Showing posts with label Burger. Show all posts
Showing posts with label Burger. Show all posts

Monday, April 20, 2015

Burger ayam homemade

Bun charcoal dan fillet ayam istimewa....homemade khas buat anak2 ummi

Burger ayam untuk sarapan pagi dan bekal anak2 ke sekolah.....sebelum maghrib semalam sempat siapkan roti dan fillet....

Pagi tinggal goreng filet jer....


Bahan2 filet
zulfaza love cooking

* 2 kg isi ayam 
* 1 biji bawang besar
* 4 ulas bawang putih
Garam dan lada hitam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
Sebiji telur

Kisar * hingga hancur. Satukan dengan garam, lada hitam, telur dan tepung. Uli hingga jadi doh yang lembut.

Bahan salut filet

tepung gandum + tepung goreng ayam
telur
serbuk roti

Bentukkan filet 4 segi. Salutkan dengan tepung kemudian celupkan dengan telur. Akhir sekali salutkan dengan serbuk roti.
susun dalam bekas dan bekukan. 



Bun burger charchoal
zulfaza love cooking

500 gm tepung roti/high protien (atau tepung gandum)
10 - 20 gm charcoal powder
5 gm improver
15 gm yis
100 gm gula
5 gm garam
1 biji telur gred AA atau 70 gm
80 gm mentega atau shortening
225 gm air/susu segar sejuk

telur + sedikit susu segar dikocok
bijan

Satukan semua bahan. (Pastikan yis dan garam tidak diletakkan berdekatan). Uli hingga tidak lekat ditangan dan bekas serta licin dan elastik. Jika guna BM sila ikut arahan manual. 

Sapu doh dengan minyak. Perap dalam bekas tertutup selama 1 jam. Tumbuk doh dan uli sebentar untuk mengeluarkan udara yg terperangkap. Bentukkan doh dan susun dalam loyang. Biarkan naik seganda.   Sementara itu panaskan oven suhu 180°C.

Sapukan telur + susu. Tabur bijan. Bakar pada suhu 180°C selama 20 minit. Pindahkan ke atas redai...sejukkan. simpan dalam bekas tertutup.

Monday, April 13, 2015

Sloppy joe

Lama dah simpan hasrat nak masak sloppy joe nih....akhirnya malam tadi tertunai jugak....siapkan untuk sarapan pagi...dengan homemade bun......

Untuk sloppy joe ni, saya rujuk beberapa resepi....yg utamanya resepi dari food.com nih la....

http://www.food.com/recipe/my-familys-favorite-sloppy-joes-pizza-joes-63689

1lb ground beef (daging saya cincang sendiri - beli daging pejal segar kat pasar dan cincang guna food processor) 
2 -3 stalks celery, chopped
Saya tambah capsikum dan karot yg di potong dadu
1 onion, chopped
1 (8 ounce) can tomato sauce (saya guna 3 biji fresh tomatoes, chopped)
1⁄4 cup ketchup
1⁄4 cup barbecue sauce (your favorite)
1 tablespoon firmly packed brown sugar
1 teaspoon dry mustard (kat supermarket ada jual)
salt and pepper
1 tablespoon Worcestershire sauce (saya tak letak)
1 tablespoon vinegar

DIRECTIONS

In a large skillet, brown ground beef, celery and onion. Stir in remaining ingredients, simmer covered, 15-20 minutes, stirring occasionally. If Joes appear too'loose', leave cover off and let moisture evaporate. Cook until it's the consistency you like for serving on toasted buns, with french fries and cole slaw.


Nak makan camtu jer pun boleh atau letak sos pilihan....kalau rajin taburkan bawang besar cincang....sedap woooo....

Wednesday, February 25, 2015

Banjo (burger telur)


Dinner mlm ni dan sarapan esok....banjo @ burger telur dengan roti burger pandan homemade......biasa buat warna putih atau hitam....kali ni ubah citarasa.....heeeee..

resepi roti di link roti burger pandan

bahan2nya 

Telur
bawang hiris nipis
lada hitam
garam

Dadar telur dengan lada hitam dan garam secukup rasa. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak. Letak acuan bulat dan masukkan bawang dan goreng hingga naik bau. Masukkan telur dadar dan masak hingga telur masak....kacau sedikit ketika dlm acuan. 

Keluarkan dari acuan apabila sebahagian besar telur dah mengeras dan terbalikkan supaya kedua2 belah masak sekata.


Tuesday, February 10, 2015

Roti burger charcoal

Burger mini charcoal untuk sarapan. Kalau buat besar2 nanti tak habis....buat dua biji sorang....satu untuk sarapan dan satu lagi untuk bekal...tak susah nak potong2....
Roti ni saya uli guna tangan jer....sebab BM tengah uli doh untuk roti inti kelapa....2 sekali jalan...


