Showing posts with label Masakan Anak2. Show all posts
Showing posts with label Masakan Anak2. Show all posts

Sunday, May 7, 2017

Kek Cawan Pisang Gebu (Banana Cupcake)

Airtangan anak untuk minum petang... Anak ummi yang no 2 ni memang rajin bab2 suruh masak2. Gemar sungguh dia kalau ummi offer tolong di dapur. Sejak akhir2 ni ummi dah mula bagi peluang anak2 baking...ummi bacakan resepi dan betulkan kaedahnya...selebihnya diorg buat sendiri. Mula dengan resepi2 mudah dahulu. Nanti ummi akan perkenalkan anak2 dengan masakan2 yang lebih rumit lagi.


Kejadian kek cawan ni memang ada ummmphhh. Lembut, gebu, lembab....dan secukup rasa. Kena bagi lima bintang untuk amatur cilik nih...


Kek Cawan Pisang Gebu (Banana Cupcake)
http://zulfadreamland.blogspot.my

10 biji telur gred C
8 biji pisang berangan
2 cawan gula perang
4 cawan tepung gandum
2 sk baking powder
2 sk soda bikarbonat
2 sk esen pisang atau esen vanilla
1 sk garam
1 1/2  cawan minyak masak


 Cara-Cara

Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan.

Lecek pisang hingga lumat. Campurkan garam dan baking soda dalam pisang lecek dan gaul rata, Ketepikan.

Dalam pingisar, kisar telur bersama gula dan esen pisang hingga gebu.

Tuangkan adunan telur ke dalam mangkuk berisi pisang dan gaul sebati.

Kemudian masukkan tepung dan kaup balik hingga sebati.  Kemudian tuangkan minyak dan kaup balikkan adunan sehingga rata. ****adunan agak cair, jangan tambah tepung.***

Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 2/3 penuh.

Hiaskan atas adunan dengan kekacang/kismis/mix fruit/ cip coklat /hirisan nipis pisang ikut citarasa atau biarkan tanpa hiasan. Bakar dalam ketuhar yg telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C Oven selama 20 minit (bergantung saiz)

Cucuk tengah cupcake dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknanya cupcake telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

Tuesday, May 2, 2017

ZLC's Homemade Pizza


Homemade pizza untuk minum petang....air tangan anak2. Dari semalam janji nak bagi diorang buat pizza sendiri tapi tak jadi buat sebab ada agenda lain.

Hari ni saya bercuti rehat....sebab plan asal nak bawa anak2 holiday tapi sebab tak plan awal...hotel semuanya fully booked. Rancangan buat pizza diteruskan lepas anak2 balik sekolah. Semua proses diorg buat sendiri....ummi cuma bagi arahan jer dan bacakan sukatan bahan sambil layan tv...


Macam2 rupa diorg buat yg bila dah masak macam telur dadar jer kata mak sedara diorg...hehehe....again n again....apa ada pada rupa.....janji delicous dan bahagia bersama....kankankan....betoi dak.


ZLC's Homemade Pizza

Doh

2 sk yis
1 cawan air suam2 kuku
3 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1 sb gula
2 sb mentega

Dalam mangkuk kecil satukan gula, air suam dan yis. Biarkan berbuih selama 10 minit.

Dalam mangkuk besar satukan bahan2 lain. Tuang adunan yis. Uli hingga sebati dan doh licin. Tutup doh dengan tuala lembab. Perap selama lebih kurang 45 minit.


Sos

1 sb minyak masak
1/2 cawan bawang besar cincang
1/2 kg tomato cincang
1 cawan air
1 sb gula
1 sk garam atau secukup rasa
1/3 sk serbuk lada hitam
1/4 sk pes bawang putih
1/4 sk basil kering
1/2 sk oregano kering
1/4 sk marjoram kering
1/4 sk serbuk jintan putih
1/4 sk serbuk cili
1/3 sk chili flakes

Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu. Masukkan tomato dan air. Perisakan dengan bahan2 lain. Renihkan hingga tomato hancur dan sos memekat.

Bahagi doh ikut citarasa...leperkan, letakkan atas loyang yg disapu sedikit minyak. Sapu sos dan taburkan topping pilihan dan cheese - mozarella, cheddar, parmesan. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20 - 35 minit atau hingga doh keperangan.




.

Monday, April 17, 2017

Onde-onde/buah melaka/klepon


Airtangan anakanda. Sarapan pagi dan minum petang kami sekeluarga semalam, hasil tangan anakanda. Pagi anak yg kedua buat sorang2....ummi pantau jer. Petang pulak anak2 empat orang tu buat secara berjemaah...uli sama2....gentel sama2...golek sama2....layankan aje lah labu....diorg tengah seronok nak buat....biarkan. Nanti kalau disekat2 minat anak2 nak ke dapur, dah besar nanti susah nak mula.

