Showing posts with label panduan dan tips. Show all posts
Showing posts with label panduan dan tips. Show all posts

Wednesday, December 6, 2017

Kek span cheese Leleh


Cubaan kesekian kalinya untuk menghasilkan perfect sponge cake tanpa pinggang dan tak mengecut.
Kek span cheese leleh yg tak berapa nak leleh sebab sikit sangat...hhehehe. Semangat membara cuba menghasilkan #perfectspongecake .......Balik opis rehat2 sekejap terus adun kek ni sambil masak lauk untuk dinner. Kalini takde berpinggang kejadiannya tapi atasnya masih kurang sempurna...sedikit tenggelam. Walaupun masih lembut gebu tapi belum boleh dapat markah 100%....cuma lingkungan 70% atau kurang....πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”πŸ˜”....sedih...sedih...sedih. Nanti nak practise lagi dan lagi sampai success..


Tak dan2 sejuk memasing dah tak sabar nak makan...jadi nak taknak ummi letak juga la topping dan potongkan walau pun belum betul2 sejuk. Lembut gebunya ok tapi tu la...belum betul2 sempurna...

Kek yang ni saya guna resepi bawah ni....tapi terlupa nak letak pewarna....dah tuang semua adunan dalam loyang baru teringat pewarnanya tak dimasukkan....takpe la, tak menjejaskan rasa pun.

Kek Span Neopolitan -

Bahan2...
5 biji telur
1 ½ cwn superfine flour
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil baking powder
1 cwn gula halus
80 ml susu segar
L80 ml minyak masak jagung
1 sk esen vanilla
Pewarna pink n Emulco coklat

Cara2nya...
- masukkan semua bhn di atas KECUALI minyak masak jagung di dalam bowl mixer dan pukul hingga kembang gebu.. Anggaran 8 ke 10 minit ikut  mixer masing-masing...
- bila dah elok kembang gebu.. masukkan minyak dan kaup balik shj...
- bahagikn adunan kpd 3 color.. color asal, pink n emulco coklat...
- corakkn selang seli spi abih yee...
- masukkan ke dlm loyang 9" yg telah digris dan bakar 150° selama 50 minit @ sehingga masak ikut oven masing2.. Guna api atas bawah...
- terbalikkan ke atas redai/alas kek dan terbalikkan semula dgn cepat.. Saya terus buat atas alas kek.. Kek elok tak turun..

* Saya pukul telur, gula, ovalette dan esen vanilla hingga kembang dlu.. Pastu barulah masukkan susu dan tepung... Last skali masukkan minyak dan gaul balikkan spi rata dan bolehlah di bakar...

Selamat mencuba 😝😝😝


Ni ada satu resepi daripada Group FB Geng Hero Dapur....ramai yang guna katanya...dan success....so lain kali nak try juga la resepi ni....anak2 pun kata tak puas makan lagi kek yang buat tu....walaupun tak sempurna tapi diorg kata sedap sangat...;-))

Sumber fb: fauzi karim
πŸ”»peringatanπŸ”»
Jangan derhaka resepi...ikut dulu...bila dah terer baru olah ok...

Resepi: Sponge Cake
Bahan:
100gm Tepung Naik Sendiri
60gm Tepung Jagung
100gm Gula Kastor
50ml (1/4 cawan) Susu cair / Sejat / Full Cream (Sejuk)
5biji Telur A
2sdb Ovelet
1sdt esen vanila
65gm (1/4 block) Butter (dicairkan)
Cara2. 
1. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas. KECUALI butter yang dah dicairkan
2. Pukul semua bahan hingga kembang (dari kuning bertukar putih)
3. Masukkan butter. Kaup balikkan. Tuang adunan dalam loyang 8inci
4. Bakar 175c selama 30-40minit

Ikut oven masing2 ok....πŸ˜‰

****Tips Membuat Kek Span tinggi.****

Saya kongsikan tips dari Pakar kek span Pn Norrihan Ars...jom baking

Tak susah pun buat kek span tinggi tetapi kalau anda jenis suka derhaka pada resepi pasti hasilnya kelaut dan mungkin boleh jatuh walau dah biasa buat kek!
Sebab itulah kalau nak hasilkan kek span tinggi, anda kena ikut petua. Untuk tahu apa rahsianya, jom godek tip yang dikongsikan oleh wanita yang selalu buat kek, Puan Norrihan Ars…
1. Panaskan oven lama skit sebelum masak bancuhan.. supaya suhu oven panasnya sudah mesra elok.. takde masalah kiri panas kanan kurang dan sebagainya
2. Pukul hingga kental.. lama tak apa tapi once dah masuk minyak kaup balik sekejap je.. cuba sekatakan dengan kaup balik 2-3x sahaja.. tapi jika tak sekata tak apa, biar saja.
3. Guna ovallate. Jangan tanya kalau tak nak guna boleh tukar dengan apa.. i is tak tahu.
4. Ovallate cari yang colour dia bersinar-sinar jangan yang kusam.. yang kusam tu buat kek tak mahu jadi.. sebab lama.
5. Ikut resepi betul-betul, jangan derhaka!
6. Sapu butter atau shortening pada loyang tepi dan bawah atau spray.. bawah lapik kertas.. tepi tak payah lapik, baru dia keluar mulus tak ada bersepai tepi-tepi. Ramai tak sapu.. sebab itu bila keluarkan dari loyang tepi-tepi tak licin jadi bersepai-sepai. Nak deko pun kena crumb coat dulu dah jadi lambat.. ni tak payah.
7. Lepas masak jangan biar sejuk dalam loyang.. kalau tak ianya akan mengecut.. lepas keluarkan dari loyang terus transfer atas jaring lepas tu terus letak atas cake board.. tak perlu tunggu sejuk.. kek akan jadi lebih moist sebab stim yang terhasil akan terperngkap dalam kek… beza klu kita sejukkn 100% atas jaring.
Ini cara yang kak Ann buat.. lain orang lain cara terpulang pada masing-masing. Moga bermanafaat!

