaul  dengan kelapa parut (ada juga yang menanak pulut separa masak) kemudian dibungkus dengan daun kelapa dan diikat kemas menggunakan lidi daun kelapa muda. Cara memasaknya sama macam buat ketupat nasi...direbus dalam air yg diletakkan daun pandan dan garam secukup rasa selama beberapa jam hingga pulut kembang dan padat.

Ikatan kena betul2 kemas supaya beras pulutnya tak terkeluar ketika direbus. Kalau tak kemas nanti setelah beberapa jam menunggu hasilnya cuma kelongsong kosong jer...๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜….

Lepat ni bukan saya yang buat. MIL yang buat atas permintaan SIL yang sakit. Saya dah try buat tapi tang nak mengikat tu fail. Habis terbarai semua beras2nya.

Apa2 pun lain kali akan saya usahakan sampai jadi. Keunikan juadah hari raya ni kena dikekalkan....nanti anak cucu cicit kita tak berpeluang menikmatinya.


Sunday, March 6, 2016

RESEPI RASAM MAMAK PENANG.



 Lama jugak perap resepi ni. alasannya sebab tak jumpa2 cari serbuk asafoefida. sekali gitu pegi shopping barang dapur, belek2 kat tempat rempah ratus tu, ternampak serbuk asafoefida ni....tulisan haluih je.....terus amik. balik umah terus masak rasam menggunakan resepi mamak haji ni. cuma saya pecahkan telur dalam sup tu. Saya suka guna resepi mamak haji sebab penerangan dia complete.....senang nak ikut....

Masakan tradisi kaum india....jom kita cuba.

RESEPI RASAM MAMAK PENANG

BAHAN-BAHAN: 

5 tomato (bersaiz sedang dikerat empat bahagian).
1 biji bawang merah labu dihiris.
4 ulas bawang putih dibuang kulit dan diketuk. (ada juga tidak membuang kulit tetapi mamak haji tak galakan cara ini).
asam Jawa bersaiz bebola lemon di larutkan dalam 1 cawan air.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir (biasanya menggunakan “jaggery” – gula merah /gula  dari tebu yang belum diproses). Tapi pakai gula pasir warnanya molek. 
2 tangkai cili hijau dibelah dua.
1 sudu besar serbuk ketumbar.
*1 sudu besar serbuk jintan putih.
*1 sudu kecil serbuk jintan manis.
*1/2 sudu besar biji lada hitam.
*2 sudu kecil garam atau secukup rasa.
5 cawan air.

BAHAN UNTUK TUMIS DARAT.

1 sudu kecil biji sawi.
1 sudu kecil biji jintan putih.
10 helai daun kari atau dua tangkai.
3-4 tangkai cili kering dipotong dua.
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
secubit serbuk asafoefida
2 sudu besar minyak untuk menumis.
Nota: Serbuk Rempah yang bertanda * beli jenis biji dan perlu digoreng kering dan dikisar halus. kalau malas, tumbuk saja gunakan lesong. Serbuk seperti ini boleh buat lebih dan disimpan dalam botol yang kedap udara. Rempah-rempah ini sentiasa akan digunakan dalam siri resepi mamak haji.

CARA-CARA:

1. Perah asam jawa dengan 1 cawan air. Asingkan.
2. Masukkan 5 cawan air kedalam periok bersama dengan tomato, bawang putih dan bawang yang telah dihiris. Mendidihkan air.
3. Perlahan api dapur dan masukkan semua rempah-rempah yang telah dijadikan serbuk dan reneh selama 15 minit. Setelah agak mendidih, masukkan air asam, gula dan garam. Pastikan rasam tidak mendidih, rasam TIDAK BOLEH DIDIH,/boiled. Rasam selepas masukkan air asam jawa perlu reneh dalam masa  10 -15 minit.
4. Sediakan tumis darat dengan panaskan kuali, masukkan minyak masak. Bila minyak panas masukkan biji sawi. Bila rempah ini mula meletup (awas jangan sampai hangit, ia akan pahitkan rasa nanti), masukkan daun kari, cili kering dan serbuk kunyit dan serbuk astofieda.
5. Bila cili kering mula garing, keluarkan kuali dari api dapur dan hasil gorengan tadi, masukkan dalam bekas rasam. Dah siap.
6. Rasam anda telah siap. Paling mudah dan cepat sekali.
7. Rasam dibuat dengan berbagai cara dan jenis. Ini adalah rasam tomato paling mudah dan lazat. Rahsia cara buat rasam ialah, “jangan sekali-kali mendidihkan rasam setelah masukkan rempah”. Cara masak rasam adalah cara simmering iaitu cuma bahgian atas rasam yang mengelegak dengan  api dapur yang kecil. Selamat mencuba. Wassalam.
 