Buat la jugak saiz besar 3 ketul.....yg lain kecil dengan daging yg memang dibeli dalam saiz yang kecil juga......anak2 punya takde sayur....biasa la tukan......


Bahan2:
3 cawan tepung high protein (bleh guna tep gandum tp tepung high protein lebih baik)
2 sudu makan susu tepung
2 sb gula kastor
2 sudu makan butter/marjerin
1 cawan air suam
2 sudu teh yis segera
Sedikit garam (1/2 - 1 sudu teh)
1 biji telur gred c @ d
10 gm Charcoal powder

Satukan tepung bersama susu tepung, gula, garam, charcoal dan gaul rata. Masukkan butter/marjerin dan gaul hingga jadi seperti serbuk roti. Buat lubang di tengahnya dan masukkan telur, air suam, vanilla dan yis. Gaul rata dan uli selama 10-15 minit. Tambahkan sedikit tepung atau air jika perlu semasa menguli. (Cara saya - Saya satukan semua bahan dan uli hingga doh tak melekat ditangan dan besen dan licin) - Kalau guna BM - ikut peraturan untuk basic doh)

Buatkan bentuk bulat dan sapu sedikit minyak bahagian luarnya. Masukkan ke dalam bekas dan tutup. Ketepikan lebih kurang sejam atau sehingga doh naik sekali ganda. Tumbuk doh untuk membuang angin di dalamnya dan bentukkan bulat- bulat. 
Susun dalam loyang. Biarkan naik seganda. Sapu putih telur campur susu segar dan tabur bijan. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit. (Panaskan oven selama 15 minit sebelum membakar)

Monday, January 19, 2015

Roti burger homemade

Bekalan air terputus sejak tengahari......nasib baik sempat memasak juadah tengahari. Lepas la santapan kami sekeluarga....malam nanti ada bubur lambuk.....jadi settle bab makan. Sampai ke petang masih takde air....tunggu pulak malam pun takde juga....Niat meroti diteruskan juga untuk sarapan dan bekalan aktiviti esok hari.... Saya masih kekalkan penggunaan resepi roti yogurt utk bun burger ni......saya buat dua saiz, saiz mini untuk burger mini anak2 dan saiz biasa untuk dewasa....


Roti burger
 
Bahan2nya

500 tepung gandum tanpa peluntur
200 gm yogurt
120 gm air/susu segar
1 biji telur (gred c/d)
60 gm gula
10 gm garam
60 gm shortening/mentega
11 gm yis/satu paket
Kalau uli tangan, satukan semua bahan kecuali shortening. Uli sebati dan masukkan shortening. Terus uli hingga doh tak lekat ditangan dan mangkuk serta licin dan elastik. Perap selama sejam dalam bekas dan tutup dengan tuala lembab. Bila dah cukup masa, tumbuk doh utk kuarkan anginnya, bulat2kan ikut saiz yang diingini, susun atas tray.  Biarkan naik 2 X ganda, sapukan campuran putih telur dan susu, tabur bijan.  Sebelum tu panaskan oven 15 minit sebelum bakar.  Bakar pada suhu oven 180 - 200°C selama 1/2 jam atau hingga keperangan.
Saya guna BM. Masukkan bahan cecair diikuti dengan pepejal. Set ikut arahan BM. 1 jan 30 minit kemudian siap doh yg boleh dibentuk ikut citarasa....
 

Tuesday, December 23, 2014

Roti burger bamboo charcoal

Inilah hasilnya...burger hitam yang lazat dan menyihatkan....
Sumber asal resepi ini ialah facebook kelab roti tapi saya ubah suai ikut bahan2 yang ada dan tambah bamboo charcoal powder. Charcoal powder ni bagus untuk meningkatkan metabolisma dan memperbaiki blood circulation jadi jangan takut2 nak makan.
Bahan2
...
500gm tepung gandum
100gm gula kastor (boleh kurangkan gula kepada 50gm kalau taknak roti manis)
40gm susu tepung
1st bread improver (tak letak)
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk = 265gm
80gm mentega
1st bread softner (tak letak)
20 gm bamboo charcoal powder (boleh kurangkan kepada 10gm kalau tak nak gelap sangat)
cara,
campur bahan kering dan masuk bahan cecair
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik (saya uli guna BM)
perap 30minit buang angin,
bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 180c
suhu bakar ikut jenis oven anda



Monday, June 2, 2014

Burger sedap nyer...

