Showing posts with label bingka. Show all posts
Showing posts with label bingka. Show all posts

Tuesday, July 29, 2025

Bingka pisang

Bingka pisang. Memandangkan stok pisang pemberian jiran yang hakak kopek dan simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama tu agak banyak lagi jadi petang ni kita buatkan bingka pulak. Aritu buat cucur. Ada skit lagi nanti boleh buat kuih kukus pulak.

Bingka pisang

10 - 13 biji pisang (hakak guna lemak manis) - lecek kasar

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula perang

Sedikit garam

1 cawan santan pekat

1 cawan air

1 biji telur

3 sb minyak masak

Satukan semua bahan dan kacau sebati guna senduk jer. Tuang dalam loyang yang telah disapu mentega/margerin atau minyak masak.

Bakar pada suhu 200 celcius selama 60 minit atau hingga permukaanya garing. Sejukkan sebelum dipotong.


#iftar2021

Monday, April 8, 2019

Bingka Pandan


Bingka pandan semalam....dah potong dan separuh letak dalam bekas baru teringat nak ambil gambar....

Ni tempahan semalam....order last minute dari jiran untuk program kat pusat tuisyen dia. Kali ni saya guna resepi yang saya olah dari sumber azie kitchen.


Bingka Pandan

Bahan-Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
3 cawan santan (1 santan kotak & 2 cawan air)
3 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 sudu kecil garam
Sedikit bijan

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Blend hingga sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan masukkan ke dalam oven. Bila loyang sudah panas, tuang adunan tadi ke dalamnya.

Taburkan bijan (jika suka). Bakar 45 minit pada suhu 200C hingga masak menggunakan api atas dan bawah.

Bakar menggunakan api atas saja selama 10 minit terakhir sekiranya inginkan permukaan kuih yang lebih garing. Saya bakar dalam 1 jam  untuk mendapatkan permukaan yang garing. (Nak cepat lepas 45 minit saya letak suhu oven maksimum sbb dah kesuntukan masa). Bakar bingka ni tak kisah sangat pasal suhu....tak macam kek....

Sunday, December 31, 2017

Bingka pisang

Masakan terakhir 2017.....penutup tahun ni saya share resepi bingka pisang jer. Setandan pisang abu yang dibawa dari kampung dah masak ranum semuanya. Di rebus sudah....digoreng pun sudah.....dicucur sudah......dilempeng sudah....jadi malam ni saya bingkakan. Niatnya nak dilepatkan tapi daun tak ada.....esok baru nak ke kebun mengintai tanaman kalau ada kesempatan.

Stok yang berbaki tu kalau takde aral boleh la buat lepat dan kuih talam atau lengat tahun depan. Tahun ni dah takdan....lagi pun bingka tu pun banyak....jenuh nak peghabis....

Dah la buat 2017.....2018 baru boleh makan. Iskh..iskhhh...iskhhhh.

Bingka pisang 2017

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 sikat @ 2 cawan pisang yang telah dibuang kulitnya dan dilenyek
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula perang (soft brown sugar @ gula pasir biasa)
2  cawan santan
2 sb mentega, dicairkan
1/4 camca teh garam
1 biji telur
Bijan secukupnya, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan oven pada suhu 180C. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan minyak masak.
Satukan semua bahan dan gaul sebati.
Tuang ke dalam loyang yang telah disediakan. Tabur atasnya dengan bijan hingga rata. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan dan bakar selama 1 jam atau hingga masak dan permukaannya keperangan (nak kerak boleh tambah waktu membakar, tapi pastikan jangan sampai rentung). Keluarkan dari oven. Biarkan kuih bingka suam dan boleh keluarkan dari loyang.  Biar sejuk baru dipotong dan boleh hidangkan untuk minum petang atau sarapan pagi.

Sunday, September 10, 2017

Bingka Pisang


Lama menunggu pisang lemak manis yang diambil dari kebun ni masak. Sampai kuning daun pisang yang diambil untuk dibuat lepat. Tapi akhirnya lepat jadi bingka. Bingka yang sstelah dimasukkan ke dalam oven terus dilupakan sampai lepas isyak baru teringat. Alhamdulillah la oven tu guna timer.....kalau tidak faham- faham jer la apa yang akan jadi....berapa jam duduk kat dalam tu.

Bingka ni hubby kata sedap....jadi kesimpulannya sedap lah kot sebab hubby ni jarang suka kuih muih manis ni.