Sunday, June 15, 2014

Pan mee (ๆฟ ้บบ, disebut Ban Mian) 



Aritu masa dok google2 cari resepi mee, terjumpa la resepi ni....cam best jer....cam sedap jer...lagi pun dah lama tak buat homemade noodle nih...

Untuk mee ni saya makan dengan bilis goreng tak letak fish ball dll tu. Saya gunakan air rebusan tulang untuk sup sbb ayam dah habis....buat simple jer. Anak2 suka sangat....separuh mee tu diorg jer yg makan....


Sumber Immacooks
bahan-bahan untuk mee:

500gm tepung gandum(ayak)
1 biji telur
5 sd mkn minyak bawang putih-(cincang beberapa ulas bawang putih dan goreng dengan minyak hingga perang)-ambil minyak saja.
1 sd teh garam halus
air secukupnya untuk uli tepung hingga menjadi doh yang boleh di canai.
tepung jagung untuk tabur ketika mencanai

*Campur semua bahan diatas,uli hingga jadi doh dan rehatkan 20min-30min.

sambil itu sediakan sup.

bahan-bahan sup:
200gm ikan bilis(beli yang dah buang kepala)
100gm cendawan shitake(rendam hingga kembang, buang batang cendawan dan hiris) - saya guna cendawan shitake segar
1/2 ikat sayur pucuk manis(ambil daun sahaja, cuci dan tos) - yang ni fresh dari kebun dpn rumah...tuaian pertama...ambil skit jer...cukup2 utk mkn dengan mee ni...


bebola ikan(banyak ikut suka)*celur
isi ayam rebus(carik-carikan)
11/2 litre air rebusan ayam
crab stick(saiz kecil dipotong 2)-optional*celur
garam
5 ulas bawang putih(pecahkan,buang kulit)
beberapa hiris halia
minyak untuk menumis
2 sd mkn sos tiram
1 sd mkn serbuk lada putih
3 sd mkn tepung jagung(bancuh dengan sedikit)untuk pekatkan kuah.
1 sd mkn minyak bijan

cara-cara:
1:Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan halia hingga layu ,masukkan bilis dan goreng hingga bilis warna perang.jika minyak terlalu banyak kurangkan.
2:Masukkan air rebusan ayam tadi serta cendawan.rasakan dengan garam, secukup rasa(tak da ni tak jadi),sos tiram,serbuk lada putih,minyak bijan dan didihkan masukkan pula bancuhan tepung jagung, kacau.
3:Renihkan

sediakan mee:
1:Tabur tepung jagung dan canai doh setebal 1mm kemudian gunting-guntingkan.



 2:Didihkan 1 litre air,1 sd teh garam dan 1 sd mkn minyak dan kecilkan api masukkan pan mee rebus sekejap,angkat dan toskan macam ni..



3:Masukkan pan mee ke dalam mangkuk,sedikit sayur pucuk manis terus masukkan sup yang mendidih beserta bilis dan cendawan dalam sup tadi supaya sayur pucuk manis layu,diikuti bebola ikan,isi ayam,crab stick.

Hidangkan dengan lada padi yang dipotong dan campur sedikit kicap cair. 

Saya hidangkan dengan cili paste yang memang dah dibuat semalam. Resepi KLIK DI SINI.


Friday, November 1, 2013

Lontong dan kuah lodeh

Menu lunch hari ni.....lontong.... Kekanda tetiba menyebut tak nak buat lontong ker.....kobis banyak dan nasi impit segera pun ada...selalu orang buat sarapan tapi suka hatiku nak masak untuk lunch cum tea....

Boleh la kak....tolong potong sayur yer.....

Untuk kuah lodeh ni, rata2nya orang tak tumis bawang, udang kering atau bilis, semuanya terus lebur jer... tapi kalini saya tumiskan bawang, udang kering, serbuk kunyit, lengkuas yang dikisar halus, serai dan 2 sb cili boh sehingga pecah minyak....dan naik bau. Minyak tumis tu letak sikit jer. Malas nak buat sambal mulanya...sedap beb....takde la rasa macam gulai lemak sangat...