Wednesday, August 17, 2016

Tips memasak nasi menggunakan beras basmathi


As salam dan selamat pagi semua. Biasanya saya kongsi resepi masakan, tapi disebabkan hari ni belum masak apa-apa lagi takde la resepi yang nak dikongsi. Tangan pulak gatal nak menaip sesuatu kat blog ni....😁😁😁.

Apa kata kali ni saya kongsi satu tips....yang selalu sangat orang tanya bila nak memasak nasi menggunakan basmathi. Bila diorang tengok nasi yang saya sediakan soalannya lebih kurang..."apsal saya masak guna beras ni nasi dia tak panjang dan berderai camni erk.....apsal bla bla bla...apsal gitu...apsal gini....." Lenguh jugak la rahang saya bercerita dan kadang kala kena menaip kat wasap bila dapat soalan2 tu.

Nak mudahkan saya menjawab, elok saya buat dalam bentuk post kat blog ni....nanti org tanya saya bagi link ni ajer....

Saya belajar masak guna basmathi ni pun dari pengalaman memasaknya beratus2 kali....beratus2 (ke ribu2 kg dahπŸ˜€) kg beras....dan hasil perkongsian dan bacaan tentang petua dan kaedah nak masak menggunakan beras ni untuk dapatkan hasil nasi yg lembut, berderai dan tak patah. Sekali masak berkilo2...dan.biasanya saya masak atas dapur sbb takde periuk letrik yang cukup besar utk masak nasi2 ni.

Untuk perbagai menu nasi berperisa yang saya masak, saya suka menggunakan beras basmathi jenis pusa 1121. Bukan apa, ikut pengalaman beras ni tahan lasak...tak mudah patah riuk bila dikacau....harga pun ok la. Tapi guna jenis lain pun boleh aje....janji baca dan ikut tips yang saya kongsikan kat bawah ni yer... (Jangan kata akak tak payung...😁😁😁😁)



PANDUAN MEMASAK NASI MENGGUNAKAN BERAS BASMATHI

Cara menyediakan beras
Kalau nak nasi yang cantik dan memanjang pada kadar yang maksimum, beras basmati ni memang kena rendam dulu. Kalau tak rendam nanti hasilnya nasi tak cukup lembut dan keras bila dah sejuk serta tak sepanjang yang dilihat didalam iklan produk.

1. Basuh beras hingga bersih.
2. Rendam beras dengan air yang diletakkan garam selama 20 - 30 minit. (Merendam beras dengan garam ikut sumber dari timur tengah menghasilkan nasi yang lembut dan berderai). Selepas 20 - 30 minit, toskan airnya hingga kering.



Sukatan beras:air/cecair

Memasak menggunakan basmathi ni perlu disukat betul2 ratio beras kepada air/cecair yang digunakan. Tak boleh main agak2 jer. Kalau terkurang air nasi akan jadi keras terutamanya setelah sejuk dan kalau terlebih nasi akan jadi lembik...tak berderai.

3. Saya gunakan ratio 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau campuran air dengan cecair lain seperti susu, santan. Ratio ni saya gunakan untuk masak beras jenis pusa, kashmir dan moghul. Kalau nak lebihkan airnya pun pastikan rationya tak lebih dari 1 cawan beras : 1 1/2 cawan air.

Nasi ni saya masak guna beras basmathi kashmir jer....

Cara memasak

Kebiasaannya ada beberapa cara memasak nasi. Antaranya, tumis dulu beras kemudiaan masukkan air/cecair  @ didihkan dulu air/cecair sebelum masukkan beras @ rebus beras dengan air yang banyak hingga separuh atau 3/4  masak sebelum toskan dan teruskan dengan proses memasak seterusnya.

5.  Sekiranya menggunakan kaedah menumis dahulu beras, pastikan cecair yang dimasukkan berada pada suhu didih atau cukup panas untuk mengelakkan beras terendam lama dan menjadi  lembik dan mudah patah.

6. Kaedah lain, air/cecair dididihkan terlebih dahulu mengikut sukatan. Setelah mendidih, tuangkan beras yang telah direndam  dan ditos.

7. Ada sesetangah jenis menu yang memerlukan kita mendidihkan air dalam kuantiti yang banyak ( tanpa sukatan tertentu ) dah rebus beras yang telah direndam hingga separuh atau 3/4 masak. Tos jangan terlalu kering atau tos kering dan renjiskan dengan susu atau santan (ikut keperluan resepi) masakkan kembali hingga nasi masak sepenuhnya. Sedikit cecair yang digunakan akan menghasilkan wap, yang akan membantu nasi masak sempurna selain mengelakkan nasi hangus dalam proses seterusnya.


Panduan semasa memasak

8. Pastikan mengacau beras yang sedang dimasak hanya apabila cecairnya masih banyak. Apabila cecairnya telah mengering, elakkan mengacau kerana beras akan mudah patah.

9. Sekiranya memasak menggunakan api pastikan api dapur dikecilkan setelah cecair kering dan periuk ditutup rapat untul mengelakkan wap keluar.

10. Biarkan nasi yang telah masak selama 5 - 10 minit sebelum membuka tudung periuk dan mengareh/mengacau nasi. Kareh ketika nasi masih panas, sekiranya telah sejuk, nasi akan mula bergumpal dan melekat jadi takde la nasi tu nampak berderai sebutir2.

11. Kareh nasi dari tepi periuk dan angkat ketengah, perlahan2...sopan santun kaedahnya. Sebab.kalau kita buat kelam kabut kasar2 nasi yang lembut tu akan mudah patah. Kalau ada sudip macam garpu besar tu lagi bagus.



*****

Panduan tambahan

* kalau nak letak pewarna, nak nampak warnanya cantik, titiskan pewarna apabila nasi dah mengering, dan biarkan jangan kacau lagi hingga dia masak sepenuhnya. Kalau nak guna dua tiga pewarna berbeza pastikan jarakkan antara satu warna dengan yang lain.

* minyak tak termasuk dalam jumlah cecair yang digunakan untuk masak nasi.

* Jangan over kacau masa masak guna basmathi ni terutama bila cecairnya dah kering. Nanti habis patah riuk beras tu.