Bingka Pisang

Bahan-bahan

10 - 13 biji pisang emas @ lemak manis - di lenyek
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula (boleh kurang sedikit jika tak suka manis)
2 cawan santan
1 biji telur
1/2 sk garam
2 sudu besar minyak masak


Cara-cara

Kisar semua bahan kecuali pisang.
Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan minyak. Bakar 180C selama 1 jam atau lebih untuk mendapatkan kerak.
Potong setelah bingka sejuk.


Tuesday, November 15, 2016

Bingka Kentang


Stok kentang banyak kat rumah ni sebab salah faham dan ke konfiusan antara pengirim dengan pembelinya... dalam kepala hakak masa kirim tu sebut satu guni (yang biasa beli guni kecik dalam 3 kg jer). Sekali gitu bila kakak hakak balik dari paso....nah engko...satu guni beso agaknya 10kg ker lebih dalam tu.

Dah macam2 juadah dibuat menggunakan kentang ni tau...tapi tak habis2.

Tu yang malam semalam buatkan pulak bingka kentang ni, guna resepi yang hakak songlap dari blog citarasawan.

Kat kampung hakak kuih ni dipanggil kuih bengkang.....bila dok kat bando ni membiasakan lah lidah ni sebut bingka...lembut jer bunyi dia...selembut hasilnya ni.


Bingka kentang

Bahan-bahan.

1 cwn kentang rebus (lebih kurang 2 biji saiz sederhana)
1 1/2 cwn tepung gandum
3 cwn santan
1 cwn gula (gula saya kurangkan jai 3/4 cawan jer)
3 sb mentega
4 biji telur
sedikit garam
pewarna kuning (saya omit pewarna)

sedikit bijan (bijan pun tk letak sbb habis stok buat kuih bom)
2 sb minyak utk sapu pada loyang.

Cara-cara.

1. Kentang di rebus dan dilecek.
2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
3. Sementara itu panaskan oven 175c.Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
 5.Bakar selama 45 minit dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas. (Saya guna magic pan ni jer....memang magic.....setengah jam jer kot da masak)
6.Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.


Tuesday, February 23, 2016

Bingka Labu

Misi nak kurangkan stok labu dalam peti sejuk, baki buat masak lemak aritu. Saya beli saiz besar...masak lemak guna 1/4 jer. Lepas buat bingka ni pun masih ada baki 1/4 lagi...nanti nak buat bebola labu la pulak.
Bingka labu ni sedap. Saya guna resepi sama yg pernah saya buat dulu dari sumber mawandiha...cuma saya dah olah resepi ni ikut citarasa. Tadi nak cepat punya pasal, saya bakar 20 minit guna suhu 200 celcius api atas bawah.....lepas tu saya naikkan suhu jadi 250 api bawah saja dalam 10 minit.....Alhamdulillah elok jer masaknya....kalau terlewat jengah oven tadi mau hangus bingka ni....hihihi

Bingka labu @ ZLC
Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ Tak perlu kupas kulit, belah 4, kukus  @ masak 15 minit guna microwave  dan korek isinya dengan sudu )
200 gm gula (boleh lebihkan gula kalau nak manis)
250 gm tepung gandum
4 biji telur gred C
1 cawan santan pekat atau susu
125 gm mentega ~ cairkan
Sedikit garam

Cara Menyediakan
1. Blend labu, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan mentega yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C. (Saya guna oven kecil - suhu 200 °C)
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit (saya bakar selama 55 minit api atas bawah - hasilnya sedang elok jer) atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Wednesday, February 3, 2016

Bingka jagung

Untuk sarapan dan jamu ustaz....lembut...lemak....sedap bingka ni....resepi dari blog sinar kehidupanku...

Bingka Jagung @ ZLC

Bahan-Bahan-loyang 9x9 inci

1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cwn tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
(Saya guna 3 cawan santan daripada sebiji kelapa)
2 sudu besar mentega/minyak sapi
4 biji telor 
secubit garam
1 tin jagung manis krim (cream style golden sweet corn)
bijan utk hiasan
sedikit pewarna kuning

Cara-Cara:-

Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. (Saya guna whisker). Tuangkan adunan dlm mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati.Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.

Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. 

Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.

Monday, January 11, 2016

Bingka pandan susu

Bingka susu ni sebenarnya kesinambungan bingka pandan aritu....nak buat dua adunan tapi santan tak cukup jadi saya gantikan dengan susu tepung. Kalau takde susu tepung boleh ajer guna susu cair atau susu segar.