Dah siap pun sarapan pagi untuk hari ni.....burger bbq....ala burger apa erkÄ·kk....

Mula2 goreng daging nacam biasa hingga masak

Pastu tuangkan sos bbq homemade ke atasnya dan biarkan seketika... 
****************
Resepi sos bbq
zulfaza love cooking

Bahan2

1 botol (1kg) smoke bbq sauce
1 botol besar sos cili 
1 botol besar sos tomato
1 botol besar sos tiram 
1/2 kg madu
1 labu bawang putih (tumbuk kasar dgn kulitnya)
4 sb serbuk cili
4 sb serbuk lada hitam (tumbuk kasar)
5 helai daun bay
2 sk pasley flake
2 sk rosemary
2 sk basil
1 sk thyme
Air secukupnya
Garam
----------
Campur semua bahan dan masak hingga pekat.
**************
Kemudian letakkan cheese dan biarkan cheese cair sedikit....(gambar tak ambil) 

Angkat daging dan letakkan atas roti yang telah dibakar....
Letak  hirisan sayur2 pilihan...tomato, bawang, salad, timun dll....letas sos cili, tomato, mayo ikut citarasa...
 Dan.......makan ler....apa lagi...


Resepi Roti asas
 Saya takde acuan jadi free style jer lar......

Bahan2

500gm tepung roti atau gandingan 400gm tpung roti dan 100gm tpung gandum
100gm gula kastor
Saya tambah 1 sk garam
40gm susu tepung
1sk bread improver
11gm yis atau sepeket yis
sebiji telur cmpurkan dgn air sejuk = 265gm (saya tak letak telur jadi lebihkan air skit)
80gm butter (saya guna shortening)
1st bread softener (tak letak)

cara,,,, 

campur bahan kering dan masuk bahan cecair
uli sebatikan dan masukkan butter dan uli hingga doh licin dan elastik
perap 45 minit buang angin....

bentukkan dan perap hingga naik 2x ganda
bakar suhu 200°C lebih kurang 20 minit
(suhu bakar ikut jenis oven anda )

Tuesday, April 9, 2013

Pau goreng

Resepi ni saya cnp dari blog fizanordin.....resepi ni boleh guna utk buat donat juga.....dan pau kukus tu. Ok la tukan....sekali uli dapat dua tiga jenis kuih.....senang camtu.
Sekali-sekala cuba resepi donut org lain....ok jer kejadiaannya....dah sejuk pun lembut juga. Cuba jgn tak cuba kengkawan...3 cawan tepung tu boleh dapat dekat 20 ketul pau yang besar mulut gelas tu. Cukup la untuk minum petang.
Pau goreng ni kalau letak inti bilis atau sardin ada gak orang panggil burger malaysia...

Bahan2:
2 sk yis mauripan
1/4 cawan air suam
1sk gula   **satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cwn Tepung gandum
4 sb gula
1/2 sk garam
2 sb susu tepung>>takde stok jadinya tak masukkan
1 biji telur
1/2 cawan air - kurang lebih>> yg ni guna fresh milk sbb tak masukkan susu tepung n air kita lebihkan
2- 21/2 sb mentega
Cara2: 
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
Gaulkan sekata dan lubangkan tengah2 tepung.
Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang berttutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan bulat2 macam pau. Biar naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Sejukkan dan belah pau. Boleh masukkan sardin/sambal bilis/kaya atau apa2 yg disukai.
Sedia dinikmati.

Monday, March 12, 2012

Burger Goreng

Bahan-bahan inti

1 kg daging cincang
7 ulas bawang putih (Tumbuk halus)
3 biji bawang besar (Cincang)
1 inci halia (Tumbuk halus)
3 sudu besar rempah kari
5 sudu besar sos cili
3 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa

-------
Tumis bawang2 dan halia hingga naik bau.
Masukkan rempah dan rumis hingga naik minyak.
Masukkan sos cili dan air asam jawa.
Masukkan daging.
Masukkan garam secukup rasa.
Masak hingga daging sebati dan inti tidak berair lagi.

-----
Roti burger secukupnya
Tepung gandum (dan kalau suka boleh tambah sedikit tepung beras)
Garam secukup rasa


Belah dua Roti Burger dan potong tengahnya (jangan sampai putus macam nak buat burger biasa tu. Sumbatkan intinya.

Celup tepung macam nak goreng pisang tu. Pastikan tepungnya tidak terlalu cair dan tepung melekat kat seluruh burger supaya minyak tak menyerap pada roti masa menggoreng.

Goreng hingga garing...

Tuskan dengan tisu/paper towel.

Hidangkan dengan sos dan mayo
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...