* Gunakan penyukat yang sama untuk menyukat beras dan air/cecair.

* Kalau masak atas dapur, gunakan api yang besar masa airnya tengah banyak supaya beras tu tak la lama sangat berenang dalam air tu dan nasinya jadi lembik dan terlebih kembang. Bila air dah kering baru la kecilkan apinya.



Tuesday, May 12, 2015

Smart Substitutions (pengganti untuk bahan masakan)

Kekadang bila datang mood atau niat nak masak sesuatu tetiba tengok kat dapur bahan2 tak cukup....nak kekedai malas.....terfikir2 jugak apa yg boleh menggantikan bahan2 ni..... Hari ni disebabkan aktiviti memasak ditangguhkan sepanjang keberadaan encik suami di hospital ni saya nak share info yg saya perolehi dari http://m.campbellskitchen.com.

Asalnya dok google bahan ganti untuk sos worcestershire untuk resepi Cheesy Party Burgers (AKA Diamond Burgers). Memang la byk jual kat kedai tapi takkan nak beli kalau cuma nak guna sesudu dua....agak mahal jugak sos ni dengan gst lagi....ermmm tak berbaloi..

Bila menganggur macam ni rajin teramat dok geledah dapur orang baca resepi2 masakan. Sesetengah resepi mat saleh terutamanya banyak menggunakan bahan yg kita susah nak cari atau tak halal....tapi resepinya nampak sangat yummy. Jadi pilihan yg kita ada ialah dengan menggantikan bahannya. Jangan la sampai terbantut hasrat pulak...  

Jom kita tengok skit...lepas ni macam takde alasan tak nak memasakkan.....

Dairy (bahan tenusu)

If you only need 1 cup of buttermilk and don't want to buy a whole carton, pour 1 tablespoon distilled or cider vinegar into a measuring cup, then add enough milk to make 1 cup. Let stand 5 minutes before using.

If you're out of milk for a recipe and in a pinch, substitute 1/2 cup whole evaporated milk mixed with 1/2 cup water.

If you're out of half-and-half, use 1 cup whole milk and 1 tablespoon melted unsalted butter for every cup of half-and-half called for (this substitution is not suitable for using in coffee).



Short on an egg for a baking recipe? Substitute 3 tablespoons vegetable oil and 1 tablespoon water for a whole large egg.

Use an equal amount of whole milk or half-and-half in place of evaporated milk.

One cup of sour cream or buttermilk may be used in place of one cup plain yogurt.

If a recipe calls for 1 cup whole milk and all you have is skim milk, combine 1 cup skim milk with 2 tablespoons melted butter.

When a recipe calls for Swiss cheese, any of the following may be used: Emmenthal, Gruyere, Swiss, or French Comte.



When a recipe calls for Cheddar cheese, any of the following may be used: Colby, Monterey Jack or American.

When a recipe calls for Parmesan cheese, any of the following may be used: Pecorino Romano, Asiago or Spanish Manchego.

When a recipe calls for Feta cheese, any of the following may be used: Italian ricotta salata, Mexican cotija or a crumbly blue cheese (blue cheese will make the flavor somewhat more pungent).

When a recipe calls for Muenster cheese, any of the following may be used: Monterey Jack, Havarti, farmer cheese or Provolone.

Substitute sour cream with an equal amount of plain yogurt to cut down on calories and fat.Mascarpone is a mild, creamy cheese used to make tiramisu.

If you can't find or don't have it, blend together 1/2 cup softened cream cheese and 1/2 cup sour cream or heavy cream for every cup of mascarpone called for.

Liquids, alcohol (cecair/alkohol)

Apple juice or white grape juice plus a splash of cider or white wine vinegar to taste makes a good stand-in for dry white wine when de-glazing pans after searing meat.

In recipes calling for dry white wine, use a Sauvignon Blanc, Pinot Grigio or Pinot Gris. 

If a recipe calls for sweet white wine in recipes calling for dry red wine, use a Merlot, Pinot Noir, Cabernet Sauvignon or Burgundy.Port's distinctive flavor makes exact substitutions tricky, but if you don't have it, use an equal amount of Madeira or dry vermouth. 

For a non alcoholic substitution, use equal parts grape juice and apple juice with 1 or 2 tablespoons balsamic vinegar.

If a recipe calls for beer, you can use an equal amount of non alcoholic beer, apple cider or chicken or beef broth instead.

Use 1 cup boiling water mixed with 2 teaspoons instant coffee granules in recipes calling for 1 cup brewed coffee Marsala and Madeira, wines often used in Italian and Spanish cooking, have distinct flavors but can be used interchangeably in recipes. 

If you don't have either one, substitute with dry sherry.

Baking 

Run out of baking powder? Combine 1/4 teaspoon baking soda with 3/4 teaspoon cream of tartar.
Cornstarch is often used as a thickener for fruit cobbler and pie fillings. 



If you don't have it, all-purpose flour or quick-cooking tapioca may be used. For each tablespoon of cornstarch called for in the recipe, use 2 tablespoons flour or tapioca.

To add a little more fiber to baked goods, it's fine to replace up to one-third of the white all-purpose flour with whole wheat flour. (For example, if a recipe calls for 3 cups all-purpose flour, use up to 1 cup whole wheat flour.)

To add interesting flavor to French toast or sweet breakfast casseroles, substitute 1/4 cup orange juice for 1/4 cup of the milk used to make the soaking liquid for the bread.

If you're out of unsweetened baking chocolate, use 3 tablespoons unsweetened cocoa powder and 1 tablespoon vegetable oil for a 1-ounce square of chocolate.

If you have a cupboard full of spices, there's no need to buy a special container of pumpkin pie spice. Use 1/2 teaspoon ground cinnamon, 1/4 teaspoon ground ginger, ¼ teaspoon ground nutmeg and 1/8 teaspoon ground cloves for 1 teaspoon pie spice.

No need to buy apple pie spice for a recipe. Instead, for each teaspoon of pie spice called for, substitute 1 teaspoon ground cinnamon, 1/4 teaspoon ground nutmeg and 1/8 teaspoon ground cloves.