Resepi dari blog mat gebu.

BAHAN KUAH LODEH :-)

5 tangkai kacang panjang, hiris serong
1 biji sengkuang kecik, kupas dan potong jejari
3/4 batang lobak merah, kupas dan potong jejari
1/4 bahagian kobis, hiris
2 keping fucuk, kerat kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, dipotong dadu
2 keping tauhu, dipotong dadu - takde stok
1 cekak soo hoon, dipotong pendek
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
2 cawan santan pekat
5 cawan santan cair

BAHAN LONTONG :-)

Nasi impit, kalau yg kecil belah la dua ke....empat ke...
Sambal tumis @ Kuah kacang, Serunding
Telur rebus, kupas dan belah 2

CARA MEMBUATNYA :-)

KUAH LODEH :- 

Udang kering ditumbuk, masukkan ke dalam periuk bersama2 lobak merah, sengkuang, serai, lengkuas, bawang besar, bawang putih dan tempe.

Tuang santan cair, masukkan serbuk kunyit, kacau rata dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan fucuk, kiub ikan bilis, kacang panjang dan kobis, biar mendidih perlahan, jika kuah kurang tambah air.

Masukkan soo hoon dan tuang pati santan, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih perlahan selama 2-3 minit sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK LONTONG :- 

Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk sesuai, cedok kuah bersama isi2nya sekali, letak kan telur dan hidangkan bersama sambal tumis atau sambal kacang.....

Inila hasilnya.....apalagi...jom makan.....

Untuk sambal ni pulak saya buat cara paling sempoi.....saya blend 5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, segenggam udang kering. Pastu saya tumis tanpa minyak bahan tadi bersama 6 sb cili boh ( cili kering yang dikisar halus) serta sebatang serai yang diketuk...... sekali sekala kacau supaya tak hangit. Agak2 dah kering skit airnya, masukkan minyak. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Tambah garam, gula dan 3 sb air asam.jawa. Masak hingga sebati.....kecilkan api sebab sambal ni akan merecik2 (ala2 letupan kecil gunung berapi gitu.....hehehe)

Sunday, October 13, 2013

Ketupat pulut dan nasi daun kelapa

Pegi pasar nampak daun kelapa muda terus encik hubby ajak buat ketupat. Tapinya saya teringin nak makan ketupat pulut hubby pulak tak biasa buat ketupat pulut. Jadi lepas kakak anyam daun tu, kitrg bahagi dua, separuh buat ketupat nasi (hubby buat) dan saya buat ketupat pulut.
First time tau buat ketupat sendiri. Selalunya jadi penonton setia bila ibu tiriku buat. Kakak2 pandai anyam jer. Tukang isi ngan rebus ibu tiriku yang buat. Saya tukang tengok dan tolong anyam separuh jalan sebab tak pandai nak siapkan. Hehehe.....
Tapi sekarang kena belajar dan cuba buat sendiri sebelum ilmu tu tenggelam ditelan zaman. Nak beli boleh jer tapi bagi saya la nikmatnya kureng berbanding air tangan sendiri.....
Resepi ni saya ejas dari sumber my resepi kalau tak salah.

Bahan-bahan ( 18 biji - bergantung pada saiz)

1 kg  beras pulut - basuh, rendam 2-3 jam & tapis
Santan secukup nya - agak2 tenggelam ketupat - kalau santan pekat lebih sedsp dan berlemakla ketupat tu nanti...
Garam secukup rada
1 helai Daun pandan
+/- 18 biji Kelongsong

Isi beras pulut ke dlm kelongsong ketupat - jgn sampai penuh - agak2 ruang kosong dlm satu ibu jari kat bucu tu. Lepas tu matikan kedua2 bucu kelongsong dgn menyelitkan nya kedlm skit dan simpul.
Rebus ketupat dgn santan, daun pandan dan garam sehingga santan kering & keluar minyak.
Ketupat ni tahan sampai 2 hari tak basi sbb rebus sampai keluar minyak. Tapi kena lah panaskan tiap hari. Senang je nak panaskan, tempek je atas kuali dgn api yg kecil - lagi best jadi nya.
Santan dia kena tambah lagi....biar tenggelam ketupat tu...
Yang ini ketupar nasi en hubby

Saturday, September 28, 2013

Ambuyat

Anak sulung dah lama menyebut nak makan ambuyat selepas menonton satu rancangan di tv. Mana pula nak cari.....mula ingat nal minta tolong member yang duk kat sabah tolong poskan. Sekali gitu ada jemputan bagi ceramah kat mukah sarawak, dapat la pegi pasar cari tepung sagu untuk buat ambuyat ni....