Bingka susu pandan @ ZLC

2 cwn tepung gandum
2 cwn santan (saya gantikan air campur susu tepung 6 sudu - boleh juga gantikan dengan susu cair atau segar)
1 cwn pati pandan
2 biji telur
1 cwn gula(saya kurangkan sedikit)
1sk garam
2 sb butter cair/minyak msk

Bijan secukupnya

cara2:

Gaul rata semua bahan guna whisker. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan sebentar di dalam oven. Keluarkan loyang dan tuang adunan,  taburkan bijan secukupnya dan bakar suhu 200 celcius selama 50-60 minit ikut oven masing- masing.

Monday, January 4, 2016

Kuih bakar pandan

Merajinkan diri petang ni buat bingka pandan. Tadi gi pasar beli daun pandan dua pokok. Yg tanam kat depan rumah dah surau belum sempat nak tumbuh lebat...yg berdaun pulak kena mkan dengan belalang...habis berlubang - lubang.....takpe la kan...dah rezeki dia.....

Masa buat bingka ni anak2 sibuk nak tolong....bagi la diorg tolong gunting pandan dan kisar.....makin sedap hasil air tangan anak beranak....hihihi.

Bingka tak sempat sejuk dah kena potong....sebab kebetulan ada tetamu yang datang.....dan lepas potong yg ni jer tinggal.....hihihi...tak sempat dah nak mekap2...posing bagai....

Resepi ni rasanya saya dapat dari group kelentung kelentang....lupa pulak nak copi sumber asal masa paste resepi kat sini....tima kasih la pada yang share...

Bingka pandan @ ZLC

2 cwn tepung gandum
2 cwn santan
1 cwn pati pandan
2 biji telur
1 cwn gula(saya kurangkan sedikit)
1sk garam
2 sb butter cair/minyak msk

Bijan secukupnya

cara2: 

Gaul rata semua bahan guna whisker. Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan sebentar di dalam oven. Keluarkan loyang dan tuang adunan,  taburkan bijan secukupnya dan bakar suhu 200 celcius selama 50-60 minit ikut oven masing- masing.

Saturday, September 12, 2015

BINGKA ROTI DURIAN

Bingka roti durian......projek mlm tadi yang mengerikan.... Kenapa gitew???????. Mana tak ngeri....tengah2 blend adunan sekali gitu bahagian bawahnya terbukak...separuh adunan melempah ke bawah....tension betul masa tu....risau gak takut adunannya masuk dlm motornya boleh jadi short circuit pulok.  Nasib baik tindakan pantas akak dapat selamatkan separuh lagi dan lap adunan yg tumpah...

Frust punya pasal masa bakar tu akak tinggalkan ajer dan naik tidur......oven tu ada time....nasib la apa nak jadi, jadilah....

Pagi tadi turun ke dapur terus nampak bingka dah ada kat meja...putih tak garing...ok la tu...asal boleh di makan. Nak bakar semula tak sempat.

Adunan bingka ni saya terpaksa kisar sebab guna roti perancis yg keras mcm batang kayu...saya beli kat tesco....terkejut masa kuarkan dari balutan dia.....rupa pun dah keras...kalau guna roti biasa terpulang nak kisar boleh tak kisarpun boleh yer...

Resepi saya dapat dari fb Tips Hias Rumah. Saya dah olah sedikit ikut citarasa.

BINGKA ROTI DURIAN

Bahan-bahan:

5 keping roti 
2 biji telur - pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
500ml santan
1 sudu kecil esen vanila ( tak letak sebsb bau durian dah mengancam)
10 ulas isi durian 

Cara-cara:

-Carik-carikkan roti dan rendam dengan santan. Biarkan sekejap.
-Satukan susu segar@susu cair dengan tepung gandum dan telur, sebatikan dan tapis. 
-Boleh juga blender semua bahan dan tak perlu ditapis.
-Tuang ke no 1 dan masukkan esen vanila, isi durian dan gula pasir, kacau sebati.
-Jika ada bekas bingka, tuang ke dalam loyang yang telah dilengser dan bakar dalam oven yang dipanaskan 170 c bergantung pada saiz oven, selama 45 minit dengan api atas bawah.
-Jika atas bingka dah cantik keperangan@ kecoklatan masa tengah bakar, boleh tukar api bawah sahaja. 
-Bergantung pada jenis oven. Kena perhatikan juga masa bakar..Biarkan sejuk baru terbalikkan dan potong.



