Showing posts with label bahan kek. Show all posts
Showing posts with label bahan kek. Show all posts

Monday, November 9, 2015

Bahan homemade

Maklumat ni saya dapat dari Mybakingworkshop. Saya share disini sebagai arkib sendiri dan kemudahan pengunjung blog ni juga yer.....moga bermanfaat.

Tepung kek homemade

3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung

Ayak keduanya dan jadilah untuk secawan tepung kek.

Superfine flour (tepung kek)

Bahan2nya: 
1 cawan tepung gandum 
2 sb tepung jagung

Cara2nya:
1. Dalam mangkuk, masukkan 1 cawan tepung gandum yang telah di sukat tadi. Keluarkan 2 sb tepung gandum daripada sukatan itu.

2. Kemudian, masukkan pula 2 sb tepung jagung kedalam mangkuk tadi & gaul rata. 

3. Ayakkan campuran tepung gandum bersama tepung jagung sebanyak 5 - 6 kali. Sedia untuk di gunakan.

Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung kek ( superfine flour)

All purpose flour (tepung serbaguna)

Bahan2nya:
1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kek (superfine)

Cara2 membuatnya:
1.Satukan tepung gandum bersama tepung kek. Gaul rata.

2. Ayakkan 3 kali. Sedia untuk digunakan.

Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung serbaguna ( all purpose flour)

Self raising flour (tepung naik sendiri)

Bahan2nya:
1 cawan tepung serba guna / gandum
1  1/2 sk baking powder
1/2 sk garam

Cara2 membuatnya:
1. Satukan semua bahan dalam mangkuk. Gaul rata.

2. Ayakkan campuran tepung beberapa kali. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tips# Gandakan saja sukatan untuk mendapatkan lebih banyak tepung naik sendiri ( self raising flour)

Sour cream (krim masam)

Bahan2nya:
1/4 cawan susu segar
1 cawan UHT / Non dairy whipping cream 
3/4 sk white vinegar / cuka makan

Cara2nya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Biarkan 10 minit.

2. Dalam botol yang bersih & telah di sterilkan, masukan whipping cream.

3. Kemudian, tuang campuran susu segar + cuka tadi. Gaul rata & biarkan semalaman.

4. Simpan dalam peti sejuk.

Buttermilk (susu masam)

Bahan2nya:
1 1/2 cawan / 400ml susu segar/ susu cair
2 sb white vinegar / cuka makan

Cara2 membuatnya:
1. Satukan susu segar bersama cuka. Gaul rata.

2. Biarkan selama 10 minit hingga berketul2 baru digunakan.

Tips# Untuk langkah berserta gambar boleh rujuk di sini.

Brown sugar (gula perang)

Bahan2nya:
1 cawan gula pasir
2 sb molasses

Cara2nya:
1. Satukan gula pasir bersama dengan molasses. 

2. Gaul rata hingga teksturnya boleh di genggam dengan tapak tangan. Simpan dalam bekas kedap udara.

Tuesday, October 20, 2015

Tepung Naik Sendiri Homemade

Kekadang mood nak mengekek.....dalam resepi nakkan tepung naik sendiri. Stok kat rumah dah habis....lantas rasa malas menyelubungi diri untuk ke kedai mencari stok.....habis camno nak buek.... Jangan bimbang.....jom kita buat sendiri jer. Saya share kat sini cara2 nak buat tepung naik sendiri berdasarkan sumber dari kak fida yer....happy baking kengkawan.


Tepung Naik Sendiri Homemade

5 cawan tepung gandum
2 1/2 sb serbuk penaik (baking powder)
2 1/2 sk garam halus

Satukan semua bahan dan kacau rata. Kemudian ayak bahan 2 - 3 kali. Sedia digunakan atau simpan di dalam bekas kedap udara.


