Showing posts with label APAM. Show all posts
Showing posts with label APAM. Show all posts

Tuesday, May 8, 2018

Apam Balik


Sarapan apam balik homemade guna non- stick jer pepagi ni.......nak wat mihun sup lama beno nunggu ayam defrost... Kalau buat sendiri puas hati....jagung lebih...mentega lebih. Suka hati nak letak banyak mana pun...sindri bikin sindri kenyang.

Kome sarapan apa....mesti menu best2 kan....cer kabo sikit.... ker selfie skit kat teman ni......tenghingin pulok nak nengok...ajernyer....


Apam Balik/Apam P Pinang.

Bahan2nya

4 cawan tepung gandum + 1 sb baking powder
2 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar gula pasir
2 biji telur
1 sk garam
1/4 sudu teh bicarbonate soda
2 cawan susu di campurkan dengan 1 1/2 cawan air suam
Sedikit vanilla essence
Sedikit pewarna kunning telur jika suka

Bahan2 untuk inti nya

1 mangkuk kacang goreng yang sudah di tumbuk halus
1 mangkuk jagung krim
1 mangkuk gula pasir

Cara2nya

Di mangkuk yang besar, letakan tepung, garam & gula. Gaulkan supaya sebati. Kemudian masukkan baking powder dan bicarbonate soda, kacau semua nya rata2, pecah dan masukkan dua biji telur. Pukul semua bahan2nya dengan whizz eletrik atau tangan. Tepungnya jangan terlalu pekat atau cair, letakan essence vanilla & sedikit pewarna kunning. Gaulkan semua nya dan tepikan sebentar. Kemudian sediakan kuali yang rata yang tak melekat. Bila kuali nya sudah panas, letak secukup doh nya di kuali dan rata2kan menjadi bulat.

(Tip - Untuk membuat yang tebal kecilkan api nya, biarkan doh nya masak secukup sebelum meletakan inti nya.)

Bila buih2 kelihatan tunggu hingga ia hampir kering.

Kuih Seri Bulan atau Kuih Tangkup atau Kuih Apam Perlis ata ukaripap apam pun ada org panggil atau apam puri pun yer.


Kuih Seri Bulan..or dikenali jugak dengan nama Kuih Tangkup or Kuih Apam Perlis.....karipap apam pun ada org panggil....apa pun namanya yg pasti sedap... Kompius kejap....namanya banyak sangat....mana satu nama asal pun tak tau sebab kalau google salah satu nama akan jumpa jer spesis yang ni.....adeh....fenin.


APAM PURI/ SUA/ TOKYO/TANGKUP @ ZLC

Kulitnya

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sk yis
4 sk  gula
2 cawan air pandan
Sedikit garam

Kisar semua bahan dan perap selama lebih kurang 20 - 30 minit sahaja. (resepi asal menggunakan kuantiti yis yang agak banyak iaitu 11 gm yis (1 paket) jadi tempoh masa perapnya cuma 5 - 10 mint sahaja)

Intinya pula

1 cawan tepung gandum
2 sb tepung kastard atau tepung jagung
1 cawan gula
2 cawan susu segar atau santan
2 cawan air pandan (optional - boleh guna air biasa atau guna semua santan atau susu)
Sedikit garam

Penyediaan inti kastard:-)  Satukan semua bahan di dalam kuali/periuk. Kacau sebati. Pasang api dapur dan masak hingga likat likat dan nampak berkilat.  Sentiasa kacau adunan ketika memasak.


Saturday, January 13, 2018

Serabai dengan kuah gula melaka


Semalam nyembang pasal serabai kat opis sampai buat akak teghingin sangat nak makan.... jadi akak pun bancuh lah adunan serabai pepagi yg dingin ini......2 jam lagi kita makan serabai....tak yah pegi jauh2 beratus kilometer.....kat dapur #zulfazalovescooking pun ada 2 jam lagi jew.... Nak makan serabai kena drive jauh2 ke penang atau melaka memang takde abang sayang nak layan. Nak tak nak....nasi sejuk ngan kelapa parut pun ada jadi bancuh jer la. Buat sendiri.....puas makan.

Kuahnya ingat nak buat serawa durian. Letih menunggu abg sayang balik bawak doyan kita masak jèr la kuah gula melaka ni utk cicah serabai  kita petang tadi......habis 4 ketul serabai barulah cik abg sayang sampai....tak nak kawan......kata kul 12 dah boleh sampai....tapi dah nak kul 6 baru nampak batang hidung.