Satu yang saya belajar kalau di mukah dan mungkin juga tempat2 lain di sarawak pantang kalau asyik menyebut2 perkataan ambuyat atau panggilan tempatannya saya lupa....

Anak2 suka makan ambuyat ni tapi ayahnya tak teringin mencuba pun. Saya sendiri ini kali kedua menikmatinya. 

Saya tak buat sayur pucuk paku tu.....masa kat mukah aritu banyak pucuk midin (pucuk paku) jual kat pasartapi sebab beg dah takde ruang jadinya terpaksa lupaksn niat nak bawa balik.....nasib baik dah dapat maksn kat sana.

Ambuyat (Masakan Suku Kaum Bisaya/Brunei)
Hidangan untuk 5 arang

Saya cnp dari nutriweb.org

Bahan A

1 kg (6 cawan) sagu rumbia
Air panas yang baru dimasak
1 liter (4 cawan) air

Bahan B

600 g ikan putih/tongkol/tenggiri/kurau/senangin
*40 g (5 ulas) bawang merah
*10 g (2 ulas) bawang putih
*10 g (2 sm) kunyit hidup                 
*10 g (2 sm) halia
*3 g (5 biji) cili padi (saya tambah 2 biji cili merah)
30 g (2 batang) serai, diketuk
5 g (5 keping) asam keping (saya kurangkan)
9 g (1 sudu teh) garam
625 ml (2 cawan) air

Saya tambah terung asam.

Bahan C

500 g (60 pokok) pucuk paku (pucuk midin) dibersihkan dan dipetik
3 g (1/2 sudu teh) garam
10 g (1 sudu makan) minyak sayuran
20 g (3 ulas) bawang merah10 g (2 ulas) bawang putih             ditumbuk
10 g (1 sudu makan) belacan
125 ml (1/2 cawan) air
1 biji cili merah (dihiris) untuk hiasan

Cara memasak

Bahan A

Cara membuat ambuyat:

Sagu dicampur dengan 4 cawan air dan mendapkan selama 10 minit.
Tuang air dan masukkan sagu ke dalam bekas yang tahan air panas.
Bancuh sagu dengan air panas yang baru mendidih. Kacau hingga sebati dan masak sehingga sagu kelihatan jernih dan likat (seperti gam. Ini menandakan sagu itu telah masak).

Bahan B

Tumbuk kasar *. Ikan dibersih dan dipotong 5 keping. Masak di dalam periuk bersama-sama dengan bahan-bahan lain. Rebus sehingga masak.

Bahan C

Panaskan minyak di kuali dan tumis semua bahan yang ditumis sehingga naik bau.

Masukkan sayur pucuk paku dan garam. Tambah 1/2 cawan air. 

Masak hingga empuk. 

Hiaskan dengan cili merah.

Nota:Ambuyat dimakan menggunakan candas (atau kayu penyepit) dan dicelup dengan kuah ikan dan terus dimakan bersama-sama dengan sayur pucuk paku.

Sagu adalah makan ruji untuk kaum Bisaya. Resipi ini adalah makanan seimbang, kaya dengan karbohidrat kompleks dan serat serta rendah lemak dan garam.

Bagi Semenanjung Malaysia yang susah untuk mendapatkan sagu rumbia, boleh diganti dengan biji sagu atau sagu ubi yang mana perlu dimasak di atas api sehingga sagu kelihatan jernih. Makanan ini baik dimakan sewaktu masih panas.

Tepung sagu dan ambuyat yang dah sedia untuk dimakan

Ni gulai asam ikan tenggiri

Sambal tempoyak utk dimakan dengan pucuk gajus 
dan terung goreng.

Terung asam yang dah nak kecut....hehehe...mahal tau. Sekilo RM6......naik kapal terbang dua kali....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...