Friday, July 12, 2013

Jenis jenis tepung

Time2 sibuk nak buat biskut nih...maklumat2 yang saya cnp dari blog jintanmanis pasti berguna. Kengkadang dalam resepi2 yg kita rujuk tulis macam2 jenis tepun tapi kita tak pasti apa beza dan kegunaannya..
Informasi dari Fotopages Kak Hanieliza...:
TEPUNG SERBA GUNA
Tepung serba guna yang sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.
TEPUNG BERPROTEIN TINGGI
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis. Tepung ini mempunyai tahap glutin yg tinggi.
TEPUNG BERPROTEIN RENDAH
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya.
TEPUNG GANDUM
Tepung gandum biasa yang banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya serupa dengan tepung serbaguna.
TEPUNG KRIMER
Krimer adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering dibubuh ke dalam minuman seperti Nescafe atau teh. Boleh dibeli di dalam pek atau di dalam botol sebagai Non-Dairy Creamer. Yang dimaksudkan di sini, adalah tepung susu daripada jenama “Carnation”.
TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.
TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR
Superfine sama dengan cake flour.Tekstur Tepung ini halus,seperti self raising flour tapi tiada bahan penaik didalamnya seperti self raisingflour.Tepung nie dikotegeri dalam tepung low protien.
TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
Rose Flour ada mengandungi bahan yg boleh merangupkan biskut tetapi anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika sukatan tepung jagungitu tidak terlalu banyak. Biskut yg diperbuat dengan Rose Flour akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum.Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top dan Tepung cookies.Elok kalau dibuat Biskut Almond London.
TEPUNG HONG KONG
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). Sebagai gantinya, gunakan tepung pau di dalam kotak (jenis Blue Key atau jenama lain yang bersamaan nilai-nilai protein di dalamnya) walaupun hasilnya mungkin tidak serupa tetapi rasanya tetap serupa.
TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari negara jiran, Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang.Tepung ini mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksud dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah, sebaliknya beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Selain kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna, pengidap penyakit kencing manis dan ibu mengandung, sesuai mengamalkannya.
TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
Tepung gandum tulen yang mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak dan jika digunakan, hasil roti atau muffin agak berat (heavy-textured).
TEPUNG HOEN KWEE
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran teoung jenis ini mempunyai pelbagai jebis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow).Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Gunakanlah mengikut kesesuaian anda.
TEPUNG KASTAD
Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. Bagaimanapun untuk mendapatkan kek yang lebih gebu, gantikan juga tepung gandum dengan tepung naik sendiri dan lihatlah hasilnya.
TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah teoung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).
TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung fungsinya memang memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi.
TEPUNG NAIK SENDIRI
Tepung naik sendiri adalah SELf-RAISING FLOUR atau ‘Flour with Added Raising Agent’. Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and/or soda bicarbonate)
TEPUNG GLUTINOUS RICE
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (putih) yg dijual di merata kedai (termasuk kedai mamak). Ia diimport dari Thailand. Plastik pembungkusnya hampir sama dengan paket rice flour (tepung beras), jadi, jangan terkeliru.
TEPUNG BERAS
Terdiri dari gluten-free, dibuat dari beras yang dimesin halus. Banyak digunakn dalam membuat kueh ttradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.
TEPUNG SAGU
Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bagian tengah pohon sagu.Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng, keropok.
TEPUNG KEK
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yg agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.
TEPUNG OPTIMA
Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya.Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk kita menyediakan Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunana menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.
TEPUNG KACANG HIJAU
Selalu digunakan untuk membuat kueh koleh kacang dan kueh tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee [juga tepung kacang yg diimpot dari Indonesia untuk membuat kueh tako.
TEPUNG BISKUT MARIE
Sejenis tepung ygg selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daridapa biskut marie yg dikisar halus dan diayakkan. Ulangi mengisar sehingga betul-betul halus.Ros tambah sikit
TEPUNG KANJI KENTANG-
ros gunakan untuk memekatkan kuah dan tambah dua tiga sudu besar dalam adunan goreng pisang@goreng keledek atau tepung goreng ayam untuk membuatkanya lebih rangup dan tidak terlalu meresap minyak.setahu ros tepung terigu sama dengan tepung berprotein tinggi- tepung terigu bahasa Indonesia.

Friday, June 7, 2013

Substitute for cake flour / Pengganti Tepung kek

Ingredients:

All-Purpose flour (just under one cup) / Tepung gandum
2 Tbsp. cornstarch / 2 sb Tepung jagung

Preparation:

1. Place two tablespoons of cornstarch in a one-cup measure./ Masukkan 2 sb tepung jagung ke dalam cawan penyukat
2. Fill the rest of the cup with all-purpose flour./ Penuhkan cawan dengan tepung gandum. Ayak tepung.
3. Use in place of the cake flour in any recipe. One cup of substitute is equal to one cup of cake flour.

Sunday, May 12, 2013

Browning sugar

Dah seminggu tak memasak sbb outstation dan bekerja hujung minggu. Jadi tak banyak yg dapat dikongsi. Ptg ni kononnya nak buat kek sri sarawak tapi tak kesampampaian sbb ada bahan yang takde stok.

Tapi takpe lar, prepare dulu browning sugar supaya nanti2 nak buat dah ada bahannya. Resepi ni saya cnp dari myr. Nak beli readymade susah nak cari kat semenanjung ni jadi sementelah resepinya dah ada, bahan pun ada, jadi buat jer la sendiri.

Bahan-bahan ( +- 1 Botol Browning Sugar yg dbeli(140g) )

1 Cawan Gula Pasir
2/3 Cawan Air Panas Mendidih

Cara-cara
Panaskan periuk menggunakn api sederhana..masukkan gula pasir.
Biarkan sehingga gula mula hangus dbahagian tepi..jangan kacau dulu,perlahankan sedikit api jika perlu.
Setelah gula mula mencair hampir keseluruhan,mula mengacau (mcm kacau dodol) kacau cepat2 sikit ye..sehinggalah gula berbuih keseluruhannya dan mula memekat. Sukat air panas ke dalam cawan-2/3 cawan(air ni mesti yg baru atau sdg mendidih).
Tuangkan sedikit demi sedikit ke dalam gula hangus td sambil sebelah tgn mengacau..(Sila gunakan senduk yg agak panjang utk mengacau ye..
JANGAN guna sudu mkn sbb karamel akan tpercik2 sedikit ketika ini..kena hati2 ler.hee) Setelah berbuih keseluruhan sekali lagi,bolehlah padamkan api tetapi teruskn mengacau untuk seketika.
Sejukkan Browning terlebih dahulu sebelum disimpan ke dlm bekas kedap udara dan sedia utk dgunakan bila2 masa.(Kacau lg sebelum disimpan)Tahan dsimpan lama,tidak perlu dsimpan dlm peti sejuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...