Kuih Serabai cicah Kuah

Bahan2

2 cawan tpg beras
3/4 cawan nasi sejuk
1 sudu kecik yis
1/2 cawan santan pekat
1 1/2 cawan air
2 sudu besar gula
sedikit garam

Caranya

1. yis, gula dan sedikit air suam dicampur dlm 1 bekas biarkan selama 5 minit utk
memastikan yis aktif...
2. kisar nasi sejuk dengan 1 cawan air tadi..dah hancur nasi tu
masukkan garam,tepung beras , santan,dan bancuhan yis tadi kacau
sebati .
3. Biarkan selama 2 jam lebih dalam bekas tertutup .
4. Panaskan acuan kuih serabai atau dlm pan kecik ke atau dlm acuan kuih
bakar..sapu dgn sedikit minyak dlm acuan tersebut...dah betul2 panas acuan tu masukkan adunan dlm acuan... sederhanakan api dapur dan tutup acuan.
Bila agak2 dah kering permukaan atas tu menandakan ia dah masak...cungkil guna
bende tajam tuk kluarkan kuih dari acuan.


Kuah gula melaka

Gula melaka (ikut citarasa)
Secubit garam
2 cwn Santan
1 sb tepung jagung
------------
Masak gula melaka dengan air sampai hancur, tapis dan masukkan santan yang dicampur dengan tepung jagung dan masak hingga didih. Kalau selalu supaya tak pecah minyak.

Wednesday, November 22, 2017

Apam Kampung Gula Merah


Takdan sejuk. Jadi tak nampak gebu sangat. Baru keluar oven anak dah merengek2 nak makan. Lapar sangat dah katanya. Apam kampung atau apam tepung gandum ni mudah sangat nak dibuat. Kali ni saya malas nak keluarkan kelapa parut, jadi makan gitu jer. Biarlah orang kata tak sempurna makan apam tanpa kelapa tapi hakak tetap suka. hahaha.


APAM KAMPUNG GULA MERAH

1/2 cawan gula melaka atau gula perang
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan di simpul

Satukan bahan ini dalam periuk dan masak sampai gula larut.
Sejukkan, dan tapis. Pastikan dapat 2 cawan air gula ni, kalau kurang tambah sikt air jadikan  cawan

4 cawan rata tepung gandum
secubit garam
1/2 cawan air
11 gm yeast
1 cawan air


Satukan tepung dan garam dalam bekas
Buat lubang kat tengah dan tuangkan yis, air, air gula. Gaul rata sampai tidak berbentil. Kalau susah boleh masuk dalam blender, tapi jangan masuk semua.. kena masuk 1/3 sekali blend sebab adunan kental blender susah nak berpusing. Kalau nak guna hand mixer pun boleh. Atau tapis adunan.

Kemudian tutup ( tutup dengan tudung yang tinggi sebab adunan akan naik ) dan perap adunan selama 1 jam hingga ia nak 2 kali ganda
Sediakan loyang 11 inc yang telah di sapukan minyak. Boleh juga guna acuan kecil ikut citarasa.

Tuangkan adunan dalam loyang.
Balut penutup pemgukus supaya air kukusan tak menitis atas apam.
Kukus dengan api besar selama 40 minit atau kurang ikut saiz acuan.

Bila dah masak, tunggu sejuk baru potong
nak mudah potong, sapukan sedikit minyak pada mata  pisau.

Hidangkan bersama kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam.

Monday, October 16, 2017

Apam Pisang Gebu Gebas


Apam Pisang gebu gebas ni air tangan anak yang darjah 4.....suka sangat la bila diberi kepercayaan untuk masak memasak ni. Stok pisang lemak manis yang dah ranum semuanya tu banyak....stok terakhir dari kebun sebab selepas diambil semua pokok yang ada dah dilupuskan untuk beri laluan kepada proses tanam semua bagi menggantikan pokok2 yang dah berpenyakit.

Separuh adunan saya tuangkan coklat rice...bila masak macam comot je kejadiaannya....tapi yang comot tu la habis dulu.