Wednesday, April 1, 2015

Bingka tepung beras kacang hijau

Kakak saya suka bingka tepung beras....tu yang buatkan. Tapi yg ni campur ngan tepung kacang hijau....jadi rasanya ada iras kuih kole kacang. Sumber resepi saya fb Kerja Dari Rumah.


BINGKA TEPUNG BERAS

BAHAN

2 cwn tepung beras
4 sdb tepung kacang hijau (kalau taknak letak ble ganti tepung beras jer)
1 cwn/250 ml pati santan
850 ml air 
(saya guna santan dari sebiji kelapa = 1100 ml)
11/4 cwn gula
Garam secukupnya



CARANYA

Satukan tepung dan gula .
Masukkan santan dan air sedikit demi sedikit . Masukkan garam .
Adunan x la terlalu pekat dan x terlalu cair . Tapis adunan .
Kacau atas api hingga pekat dgn api yg sederhana. Tuang dalam loyang.
Loyang mesti la disapu dgn sedikit minyak
Bakar hingga masak . (Suhu 200 celcius selama 45 - sejam)

Saturday, March 14, 2015

Baulu kemboja

Dua tiga kali member group whapp share gambar baulu ni...teringin la pulok teman memakannya....sib baik umah dia jauh...kalau tidak mahu kena goncang pagar....hehehe...

Tadi dapat daun pandan, terus je minta resepi dari member nih...pastu lepas maghrib start membancuh....bila dah bakar, bau dia punya la harum...rasa tak sabar nak makan dah nih...huhuhu

Kena tunggu sejuk....esok pagi lah potong yer...untuk sarapan nanti...

***update: dah selamat sampai ke usus....heeee.....sedapppppp.

Baulu kemboja

Bahan2nya

1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
1 cawan air pandan
3 biji telur
3/4  cawan gula
Pewarna hijau jika suka

Kisar hingga sebati. Tuang dalam acuan baulu kemboja yang telah disapu sedikit minyak dan tabur bijan di atasnya. Bakar pada suhu 180 °C selama 40 minit.

Thursday, September 25, 2014

Bingka labu

Saya tak blend pun bahan....guna sudu jer untuk adun sebati semua bahan

Sumber resepi saya kali ni MadihaA. Saya olah sedikit ikut citarasa.....

Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos (saya tak kupas kulit terus belah 4, kukus dan korek isinya dengan sudu)
240 gm gula pasir ( saya guna 210 gm sahaja)
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)
1 cawan santan pekat
125 gm marjerin ~ cairkan
Saya tambah sedikit garam



Cara Menyediakan

1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C. (Saya guna oven kecil - suhu 200 °C)
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit (saya bakar selama 55 minit api atas bawah - hasilnya sedang elok jer) atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.


Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.


Sunday, July 13, 2014

Bingka roti pandan

Resepi myr dari mat gebu ni saya ubah suai ikut stok roti yang ada. Saya tambah paste pandan. Saya buat dua bancuhan untuk mengurangkan jumlah roti yang tinggal. Dua jenis bingka roti saya buat tapi masih ada 3 bungkus roti saiz jumbo tu.


Bahan-bahannya:
4 keping roti putih.
3 keping roti wholemeal.
3 biji roti burger. (Saya tambah 2 keping wholemeal dan 3 keping roti putih)
2 biji telur grade double A (saya guna 3 biji  gred c)
3/4 cawan brown sugar.
Secubit garam.
Sedikit essen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
200 ml santan kotak. (Saya guna santan segar)
2 1/2  hingga 3 cawan air panas.(adjust mengikut kesesuaian ya jika perlu boleh tambah lagi air) - saya guns santan cair
Sedikit buah ceri
Sedikit kismis.
Saya tambah pandan paste
Sedikit minyak masak untuk di sapu pada loyang.

