Showing posts with label IKAN HARUAN. Show all posts
Showing posts with label IKAN HARUAN. Show all posts

Monday, May 25, 2015

Ikan haruan bakar dan masak lemak ikan tenggiri

Ikan haruan bakar dan masak lemak ikan tenggiri jadi menu pilihan hari ini.... Alhamdulillah....



Masak lemak ikan tenggiri

3 keping ikan tenggiri
4 cawan santan (kalau rajin perah 1 cawan santan pekat dan 3 cawan santan cair)
1 keping asam gelugur
*15 biji cili padi
*3 biji cili masak
*4 ulas bawang merah
*seketul kunyit hidup
2 batang serai diketuk
garam secukup rasa
3 biji terung bulat belah 4

Tumbuk *, jangan lumat sangat pun ok. Satukan *, santan cair, terung, ikan, asam gelugur dan serai ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan terung empuk. Kacau selalu. Masukkan pati santan/santan pekat dan perisakan garam secukup rasa. Kacau sentiasa supaya santan tidak pecah minyak. Tutup api setelah mendidih.

Ikan haruan bakar

3 ekor ikan haruan - bersihkan dan jangan buang sisiknya.  


Gaul dengan kunyit dan garam.



Balut dengan daun kunyit dan aluminium foil. Bakar di atas non-stick pan.



Sambal kicap

cili padi hiris
bawang merah hiris
kicap masin
perahan limau

satukan dan tekan2 skit cili dengan sudu.
sedia dihidang dengan ikan bakar.


Thursday, May 21, 2015

Ikan haruan masak tomyam putih

Satu lagi variasi masakan ikan haruan.....kalau asyik di kukus jemu juga....ikut petua kalau nak dibuat ubat jangan basuh sampai hilang lendirnya....bilas skit2 jer. Pastu masak jgn lama sangat....

Tapi kalau nak mkn saja2....lepas siang tu rendam ngan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan sungai.....haaaa gitu le petuanya....


Resepi ikan haruan masak tomyam putih

2 ekor ikan haruan saiz kecil (potong ikut suka)
3 inci lengkuas di ketuk
3 batang serai diketuk
2 biji bawang besar dipotong bulat
5 ulas bawang putih diketuk
4 sb sos ikan
perahan sebiji lemon (kalau guna limau kasturi atau limau nipis lebihkan kuantitinya)
7 helai daun limau purut
cili padi secukupnya diketuk atau hiris
Air, garam dan gula secukupnya

Sayuran pilihan :-)
celery
bunga kobis
tomato
karot

Hirisan daun ketumbar jika suka

Satukan bahan kecuali sayuran dan ikan. Masak hingga mendidih. Masukkan ikan dan sayuran. Biarkan hingga ikan masak. Tabur hirisan daun ketumbar jika suka semasa menghidang.

Ikan haruan kukus

Mengikut petua orang tua2 kalau lepas pembedahan atau bersalin elok makan ikan haruan. Doktor yg merawat hubby pun cakap macam tu berdasarkan pengalaman dia merawat pesakit. Luka pembedahan lebih cepat sembuh.

Rezeki hubby, ada member yg suka mancing tinggal kat teluk intan posted kat fb hasil pancingan dia....banyak ikan haruan dia dapat. Saya msg kat dia minta beli untuk buat ubat.....Alhamdulillah dia bagi secara percuma.....mulanya nak kirimkan pada kawan dia yg nak ke sini tapi tak jadi sbb laluan berbeza.

Sudahnya ikan tu dia tumpangkan dalam bas xpress dengan tambang RM10.....Alhamdulillah....ikan selamat sampai dalam keadaan masih segar...

Menu pertama saya buatkan ikan kukus....habis hubby makan.....sedap dia kata.....

Ikan haruan kukus

2 ekor saiz kecil 
(potong kecil dan basuh bersih)
3 sb  sos tiram
3 sb sos ikan
hirisan cili padi
3 inci halia hiris kecil
1 biji bawang besar potong bulat
5 ulas bawang putih hiris nipis
2 batang serai hiris nipis
perahan lemon secukup rasa ( saya guna 1/2 biji)
garam dan gula secukup rasa
boleh tambah karot, bunga kobis, tomato, celery

Susun ikan dalam bekas dan tuangkan semua bahan2 lain. Kukus selama 20 minit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...