Apam Pisang Gebu

3/ 4 cawan gula perang/putih
1 cawan minyak masak
5 biji telur gred c
2 cawan tepung gandum
1 sk baking soda
1 sk baking powder
Sedikit garam
10 biji pisang lemak manis/emas (atau 5 biji pisang berangan)

Cara Cara Masak Resepi Apam Pisang Simple Sukatan Cawan

1. Masukkan semua bahan. Kisar hingga sebati. Perap adunan selama 30minit..
2. Panaskan air kukusan hingga air mendidih.  Sapu minyak pada acuan.. masukkan adunan 3/4 acuan. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
Selamat Mencuba


Tuesday, August 22, 2017

Apam Coklat Gebu Mudah


Merajinkan diri yang diserang wabak malas dan letih yang melanda dua tiga hari ni. Ikut hati memang rasa nak baring....lepak...tidur jer. Tapi macam tak patut sangat la....kena lawan jugak rasa malas yang teramat ni dengan memasak dan mengemas ala kadar...

Jadi la jugak apam coklat gebu gebas untuk minum petang sikit dan selebihnya untuk sarapan esok pagi.


Apam Coklat Gebu
http://zulfadreamland.blogspot.my

2 cawan tepung
3/4 cawan gula perang
1 cawan air/susu segar
1 cawan minyak masak (@ mentega cair)
1 susu pekat manis
3 biji telur (gred C)
3 sb serbuk coklat
1/2 sk baking soda
1 1/2 sk baking powder

Satukan semua bahan dan gaul rata. Oleskan acuan lompang dengan minyak. Tuangkan adunan dan kukus selama 10 - 15 minit dalam kukusan yg telah dididihkan airnya terlebih dahulu.


Thursday, August 10, 2017

Apam Nasi


Apam ni kakak saya yang buat ikut resepi kat bawah ni. Sejak dia dah mahir buat apam ni mudah sgt...bila ada nasi lebih dia buatkan.... huntungkan hakak ni....

Apam nasi @ ZLC
http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn gula perang
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut digaul dgn sedikit garam

Blend nasi, gula dan air sehingga nasi dan gula hancur.

Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit.

Thursday, June 22, 2017

Apam nasi pandan


Pencuci mulut Iftar ke berapa entah...lupa. Dah tak sempat nak update terus masakan2 bulan puasa ni. Kuih kegemaran yang amat sangat ni. Kebetulan nasi sejuk banyak....nasi yang agak lembik sebab anakanda salah ukur air masa memasaknya malam sebelum. Jadi saya bagi resepi kat kakak suruh dia bancuh adunan. Balik rumah dari pejabat tengok apam dah siap terhidang untuk berbuka puasa...


Apam nasi pandan

Bahan2nya

2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air pandan (kisar 10 helai daun pandan dan tapis airnya)
2 tsp yis 
1 paket eno (paket biru) (optional)

Hiasan : Kelapa parut putih + secubit garam (gaul sebati)

Cara membuatnya:

Kisar nasi bersama air pandan.
Kemudian masuk gula dan kisar hingga sebati.
Dalam bekas lain campur tepung beras, tepung gandum dan yis - gaul rata dan tuang dalam adunan nasi yang telah dikisar tadi.
Gaul rata hingga sebati. 
Perap 3-4 jam. Masukkan eno dan kacau rata.
Sudukan 3/4 penuh dalam acuan yang disukai dan kukus selama 10 - 15 minit bergantung kepada saiz acuan. Hidang dengan kelapa parut.


Friday, April 28, 2017

Apam Comel aka Apam Polkadot


Bahan jualan untuk kelab Abd Rahman Auf Tadika anak. Anak2 tadika diajar berniaga....hasil jualan dibahagikan 3....1 bahagian utk tabung kelab, 1 utk infaq, 1 utk peniaga. Alhamdulillah, moga anak ummi jadi usahawan sehebat Abdul Rahman Auf....boleh infaqkan sebanyak2 hartanya untuk jalan Allah.


Untuk sediakan apam ni, subuh2 kitab dapur saya dah dihiburkan dengan bunyi mixer.  Malam taditak sempat nak buat...kepenatan pun ada. Jadi kena siapkan subuh2 buta ni. Suka anak2 bila bangun pagi tengok apam comel dah terhidang. Sikecil pun tak sabar nak tolong pack apam untuk dibawa ke sekolah. Moga2 laris jualan anak ummi hari ni.


APAM COMEL AKA APAM POLKADOT
@ http://zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan

3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete

Inti pilihan

Blueberry filling
Inti kelapa
Inti kacang merah


Cara-cara

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
masukkan inti.
Pipekan lagi adunan yg berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kukus didalam kukusan yg telah dipanaskan selama 10-15 min.


