Rendang cabai nama diberi oleh tuan punya resepi. Katanya resepi dari ibu dia. Baca komen ramai juga yang cerita mak, nenek diorg biasa masak menu ni dulu-dulu. Resepi orang lama memang selalu sedap.
Masak rendang ni bahan dia simple sahaja tapi masak dia
sangat lama. Nak bagi pecah minyak, daging empuk. Rendang ni selain guna
daging, ada juga dimasukkan bahagian hati, limpa, paru….macam rendang nasib.
Cumanya hakak tak letak selain daging. Anak-anak tak berapa pandai makan, abam
ngan hakak jer yang layan part-part selain daging tu.
3 genggam cili kering - boleh campur pedas/kurang pedas/tak pedas (rendang ni kalau ikutkan memang versi pedas cuma kat rumah hakak ni ada anak-anak dan abam yang tak tahan pedas sangat)
Sangan/sangai cili kering dalam kuali hingga garing atau boleh bakar dlm oven - jangan basuh dulu.
Dah siap sangan - ramas sikit untuk keluarkan biji. Basuh bersih.
Masukkan cili ke dalam pengisar bersama
8 biji bawang ros
2 biji bawang besar
Halia sebesar empat jari
Kemudian kisar bersama air dan 1/4 cawan minyak masak hingga betul-betul lumat.
1 kg Daging
1/2 kg paru,
1/2 kg limpa
1/2 kg hati
Hiris nipis. Gaul dengan tepung gandum, biarkan seketika. Cuci bersih.
4 ulas bawang ros - hiris
6 kuntum bunga lawang
Garam
Gula
Air asam jawa
Panaskan 1 cawan minyak masak. Tumis bawang hiris dan 6
kuntum bunga lawang sampai bawang keperangan. Masukkan bahan kisar. Dan 3
senduk gula. Tumis hingga pecah minyak. (Masakan ni guna gula banyak untuk
seimbangkan rasa pedasnya). Masukkan daging dan bahagian-bahagian lain. Masak
hingga daging empuk. (Boleh tambah sedikit air jika daging masih belum empuk).
Selalu kacau untuk elakkan masakan hangit).
Akhir sekali perisakan dengan garam secukup rasa dan
sejemput asam jawa yang dibancuh dengan air. (Air asam jawa jangan banyak
sangat). Masak hingga semua bahan sebati dan rendang memekat dan pecah minyak.
****garam dan asam letak setelah daging lembut sbb kalau
letak awal daging akan lambat lembut.


