Make your own self-rising flour by blending 1 cup sifted all-purpose flour with 1½ teaspoons baking powder and 1/8 teaspoon salt.

Use 1 to 2 teaspoons of pure vanilla extract to flavor recipes calling for a whole vanilla bean. 

Some cake recipes call for cake flour. If you don't have it on hand, blend 1 cup minus 3 tablespoons all-purpose flour with 3 tablespoons cornstarch. The cake won't be quite as tender as it would be with cake flour, but it'll come close.

Many old-fashioned pie recipes use lard in the crust, making it super-flaky and crisp. An equal amount of vegetable shortening makes a fine substitute, or half shortening, half butter.


Vegetables Herbs and Spices (herba dan rempah)

You may use dried herbs in place of fresh herbs—simply add about half the amount of dried herbs as fresh (for example, 1 tablespoon fresh herbs equals 1 to 1½ teaspoons dried). The flavor of dried herbs is more concentrated so you don't need as much.

Blend 1 teaspoon dry mustard powder with 1 teaspoon white vinegar or water to use in place of 1 tablespoon prepared yellow mustardIf you don't have fresh ginger, use 1/8 teaspoon ground ginger for each tablespoon fresh ginger called for in the recipe.

Two teaspoons dried Italian herb seasoning equals 1 teaspoon dried oregano leaves, 1/2 teaspoon dried basil leaves, and 1/2 teaspoon dried thyme leaves.If a recipe calls for tarragon, it's fine to substitute the same amount of basil. They both have a similar, licorice-like flavor.

Parsnips are a root vegetable that looks like a white carrot. Although parsnips are sweeter, it's fine to use an equal amount of carrots in place of parsnips in recipes.

There are two varieties of parsley: flat-leaf and curly. Flat-leaf is milder tasting than curly, but they may be used interchangeably.

Dried sage comes in two forms: rubbed, which is crumbled pieces of dried sage leaves, and ground, which is powdery. 

They may be used interchangeably, but crush the rubbed sage with your fingers to break up.If a recipe calls for crystallized ginger, substitute an equal amount of minced fresh ginger root or half the amount of ground ginger.



Shallots look like small, torpedo-shaped red onions. They have a mild onion flavor and can be eaten raw or cooked. If you don't have shallots, use finely minced red or yellow onion.

To make your own version of Cajun or Creole seasoning, combine equal parts paprika, ground black pepper, garlic powder, dried oregano leaves and dried thyme leaves. It's usually fairly spicy, so add cayenne to taste depending on how hot you want to make it.

Although the flavor of different dried herbs varies, most can be used interchangeably with each other. So don't worry if you don't have dried basil—swap it out with dried oregano, thyme or marjoram. The dish will still taste terrific.

It's fine to use 1/2 a sweet yellow onion in place of 1 bunch of green onions (scallions) in recipes. It's a good idea to sautΓ© the onion in a little vegetable oil first to eliminate any strong taste.

Some stew and soup recipes call for adding a bay leaf to the liquid for flavor. But other hearty herbs work well too—try fresh rosemary or thyme sprigs. The flavor will be a little different but still good.

Lemongrass is a long, reed-like herb used extensively in Thai cooking. In place of 1 lemongrass stalk, use the minced zest of 1 lemon and 1/8 teaspoon minced fresh ginger.

For each teaspoon of poultry seasoning called for in a recipe, substitute 1/4 teaspoon dried thyme leaves and 3/4 teaspoon dried (rubbed) sage. 



Generally, it's okay to use different hot fresh chiles interchangeably in recipes. Depending on the variety, heat levels vary so you may need more or less than the recipe calls for. JalapeΓ±os and serranos are the mildest (but still spicy); habaneros are the hottest.

Other Ingredients (bahan2 lain)

To make 1 cup confectioner’s sugar, process 1 cup granulated sugar and 1 teaspoon cornstarch in a food processor until sugar is fine.

Here's an easy solution if you don't have tomato juice for a recipe: Use 1/2 cup tomato sauce mixed with 1/2 cup water for each cup of tomato juice called for.

Don’t have a can of sweetened condensed milk? Mix together 1 cup nonfat dry milk powder with 2/3 cup sugar, 1/2 cup boiling water, and 2 tablespoons melted butter.

When a recipe calls for 1 cup light brown sugar, use 1/2 cup dark brown sugar and 1/2 cup granulated sugar, or 1 cup granulated sugar and 2 tablespoons molasses.

Instant coffee granules may be substituted for instant espresso powder. Use about twice as much coffee granules as espresso powder in the recipe (for example, 2 teaspoons coffee granules in place of 1 teaspoon espresso powder).

Out of sugar? Use an equal amount of light brown sugar instead. The flavor of the dish will be a bit deeper and, in the case of baked goods, the texture will be moister.

In recipes calling for 1 cup maple syrup, use 1¼ cups granulated sugar flavored with 1/2 teaspoon maple flavoring. 

In recipes for baked goods, reduce the amount of liquid called for by 1/4 cup.

Out of salt? 

If you're making something savory (not sweet), use a little soy sauce to add salty flavor.

Arborio rice is traditionally used to make creamy risottos. If you can't find it, use medium-grain rice. 

The final dish won't be quite as creamy but it'll still be good. Check for doneness often—medium-grain rice cooks quicker than Arborio.Many Asian stir-fry recipes call for frying in peanut oil—its high smoke point makes it perfect for the high temperatures required. But if you don't have peanut oil, it's okay to use canola or vegetable oil instead.

No champagne vinegar? Use an equal amount of white wine vinegar or rice vinegar, then add a pinch of sugar to cut the acidity a little bit.

If you run out of ketchup for cooking, use 1 cup canned tomato sauce, 1/4 cup sugar, 3 tablespoons cider vinegar and 1/2 teaspoon salt (this isn't a good substitute for spreading on hamburgers or hot dogs).



One standard slice of bread will make about 1/2 cup soft bread crumbs or 1/3 cup dry bread crumbs. Finely crushed crackers, cornflakes or crisp rice cereal may also be used in place of dry bread crumbs.