Saturday, April 8, 2017

Apam gula hangus (sukatan cawan)


Buah tangan untuk majlis berendoi kat umah kakak. Mula niatnya nak bakarkan kek dua tiga biji tapi semalam mood dan kederat tak ada.

Subuh tadi menung kejap kat dapur apa nak dibuat. Nak buatkan cucur jawa tak dan nak perap, last2 pilih apam gula hangus ni jer.


Apam gula hangus (sukatan cawan)
Zulfaza Loves Cooking

Penyediaan gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air mendidih

Cairkan gula dan masak hingga keperangan. Apabila gula telah perang masukkan air mendidih dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan.

2 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
1 sk baking soda
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sk garam


Kisar telur dan mentega selama 3 minit. Masukkan esen dan baking soda. Kisar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak. Kisar selama 1 minit lagi dan kemudian tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk adunan. Masukkan air gula dan kacau rata menggunakan whisk. Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Pukul menggunakan whisk hingga adunan sebati.

Panaskan pengukus. Oleskan acuan dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak bergantung kepada saiz acuan.

Friday, February 24, 2017

Apam Manja Pandan


Ulang tayang....kuih yang satu masa tu saya selalu buat. Tetiba teringin nak makan. Buat satu adunan jer....dapat la sepinggan. Warna pun macam2..ada yg terlebih gelap sebab terlama la...terleka dengan benda lain la.... ok la....boleh makan lagi....cantik skit...tona berbeza2.


Apam manja pandan @ ZLC

BAHAN-BAHAN UTK KULIT

1 cawan tepung naik sendiri (boleh guna tepung gandum + 1 sk baking powder)
1 bj telur
1/4 cawan gula
1 cawan air pandan (kisar 6 helai daun pandan dengan air, tapis)
1 sudu besar minyak masak
Secubit garam

Cara:
pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati. (Saya satukan semua bahan dlm pengisar dan kisar 10 minit).
Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas kuali leper, apabila kering, lekatkan inti di bahagian tengah dan lipat, picit dan angkat.

BAHAN UNTUK INTI kastard:

1 cawan tpg gandum
1 sudu besar jagung
1/2 cawan gula (boleh tambah ikut citarasa)
11/2 cawan susu
1/2 cawan air pandan
1-2 biji telur (Optional)

cara:

satukan semua bahan.

dan masak sehingga likat dan berkilat.( untuk filling boleh juga gunakan vanilla cream @ cream custard, kaya atau inti kelapa)

Untuk inti kelapa

(biasanya saya buat banyak2 dan simpan dlm peti beku - inti ni boleh guna untuk buat koih koci, badak berendam, kuih bom, pulut inti, kuih ketayap dll)

1 biji kelapa parut
1 cawan gula putih (manisnya ikut citarasa)
Secawan air pandan
Sedikit garam

Cara-cara

Masukkan kelapa parut, air pandan, gula.  Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula dan airnya sedikit kering. Angkat.

Apam Kampung


Apam kampung....projek lepas waktu kerja semalam. Apam ni sempoi sangat nak buat. Sampai jer kat rumah sukat2 adun2 perap2....kukus....dah siap. Dah agak lama tak buat. Semalam dok fikir apa nak bawak untuk potluck kat opis....nak cepat....ini lah hasilnya
Pagi tinggal potong dan gaul kelapa jer.


Apam Kampung
@ zulfadreamland.blogspot.my

200 g tepung gandum
50 g tepung beras
75 g gula perang
6 g yis + 1/4 cwn air
1 cwn air
Kelapa parut + garam

Gaul semua bahan kecuali kelapa. Griskan loyang dengan minyak. Masukkan bahan yang digaul rata dan perap selama sejam. Panaskan kukus dan kukus selama 45 minit. Tutup penutup kukus dengan kain supaya air tak jatuh ke Apam.

Saturday, February 18, 2017

APAM NASI


Apam nasi tempahan untuk sambutan raya cina di kawsan perumahan anjuran persatuan penduduk dan rukun tetangga. Malam ni kerja penyediaan dibantu anak2. Alhamdulillah.

Kalau ikutkan penat sgt hari ni...... Balik kerja selepas jemput anak dari kelas tambahan disekolah terus balik sediakan makan tengahari sambil uli roti. Kemudian sambung buat chocolate tart pastu adun apam. Pukul 11 malam baru siap mengukus.