Saya sendiri pun sejak sekolah rendah dah mula memasak...terutamanya kuih2 mudah macam ketayap, cucur, lempeng, cara dan lain2. Jadi dengan anak2 pun saya galakkan begitu....macam biasalah lepas masak dapur jadi tongkang pecah sedikit...takpe...asalkan bahagia.


Onde-onde/buah melaka/klepon

Tepung pulut
Air pandan (Kisar daun pandan dengan air dan tapis atau air + esen/pes pandan)
Gula melaka/nise

Air secukupnya untuk merebus

Kelapa parut digaul sedikit garam (seelok2nya gunakan kelapa muda dan ambil bahagian putihnya)

Didihkan air di dalam periuk.
Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Tambah air pandan sedikit2 sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh, bulatkan kemudian leperkan. Isi dengan gula dan gentel bulat. Masukkan ke dalam air yg mendidih. Masak hingga bebola timbul. Angkat yg timbul dan golekkan ke atas kelapa parut. Sedia dihidang.


********Amaran: Kuih ini mengandungi gula cair yang panas....jadi pastikan kuih sejuk sebelum dimakan. Selalunya kuih ini dibuat dalam bentuk yang kecil agar boleh dimasukkan terus ke dalam mulut tanpa perlu digigit untuk mengecilkannya kerana gula yang cair itu akan meleleh keluar....heheheh....hati2.....jangan makan gelojoh2 sangat nanti boleh tercekik pulok....

Thursday, February 9, 2017

Kek Pisang Marble Susu Airtangan Anakanda Bertiga


Alhamdulillah....inilah hasil airtangan 3 orang anak2 saya pagi tadi. Pisang lemak manis yang dah masak dari kebun tempoh hari anak2 guna untuk membuat kek ni.

Anak memang bersungguh nak memasak sendiri. Selain masak nasi, goreng telur dan membantu kerja2 dapur....anak2 selalu request nak baking kek dan biskut. Sesekali saya layankan juga....dan hari ni...inilah hasilnya.


Diorg minta saya buatkan blog khas untuk share hasil masakan mereka tapi saya buat tag khusus kat blog saya ni saja macam tag masakan hubby tu...

Resepi dari blog masam manis saya guna untuk kek pisang marbe susu ni. Sedap....dan masak dengan jayanya.


KEK PISANG MARBLE SUSU

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.

Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan.

Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.

Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati.

Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inci.

Loyang tu sapu mentega dulu dan alas dasar loyang dengan kertas baking.

Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.

Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu. (Anak2 tuang selangseli....sesudu putih kemudian coklat secara bertindih2 hingga habis kemudian lorek)

Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,

Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.


Sunday, February 5, 2017

Kek Pisang Mudah


Resepi Mat Gebu menarik perhatian saya untuk dicuba. Sebabnya resepinya macam mudah....tak perlu nak pukul bagai. Saya pun nak cepat semalam. Ada rewang utk sediakan tauhu sumbat sempena majlis ilmu. 

Kek ni saya buat dua adunan. Satu adunan saya sediakan manakala adunan kedua saya suruh anak yg kedua buat. Saya guna pisang abu aka nipah yang dibawa dari kampung minggu lepas. Dah masak sangat....sebelum rosak baik dibuat sesuatu.

Memang tepat piihan resepi....anak umur 10 tahun pun boleh buat ikut tatacara mudah penyediaannya. Tak percaya..cuba la...resepi kat bawah....


Kek pisang mudah

BAHAN-BAHANNYA :-)

200 gram tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1 camca teh baking powder*(*satukan dan ayak)
150 gram pisang
170 gram gula kastor (mat guna 150 gram gula perang)
Secubit garam (mat tambah)
3 biji telur gred A
120 gram minyak sayur (mat guna minyak jagung)
1 camca besar ovallate
Beberapa titik esen pisang (optional)
Chocolate rice sebagai hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 170C, sediakan loaf pan berukuran 7 inci x 3 inci (2 biji), sapu dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak (anda boleh juga guna tin bulat 8 inci atau tin 4 segi 8 inci). Ketepikan.
Lecek pisang, gula, garam dan ovallate hingga semua bergaul dan sebati. Masukkan telur, kacau hingga rata. Tambah tepung yang telah diayak, minyak jagung dan esen pisang (jika guna). Gaul hingga sebati. Kalau anda nak masukkan sedikit coklat rice juga boleh, tapi mat cuma tabur atas kek saja.
Tuang dalam tin kek dan bakar 40 minit atau hingga masak bergantung pada oven masing2. Keluarkan kek dari tin, biar sejuk atas jaringan dan boleh hidangkan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...