Use 3/4 cup dark brown sugar dissolved in 1/4 cup hot water for each cup of molasses called for in a recipe. The flavor will be milder but still deep and rich.

Don't worry if a recipe calls for old-fashioned oat sand all you have are quick-cooking—they can be used interchangeably. Do not use instant oats, though; they won't produce the same results.



You can use lemon juice in recipes calling for vinegar. Simply add twice as much lemon juice as vinegar called for (for example, 1 teaspoon vinegar equals 2 teaspoons juice).

If a recipe calls for 1 cup orange juice, you can use 1/3 cup orange juice concentrate mixed with 2/3 cup water instead.

Out of honey? For each cup needed, blend 1¼ cups sugar with 1/4 cup water until sugar dissolves. (The flavor of the dish will be altered somewhat.)

Many dried fruits can be used interchangeably, although the end flavor of the dish will be different. If you're out of raisins, try using dried cranberries, blueberries or cherries (chop the fruit smaller if necessary).

In most recipes calling for grated lemon peel, it's perfectly fine to substitute orange peel. 

And in the case of lemons and oranges, ½ teaspoon lemon or orange extract can be used in place of 1 teaspoon grated peel.

To make tomato sauce, blend 1/2 cup tomato paste with 1/2 cup water or puree 1 cup canned tomatoes in a blender until smooth, adding some of the canning liquid to thin out if necessary.

If you're out of Worcestershire sauce, use 2 teaspoons soy sauce, 1/4 teaspoon lemon juice,1/4 teaspoon sugar and a dash of hot sauce for every tablespoon Worcestershire the recipe calls for.

There are many varieties of rice available that can add interesting flavor to dishes. Try using jasmine or basmati rice whenever a recipe calls for long-grain white rice. Follow package instructions for cooking times as different varieties can vary slightly.

If a recipe calls for kosher salt and all you have is table salt, use half the amount called for in the recipe. For example, 1 teaspoon kosher salt = ½ teaspoon table salt.

Mafalda pasta looks like bite-size lasagna noodles with ruffled edges. If you can't find it, any small pasta will work fine. Try corkscrews (rotini) or penne.

Tahini is a paste made from ground sesame seeds. If you don't have it on hand, you can get a similar flavor with toasted sesame oil. A little goes a long way so start with a teaspoon and adjust to taste.

Honey may be used in place of maple syrup in many sauce and vinaigrette recipes. The flavor of the dish won't have a maple taste, but the recipe will work fine.

Matzo meal is an ingredient often used in kosher cooking. If you don't have or can't find matzo meal, plain saltine cracker crumbs make a good (but non-kosher) alternative.

Canned chipotles in adobo sauce give dishes a spicy, smoky flavor. Look for chipotles in the Latino section of grocery stores. If you can't find them, use chipotle chile powder, but only use half the amount—the chile powder is quite hot.

Dried tart cherries are a good substitute for dried cranberries. Because cherries tend to be larger than cranberries, chop the cherries a bit before adding to recipes.

In many cases, different types of vinegar can be used interchangeably. For instance, if you don't have sherry vinegar, try using red wine or cider vinegar with a touch of sugar.

Monday, April 13, 2015

Tip meletakkan harga produk makanan

Sumber Rosli Umar fb group kelab roti

Masih tak tau nak letak harga produk anda ? Mungkin ini boleh membantu anda ... ramai guna kaedah yg sama mcm ni ... 

Jom bincang pasal kos produk kita : 

Contoh resepi donut 

500 gm tepung roti
100 gm gula 
11 gm yis
4 biji kuning telur
200 gm air 
100 gm marjerin
6 gm garam 

Macamana nak kira kos tepung roti? 

** harga barang mungkin x tepat , sekadar memudahkan pemahaman kita dalam membuat kiraan ... 

1kg t.roti = rm 3.50 
Kita guna dlm resepi 500 gm 

3.50/1000 gm x 500 gm = RM 1.75

Kiraan seterusnya mengikut resepi : 
Gula :
2.90/1000 gm x 100 gm = RM 0.29

Yis :
10.00/500 gm x 11gm = RM 0.22 

Telur : 
12.00/30 biji x 4 biji = RM 1.60

Air : 
Anggaran RM 0.10

Marjerin : 
6.00/1000 gm x 100 gm = RM 0.60

Garam : 
0.70/200 gm x 6 gm = Rm 0.021

Total kos bahan : 

1.75 + 0.29 + 0.22 + 1.60 + 0.10 + 0.60 + 0.021 = RM 4.581 

Kiraan kos2 lain seperti elektrik , pekerja , transport dll 

Di kira 30% daripada kos bahan 

RM 4.60 x 30% = RM 1.38 

Kos keseluruhan : 

RM 4.60 + RM 1.38 = RM 5.98 

Berapa biji donut terhasil dr resepi ? 

Kira berat keseluruhan bahan :

500 + 100 + 11 +100 + 200 + 100 + 6 = 1017 

Berat sebiji donut 40 gm 

1017 / 40 gm = 25 biji 

Kiraan kos sebiji : 

RM 5.98 / 25 biji = RM 0.24 sebiji 

Harga jual ? 

Anda boleh mendarab terus kos sebiji dengan angka 2.5@3 mengikut keselesaan anda ..

RM 0.24 x 2.5 = RM 0.60 @ 
RM 0.24 x 3 = RM 0.72 sebiji .... 

Wednesday, April 8, 2015

Masalah teknikal dalam pembuatan roti & punca/sebab ianya berlaku

Sumber saya fb page Golden Republic Malaysia Sdn Bhd....saya share kat sini...moga membantu kita dlm proses membuat roti....

Masalah teknikal dalam pembuatan roti & punca/sebab ianya berlaku.

1) Doh tidak mengembang:

- Yis yang sudah lama atau mati.

- Air terlalu sejuk yang menyebabkan yis tidak aktif atau air yang terlalu panas sehingga membunuh yis.

- Doh terlalu keras - kurang air.