Cara-caranya:
Sapukan loyang dengan sedikit minyak masak.Masukkan roti ke dalam mangkuk.Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil di tekan-tekan dengan sudu agar air meresap sekata.
Biarkan sekejap sehingga roti lembut baru di ramas sehingga hancur.masukkan santan.Kemudian masukkan telur,tepung gandum,essen vanilla,gula dan garam.Kacau sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur dengan potonga buah ceri dan kismis.Bakar sehingga masak.Tunggu sehingga sejuk baru di potong..Enjoy :)

BINGKA ROTI LAPIS

Ini la hasilnya bila dah terlebih2 stok roti. Jumaat lepas ada kendiri aqiqah di surau. Menunya sup pekat cicah roti. Maklum la bulan puasa, perut jadi sempit....lagi pun makannya lepas terawikh dan tazkirah....dekat pukul 11 mlm. Banyak roti lebih....jadi mula la mereka macam2 menu berasaskan roti. Resepi asal bingka ni dari Riaputih@MyR. Bezanya resepi ni dengan bingka roti selalu tu ialah rotinya dikisar lumat.

Saya lapis2kan macam kek tu... Lapisan hijau tu bercampur skit dengan plain sebab lapisan plain tu tak cukup keras saya dah tuang yg hijau.

BINGKA ROTI

Dicuba dan diubahsuai : zulfaza love cooking

Bahan-bahan ( 4 orang )

2 bj telur 'A'  (saya guna 3 biji saiz c)
5 keping roti gardenia
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1 camb mentega
1/4 camt garam
500ml santan/susu cair(1 tin 400ml + 100ml air)
Bijan (tak letak....ganti kismis jumbo)
1 camt esen vanila


Cara-cara
Kisar gula dan telur(guna blender je). Kemudian masukkan planta. Kisar lagi.
Masukkan susu cair dan roti, biar sekejap dan kisar.
Akhir sekali masukkan esen vanila, garam dan tepung. Kisar lagi sampai sebati.
Bahagikan adunan kepada 5 bahagian. Yg warna asal buat 2 bahagian. Letakkan bahagian lain pewarna pilihan.
Tuang 1 bahagian warna asal ke dalam loyang bingka yg telah dilengser, bakar huna api atas sahaja menggunakan suhu 200 c selama 10 minit ataupun adunan keras. Keluarkan dari oven dan tuang bahagian kedua. Bakar 10 minit dan keluarkan dari oven. Taburkan kismis hitam dan tuangkan bahagian ke 3. Bakar semula. Ulang proses hingga selesai melapis. Akhir sekali gunakan api atas bawah dan bakar selama 30 minit atau hingga permukaannya sedikit garing
Kalau buat satu warna tuang jer adunan dalam loyang yang digris dan tabur bijan (sangrai terlebih dahulu) dan bakar atas api atas bawah dengan suhu 180 - 200 C selama 1 jam. 

Thursday, June 12, 2014

Bingka kacang hijau


Bingka ni untuk sarapan esok pagi....cuti2 sekolah ni kena ada makanan untuk anak2 kudap2....

Sumber yatiememories
Bahan-Bahan- (loyang 9x9 inci atau acuan pecah 8)

1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega/minyak sapi
3 biji telur
secubit garam
sedikit pewarna hijau dan perisa pandan
2 cawan kacang hijau yg telah di rebus- (bahagi dua) ~ lebih kurang 3/4 cawan kacang yg blum rebus
bijan

Cara-Cara:-

Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kcng hijau dan kisar sampai sebati.Masukkan dlm periuk dan masak hingga sedikit pekat dan sentiasalah kacau guna whisk. Guna api sederhana je.Masukkan 1 cwn kacang hijau yg tidak di kisar tadi dan gaul rata.

Masukkan 1 sudu besar minyak dalam loyang dan oleskan rata. Boleh juga guna mentega.Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.Taburkan bijan dan bakar pada suhu 200 C selama 1 jam 15 minit atau sehingga garing. Guna api atas dan bawah. Kalau nak garing lagi tambahkan masa dlm 5 minit guna api atas sahaja utk permukaan kuih yg garing.



Bingka kacang merah

Bahan-bahan.
11/2 cwn kacang merah* (yg telah di rebus)
1 cawan air*(* di kisar bersama)
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan
1 cwn gula
3 sudu besar butter
2 biji telursedikit garam
pewarna merah
sedikit bijan
2 sudu besar minyak utk sapu pd loyang- boleh juga sapu butter

Cara-Cara.

Kisar kacang merah bersama 1 cawan air. Ketepikan dulu.Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.Gaul rata dan masak sebentar hingga berwap guna api sederhana dlm 10 minit. Sementara itu panaskan oven 175c.

Sapukan minyak di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi utk garingkan bahagian atas.Biarkan betul2 sejuk barulah di potong.Selamat Mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...