Esok pepagi hari yang bz gak....subuh nak bancuh teh tarik dan goreng karipap frozen utk sambutan tu....pastu cadangnya sebelum masak lauk tengahari nak menggosok baju kerja stok seminggu. Pastu ada rewang kat surau pulak untuk majlis meraikan mempelai...2 org ustaz tahfiz yang baru melangsungkan perkahwinan.

Malam majlis makan2nya...selepas maghrib.....esoknya teman krojer....dua tiga menjak ni penuh betul la jadual harian....bila nak ada waktu yang santai2kannnn..

Berbalik kepada cerita apam nasi ni, kejadiannya. Allhamdulillah. Satu loyang dah selamat kena ngap tadi. Anak2 memang suka apam nasi ni.....lama dah tak makan katanya.



Apam nasi
@ Zulfaza Loves Cooking

Bahan-bahannya.
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis @ paket yis
kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara

Blend nasi, gula dan air sehingga nasi hancur
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.

Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.

Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..

Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Sunday, November 20, 2016

Apam coklat gebu


Semalam masa tengah intai2 fb, post si Harum Mawar ni lalu lalang kat depan mata. terbekenan pulak menengoknya. Resepinya senang pulak tu.

Petang ni sambil2 siapkan tempahan cucur penyaram, saya adun la apam coklat ni untuk minum petang. Sikecik tu meragam pulak nakkan kuih donut (kuih keria) sebaik bangun tidur....bahan nak buat takde....jadi cuba la umpan dengan apam coklat ni.

Apam ni memang sangat2 gebu dan lembut. Saya olah sedikit dengan menambah baking powder dan saya tak masuk blender pun, kacau dengan whisk jer sekejap....agak2 sebati jer.




Apam Coklat Gebu

1 cawan tepung
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak masak (@ mentega cair)
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur
2 sb serbuk coklat
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder




Satukan semua bahan dan gaul rata. Oleskan acuan lompang dengan minyak. Tuangkan adunan dan kukus selama 10 - 15 minit dalam kukusan yg telah dididihkan airnya terlebih dahulu.

Wednesday, November 9, 2016

Apam Gula Hangus


Hari ni merajinkan diri buat apam gula hangus untuk makan senja...hahhaha. Nak kata minum petang pun tak sesuai sangat sebab buat lepas balik dari pejabat...Pukul 6.30 baru mula mengadun....first round siap kukus azan maghrib dah berkumandang.

Plan asal nak buat dari Isnin aritu tapi malas mengatasi keinginan untuk makan apam ni...jadinya air guka hangus yang dah disediakan tu simpan jer la dulu.

Tadi bila sampai ke rumah Encik hubby tengah menyediakan asam pedas. Tu yang hilang penat sebab dah tak perlu memasak lauk makan malam. Tq la encik hubby.....kerana mu siap jugak apam gula hangus hari ni.



Apam gula hangus (sukatan cawan)

Penyediaan gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air mendidih

Cairkan gula dan masak hingga keperangan. Apabila gula telah perang masukkan air mendidih dan kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan.


2 biji telur
2 sb mentega
1 sk esen vanilla
1 sk baking soda
1/2 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung gandum
1/4 sk garam


Kisar telur dan mentega selama 3 minit. Masukkan esen dan baking soda. Kisar lagi hingga sebati.

Masukkan minyak. Kisar selama 1 minit lagi dan kemudian tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk adunan. Masukkan air gula dan kacau rata menggunakan whisk. Akhir sekali masukkan tepung dan garam. Pukul menggunakan whisk hingga adunan sebati.

Panaskan pengukus. Oleskan acuan dengan minyak masak. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit atau hingga masak bergantung kepada saiz acuan.

Friday, November 4, 2016

Kuih jepun


Hahahhaha....akhirnya. Setelah sekian lama terperap kat draft blog ni akhirnya dipublished jua. Resepi yang saya cilok dari blog Ha-sue ni dah terbenam ke dasar blog pun. Sesekali saya jengok tapi memanjang tertangguh pembikinannya.

Untuk kuih ni saya guna acuan egg benjo tu jer. Buatnya subuh kitab sambil masak lauk tengahari. Sempat la siapkan 1/3 adunan jer belum bergerak ke opis. Selebihnya minta tolong kakak sambung. Balik opis hubby cerita, berebut2 anak2 makan. Punya lama hubby q tunggu nak rasa. Hahhaha...mana taknya...acuan tu ada satu jer...memang la lama tunggu turn.