- Tempat pengembangan doh (proofer) terlalu sejuk atau terlalu panas.

2) Roti mengempes/mengecut di dalam oven:

- Doh terlebih kembang (over proof) dan terlalu nipis.

3) Roti kelihatan terlalu pucat di bahagian tepi:

- Bekas acuan roti terlalu rapat antara satu sama lain ketika membakar - pengagihan haba yang kurang efisen.

- Suhu membakar tidak sesuai atau terlalu rendah.

4) Roti merekah di bahagian tepi:

- Suhu oven terlalu tinggi.

- Proses pengembangan tidak mencukupi.

- Bentuk yang tidak sempurna.

5) Bahagian atas roti merekah:

- Roti yang dikeluarkan dan di letakan di tempat yang sejuk - peralihan suhu panas dan sejuk akan menghasikan wap.

- Doh yang terlalu keras - kurang air semasa mengadun/menguli.

6) Roti rebah/jatuh/penyek selepas bakar:

- Doh tidak di hasilkan dengan sempurna.

- Tepung terlalu banyak/tidak seimbang di dalam resepi.

- Tempat pengembangan terlalu panas.

- Suhu oven terlalu sejuk.

7) Roti tidak masak di bahagian bawah:

- Roti yang di keluarkan dari dulang pembakar tidak di sejukan di atas redai/rak dengan sempurna. 

8) Kerak roti yang terlalu tebal:

- Dusting flour yang terlalu banyak.

- Proses pengembangan yang tidak mencukupi.

- Suhu oven yang terlalu tinggi.

9)Roti yang berat dan padat:

- Tepung yang terlalu banyak di dalam resepi.

- Proses pengembangan yang tidak sempurna.

- Sesetengan tepung seperti wholemeal. Wholewheat atau rye yang mempunyai karakter yang berat dan padat.

10) Roti yang lembap dan kasar:

- Proses pengembangan yang tidak sempurna.

11) Roti yang kering dan kasar:

- Tepung terlalu banyak didalam resepi.
- Proses menguli yang tidak mencukupi.
- Suhu oven terlalu panas.

12) Roti kelihatan bertali gelap:

- Pengulian yang tidak sempurna.
- Dulang pembakar di sapu dengan lemak sayuran "greese" terlalu banyak.
- Doh yang dikembang terlalu kering.

 
13) Roti mempunyai lubang di bahagian dalam:

- Udara tidak dikeluarkan ketika di bentuk.
- Doh dikembangkan terlalu lama (over proof).

14) Roti berbau dan berasa yis:

- Proses kembang yang terlalu lama.
- Tempat pengembangan yang terlalu panas.

 
15) Roti berasa masam:

- Proses pengembangan terlau cepat di tempat yang terlalu panas.
- Doh di kembangankan terlalu lama sebelum bakar.

Translate by : #Baking Scientist GR (GR Bake)

Sumber dari: www.kingarthurflour.com/tips/bread-troubleshooting.html

Tuesday, December 16, 2014

Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter:

Anggaran sukatan bahan-bahan dari cawan ke gram/liter:

TEPUNG....
1/4 cawan = 30 gram
1/3 cawan = 40 gram
1/2 cawan = 60 gram
1 cawan = 125 gram
6 3/4 cawan = 1000 gram @ 1 kilogram

GULA KASTOR....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

MENTEGA....
1/4 cawan = 60 gram
1/3 cawan = 80 gram
1/2 cawan = 125 gram
1 cawan = 250 gram

CECAIR....
1/4 cawan = 50 ml
1/2 cawan = 125 ml
3/4 cawan = 180 ml
1 cawan = 250 ml
4 cawan (1 quart) = 1000 ml @ 1 liter

info/sumber dari : www.facebook.com/bukuresepi

Tuesday, September 9, 2014

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT

Sumber saya http://www.azlitamasammanis.com/2011/08/tips-dan-panduan-membuat-kek-dan-biskut.html?m=1. Saya cnp kat sini untuk mudah saya merujuk nanti.....almaklumlah blog ni adalah diari/buku masakan saya....

TIPS DAN PANDUAN MEMBUAT KEK DAN BISKUT

Musim membuat kek dan biskut untuk menyambut lebaran sudah pun bermula. Inilah masanya kita mencari-cari resepi kek dan biskut tebaru untuk merai tetamu yang berkunjung ke rumah. Pasti ada antara kita turut berasa 'seram sejuk' apabila mengenangkan kembali pengalaman - pengalaman lalu apabila kek dan biskut yg di buat tidak menjadi.

Hari ni marilah kita sama-sama belajar beberapa tips dan panduan cara-cara membuat kek yang ita ambil dari beberapa buku panduan membuat kek dan juga rujukan ita dari internet.

Mula- mula kita berikan tumpuan terhadap beberapa bahan2 asas tuk membuat kek yang perlu kita titik beratkan.

TELUR

Telur yang hendak digunakan untuk membuat kek perlu segar. Sebaik-baiknya beli telur dari penjual di pasar kerana ia tidak di simpan lama berbanding telur yg di jual di kedai-kedai runcit. Hal ini kerana kekerapan orang membeli telur di pasar berbanding kedai biasa.

Untuk membuat kek, sebaiknya pilih telur double A atau beratnya sekitar 60 gm sebiji. Jangan memggunakan telur yg besar untuk membuat biskut kerana ia akan meningkatkan lebihan cecair dlm sukatan dan menjadikan doh lembik. Lazimnya apabila doh lembik kita akan menambah tepung ke dlm adunan. Kalau tidak berhati2 doh akan mengeras dan rasa biskut juga berubah.

Semasa mengadun kek yg tidak menggunakan bahan ovellete utk membuat kek, telur dan gula hendaklah di pukul hingga benar2 gebu sebelum di campur dgn bahan lain. Untuk mengetahui telur sudah cukup gebu, cuba ambil sesenduk adunan dan terbalikkan. Jika adunan tidak jatuh, bermakna ia sudah cukup gebu.
Ujian yang sama juga boleh di gunakan untuk memukul putih telur hingga cukup gebu.