Lain kali buat nak guna jem nenas pulak. Bila laris macam ni happy ummi.


KUIH JEPUN

Bahan2

500gm kacang merah * se elok nye direndam 3-4 jam supaya cpt empuk)
gula pasir 4 senduk lauk yg kecil * (boleh ditambah...ikut selera memasing)
3 helai pandan disiat dan simpulkan *
sedikit garam *

rebus bahan2 diatas sehingga empuk dan jadi paste seperti inti kuih pau...ketepikan (yg bagus inti di buat 1 hari sebelum) - Saya guna inti readymade boleh didapati di kedai bakery jer.

500gm tepung gandum
40gm mentega
2 sdt penuh instant yeast **
1 sdt gula pasir **
1-2 sdm air suam **
campurkan bahan ** gaul rata..biarkan sekejap...hingga berbuih dan mengembang

3 biji telur
510ml santan
panaskan hingga naik wap aje...sejukkan (saya perah kelapa parut tu dengan air panas jadi tak la panaskan lagi).
1sdt potas (boleh gantikan dgn 1/2 sdt baking soda + 1/2 sdt baking powder)
160gm gula halus
1/2 sdt garam dan sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla (klau suka)

Cara-cara:

Tepung dan mentega di gaul jadi saperti habuk roti...ketepikan
Telur dan gula dipukul hingga hancur kemudian masukkan santan ,yeast , garam, dan potas / bsoda dan bp..gaul rata.
Masukkan adunan tadi kedlm bekas yg berisi tepung..gaul rata.
Blend kan sikit adunan tadi utk mendptkan tekstur yg lebih halus.
Bubuhkan sedikit pewarna kuning...kemudian diperap selama 4-5 jam

Lengserkan sedikit minyak dgn menggunakan tisu dapur ke permukaan kuali leper (syarat jer..) susunkan acuan diatas kuali...

Sebelum tu sapukan mentega pada acuan..letakkan adunan 1 sudu besar kemudian bubohkan inti kacang tadi..masak dgn api yg perlahan supaya tk hangus..
Kalau nk tau bila boleh terbalikkan...tolak(gerak2kan) sedikit acuan tu ..kalau dah tak melekat makna nye dah boleh...terbalikkan acuan tu kena cepat2 supaya adunan yg sebelah atas tu tk tumpah...
Terbalikkan acuan tu gunakan penyepit sbb besi tu panas...kalau dah pro tak pe..hehehe
Kalau yg sebelah lagi tu dah masak...kluarkan dari acuan..sapukan sedikit mentega diatas nye...boleh la disantap... :)


Saturday, October 29, 2016

Apam susu

L

Lama juga tak ulang siaran buat apam susu ni. Tetiba teringat kat kuih ni....ummi pun rajin2 kan diri le dapur untuk mengadunnya. Guna acuan kecil2 ni macam comel pulak...

Makin comel makin tak sabar nak ngap. Alhamdulillah anak2 suka. Saya pulak kalau diberi pilihan lebih sukakan kek minyak yang adunannya lebih kurang sama dengan apam ni sebab lebih lembab. Tapi bila dah buat ni suka jer dengan rasanya....hidangkan pulak dengan kopi O panas...perghhhh...sedap.

Kali ni sumber resepi saya Sabrina Khan. Ada sesetengah resepi tak letak minyak langsung tapi saya lebih suka versi ni...hasilnya nyaman sekali.


APAM SUSU

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa

Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk

Tuesday, October 11, 2016

Apam nasi


Ni la hasilnya bila stok nasi sejuk banyak kat rumah. Sayang kalau dibuang. Banyak yang boleh dibuat menggunakan nasi sejuk....nasi goreng, apam, cucur, lempeng, keropok.....nak dengan tak nak jer.

Memandangkan dah lama tak buat apam ni dan aritu baru jer beli acuan bunga ros, jadi saya pun minta la tolong kakak kat rumah bancuhkan dulu ikut resepi yang saya olah sedikit dari kak nor secubit garam. Balik jer dari opis dah boleh terus kukus.


Apam nasi @ ZLC

Bahan-bahan

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2 cwn perang
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut digaul dgn sedikit garam


Blend nasi, gula dan air sehingga nasi dan gula hancur.

Dlm bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.

Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.

Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.

Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan dan kukus selama 15 minit.


Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam atau enak juga dimakan begitu saja.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...