Kelajuan memukul telur, mentega dan gula

Untuk membuat biskut memadai dgn memukul perlahan hingga sebati. Tak perlu menggunakan mesin, keculi dalam kuantiti yang banyak.

Untuk kek pula, pastikan ia di pukul perlahan hingga sebati kemudian di tahap sederhana selama 3-4 minit sebelum di putar ke tahap maxima selama 6-7 minit atau sehingga adunan kelihatan gebu dan ringan. Jika mesin jenis berkuasa, tidak memerlukan masa yang lama.

Jika digunakan hand mixer, perlu pastikan gula hancur dan tidak nampak berbiji-biji barulah di masukkan telur sebiji demi sebiji. Pastikan adunan di pukul rata setelah memasukkan setiap telur.

Bila masukkan tepung pukul dengan kadar perlahan sahaja dan berselang seli dengan bahan cecair seperti susu atau jus.

BUTTER

Apabila membuat biskut, sebaiknya jangan menggunakan mentega yg masih keras. Ini kerana mentega yg masih keras perlu dipukul lama dan jika tidak berhati-hati ia akan jadi berminyak.
Sebaiknya biarkan mentega lembut sedikit pada suhu bilik.
Adunan mentega untuk biskut, jika di kacau berlebihan hingga menjadi berminyak akan menyebabkan biskut terbantut. 

Untuk kek, mentega yg di gunakan untuk membuat kek seharusnya lembut tetapi bukan terlalu lembut. Mentega yang terlalu lembut tidak akan menghasilkan kek yang ringan dan gebu. Kek pula akan menjadi lebih padat dan bertekstur lebih keras.

Jika mentega dan gula tidak dipukul sehingga ringan dan gebu, adunan akan berbintil-bintil apabila telur di masukkan.
Jika memukul mentega atau butter, pukullah hingga benar-benar lembut dan jauhkan dari tempat atau ruang yg panas agar mentega yang dipukul tidak mencair dan berminyak.

Cuba lihat panduan di bawah ni bagaimana cara melembutkan mentega dan kaedah mencairkan mentega.

Berapa lama masa yg sesuai memukul mentega, gula, telur dan tepung.

Jika memukul mentega dan gula, mestilah sehingga ia nampak gebu dan gula hancur. Ini bergantung pada kelajuan mesen yg digunakan. Selalunya mula memukul pada tahap perlahan. Berhenti dan pastikan bahan2an tepi mangkuk dikaup agar bersatu semula.

Kemudian putar pada kelajuan maxima selama 3 minit, kaup bahan di sekeliling mangkuk dan putar lagi selama 3 minit. Bila adunan nampak ringan dan pucat warnanya. Baru dimasukkan telur sebijik demi sebijik dalam kadar 2 minit setiap biji telur.

Gunakan senduk kayu atau spatula untuk memasukkan tepung dan mengaul rata adunan.

Mengantikan mentega dengan margerin 

Bezanya, kek yg menggunakan mentega lebih enak kerana tekstur kek itu akan lebih halus. Tetapi harus diingat jika dibiarkan mentega terlalu lama pada suhu bilik, ia akan berminyak dan hasil kek tidak enak dan gebu.

Kek yg menggunakan margerin tidak begitu wangi, seperti kek yg menggunakan mentega. Ia juga tidak selemak kek yang menggunakan mentega.

Jika menggunakan margerin timbang kilo pula, rasa kek juga tidak enak!.
Kebanyakkan margerin juga begitu sukar sebati dengan gula kastor dan hasilnya , adunan tidak kembang dengan elok.

TIPS MEMBUAT KEK

Bila sudah mendapat resepi yang diinginkan cuba semak dengan teliti bahan2 yg diperlukan dan fahami kaedah cara membuatnya.

Jika tidak faham tanyalah pada yg arif atau tuan empunya resepi.Sediakan bahan2an yg diperlukan seperti alat penimbang, sukatan cawan dan sudu, mixer, dan bahan2an lain yg di perlukan untuk membuat kek.

Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.Bahan2an kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yg telah di ayak.

Masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balik adunan dgn satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yg mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dgn adunan mentega.ketika menunggu adunan di bakar terutamanya dalam pembuatan kek lapis, jangan terlalu sering mengaul adunan kerana ia membuatkan adunan turun dan kek mampat.

Adunan yg menunggu giliran untuk dibakar harus diletakkan di ruangan yg jauh dari suhu panas.Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah2an kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.

Loyang perlulah di leserkan dgn butter terlebih dahulu, alaskan dasar loyang dengan baking paper. Untuk kek lapis pula tidak perlu di leserkan pada tepi loyang, cukup sekadar leserkan pada dasar loyang dan alas dasar dgn baking paper juga. Ini untuk mengelakan kek rengang dari loyang, mengecut dan ini mengakibatkan susunan lapisan tidak rata.Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar.

Membakar kek tampa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akak menyebabkan kek rosak.Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar2 sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya.

Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dgn kertas aluminium foil.Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.Untuk menguji kek telah masak, cucuk tengah kek dgn lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.

Untuk biskut pula, sekiranya kita kuis atau tolak sedikit biskut dan ia tidak melekat bermakna biskut itu telah di bakar sempurna.

MASALAH KEJADIAN KEK

MENGAPA KEK LEMBAB DI TENGAH 
Mungkin suhu oven tidak mencukupi dan masa memasak terlalu pendek.Sukatan mentega terlampau banyak atau mentega telah di biarkan terlalu lama di luar dan ia mencair sedikitJika permukaan kek menjadi perang sedikit tutup loyang dgn aluminium foil sehingga kek masak.Pastikan guna api atas dan bawah jika anda memasang kipas pada dinding belakang oven. jika tiada kipas pada oven, memadai menggunakan api bawah sahaja pada suhu 190C.

KEK MENDAP DI TENGAH DAN TENGGELAM
Suhu ketuhar terlampau tinggiGula dan mentega di pukul tidak cukup gebuKekurangan tepung atau telebih gulaMasa membakar terlalu pendekKedudukan rak sewaktu membakar kek dalam loyang biasa hendaklah diletakkan di rak tengah ketuharSerbuk penaik berlebihan

KEK MEREKAH
Elemen pemanas di sebelah atas terlalu panas dan menyebabkan kek mudah merekah dan hangusSuhu ketuhar tidak begitu tepat atau terlampau tinggiKandungan serbuk penaik terlalu banyakSukatan tepung terlebihMasa membakar terlalu lama

KEK CHIFFON PENYEK
Putih telur tidak dipukul dengan cukup kental dan kakuKek chiffon hendaklan terus dibakar sebaik sahaja selesai dibuat kerana jika dibiarkan di luar ketuhar selama 5 minit pun kek akak turun selepas di bakarBila telah masak terus terbalikkan loyang dan biarkan kek tertanggal sendiri.

TIPS MENYIMPAN KEK DAN BISKUT

Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum di simpan. Sebaik-baiknya potonglah kek menjadi sekurang-kurangnya 6 bahagian dan balut setiap bahagian dengan wraping plastick atau kertas timah. Simpan kek dalam bekas kedap udara dan letak pada ruangan beku dalam peti sejuk.

Apabila hendak menikmati kek keluarkan lebih awal dan nyahbekukannya untuk dihidangkan pada tetamu. Dengan cara ini kek akan tahan lebih lama.

Kek yang telah dipotong keping2 boleh juga di panaskan dlm gelombang macro sekadar beberapa saat sahaja. Kek yang lama di panaskan dlm gelombang macro akan menyebabkan kek kering dan keras.

Untuk biskut pula simpan biskut dalam bekas kedap udara. Taburkan sedikit gula pasir kasar agar biskut kekal garing.
Apabila biskut telah lemau, panaskan semula dalam ketuhar selama beberapa minit, selepas itu sejukkan. Ia akan garing semula. Tapi bukan untuk biskut yg telah di salut coklat ye!

Semoga tips dan panduan ini dapat sama2 membantu kita untuk mendapatkan kek dan biskut yang menjadi idaman kalbu. Happy Baking!

Rujukan :azlitamasammanis.com

Friday, April 12, 2013

Baking convertion / Panduan sukatan bahan

Kekadan bila tengok resepi, dia guna sukatan lain dari yg biasa kita guna contohnya oz atau cawan dsb. Pening pulak nak convert jadi gram. Macam tu jugak suhu...ada yg guna ferenheit...kita biasa guna celcius...
Ada yg takde penimbang pun menyebabkan terbantuk hasrat nak mencuba resepi... Jadinya kali ni nsk kongsi la sikit ilmu yg saya jumpa kat blog butterbaking nih... Terima kasih banyak2 sebab post dia nih banyak membantu.... Saya harap ilmu nih boleh dimanfaatksn bersama...
ABBREVIASION
Teaspoon = tsp  - sudu teh = st
Tablespoon = tbsp - sudu besar = sb
Grams = g
Kilograms = kg
Milliliters = ml
Plain flour = all purpose flour
Wholemeal flour = whole wheat flour
White sugar = granulated sugar
Caster sugar = superfine sugar
Icing sugar = powdered sugar
GENERAL MEASUREMENTS
Cups, tablespoons and teaspoons.
1/2 tbsp = 1 1/2 tsp
1 tbsp = 3 tsp
1/4 cup = 4 tbsp
1/3 cup = 5 tbsp + 1 tsp
1/2 cup = 8 tbsp
2/3 cup = 10 tbsp + 2 tsp
3/4 cup = 12 tbsp
1 cup = 16 tbsp
WEIGHT CONVERSIONS
Grams and ounces – general conversions.
1 ounce = 28 grams
1 pound = 16 ounces = 453 grams
20 g = 3/4 oz
60 g = 2 oz
100 g = 3.5 oz
125 g = 4.5 oz
180 g = 6.5 oz
250 g = 9 oz
500 g = 1/2 kilogram = 18 oz
1 kg = 2 pounds = 32 oz
VOLUME CONVERSIONS
Milliliters, fluid ounces and cups – general conversions.
2 tbsp = 29.57 ml = 1 fl oz
1/4 cup = 60 ml  = 2 fl oz
1/3 cup = 80 ml = 2 2/3 fl oz
1/2 cup = 125 ml = 4 fl oz
2/3 cup = 160 ml = 5 1/3 fl oz
3/4 cup = 180 ml = 6 fl oz
1 cup = 250 ml = 8 1/3 fl oz
2 cups = 500 ml = 16 fl oz (1 American pint)
2 1/2 cups = 625 ml = 20 fl oz (1 Imperial pint) 4 cups = 1000 ml = 1 litre = 32 fl oz
OVEN TEMPERATURES
Celsius and Fahrenheit.
100 Celsius (C) = 212 Fahrenheit (F)
120 C = 250 F
140 C = 275 F
150 C = 300 F
160 C = 320 F
170 C = 325 F
180 C = 350 F
190 C = 375 F
200 C = 400 F
210 C = 410 F
220 C = 425 F
250 C = 480 F
SPECIFIC INGREDIENTS
Butter:
1 tablespoon = 15 grams =  1/2 ounce
100 grams = 7 tablespoons = 3 1/2 ounces
1/2 cup = 113 grams = 1 US stick = 4 ounces
1 cup = 227 grams = 2 US sticks = 8 ounces
250g = 1 AUS stick Plain flour: 1 AUS cup = 150 grams = 5 ounces
1 US cup = 125 grams = 4 1/2 ounces
Brown sugar (loosely packed): 1 cup = 175 grams = 6.25 ounces
Brown sugar (tightly packed): 1 cup = 220 grams = 8 ounces
White sugar: 1 cup = 220 grams = 8 ounces Caster sugar: 1 cup = 220 grams = 8 ounces Icing sugar: 1 cup = 120 grams = 4 1/4 ounces
Chocolate chips: 1 cup = 190 grams = 6 3/4 ounces
Honey and other syrups: 1 tbsp = 21 grams = 3/4 ounce
1/4 cup = 85 grams = 3 ounces 1 cup = 340 grams = 12 ounces
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...