Showing posts with label kuih talam. Show all posts
Showing posts with label kuih talam. Show all posts

Tuesday, February 9, 2016

Talam pisang

Kuih talam pisang untuk sarapan dan bekal anak2 esok. Lama juga tak buat kuih2 talam ni....bukannya apa....malas nak mengukus....kalau membakar rasanya lebih mudah....tambah kuih yang nak kena kukus berlapis2 camni...

Tapi harini rajin ada lebih sikit.....tu yang balik kerja terus keluarkan stok puri pisang sejuk beku dari freezer dan kelapa parut. Sambil2 mengukus kuih sambil bakar roti yg diadun sedari petang tadi.... Stok roti dah habis....kena la bikin stok baru....hehehe...

Resepi kuih talam pisang ni sahabat saya,  Kak Roy share kat group. Tengok cantik kejadian talam dia...teruja tengok. Terus jer cnp resepi dalam draf blog setahun lebih yang lalu.....selalu ada jer alasan yang membantutkan usaha merealisasikan keinginan menalam pisang nih....tapi....akhirnya malam itu....tadaaaaaaa......jadi jugak dengan jayanya...... Jom tengok resepinya...senang nak buat...main sukat2 cawan jer...


Talam Pisang @ ZLC

Lapisan Bawah

1 cawan pisang yg telah dilecek
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Lapisan Atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
Garam secukup rasa

Cara

1. Bahan lapisan bawah dicampur dan kukus selama 30 minit.
2. Bahan lapisan atas dicampur dan dimasak atas api sehingga agak pekat dan tutup api.
3. Apabila lapisan bawah telah masak cakar2kan sedikit sebelum letak lapisan atas yg telah dimasak tadi.
4. Kukus lagi 20 minit.
5. Biarkan sejuk sblm dipotong.
6. Selamat mencuba.

Friday, April 3, 2015

Kuih tepung talam gandum

Mengukus kuih malam ni untuk bekal kelas renang besok pagi. Dapat dua loyang....satu dah terkorban malam ni....belum sejuk betul dah potong jadi kurang jelita potongannya.


Nak senang keluarkan dari loyang, saya alas plastik. Tapi acuan biru tu saya sapu minyak jer lar..... Yang dikukus dlm acuan biru tu permukaannya lebih rata...esok baru nak kuarkan dan potong...harapnya senang nak keluar....jangan melekat sudah.

Sumber resepi saya kali ni ialah fb Jom Belajar Buat Kek.

Resepi Tepung talam gandum

Lapisan Bawah:

2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula pasir (saya guna 1 1/3 cawan)
3 cawan santan cair( dari 1/2 biji kelapa )
1 cawan air daun pandan
1 sudu kecil pewarna hijau (saya tak letak)

Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan gula ke dalam bekas.
2. Tuangkan air daun pandan. Kacau rata.
3. Tuangkan santan cair. Kacau hingga sebati.
4. Tambahkan pewarna.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus dengan api sederhana selama 45 minit.
* Jika selepas masak, ada air bertakung atas kuih ni, buangkan air tu dulu sebelum dituang lapisan bahagian atas pula.



Lapisan atas:
2 1/2 cawan santan pekat ( dari 1 biji kelapa )
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
Cara - cara:
1. Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas.
2 Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit sehingga sebati.
3. Tuangkan atas lapisan bawah yang telah masak dan kukus lagi selama 15 minit.
4. Sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday, March 17, 2015

KASWI GULA MERAH LAPIS PANDAN

Mengukus kaswi mlm ni...esok pagi boleh dijadikan sarapan bersama nasi lemak pandan. Ikut resepi asal guna air biasa dan pes pandan. Saya pulak guna air pandan dan sedikit pes memandangkan air pandan tu terpaksa dibahagi dua untuk nasi lemak esok pagi. Sumber resepi saya Mariana Zainal.


Nak makan gaul la dengan kelapa parut yang dikukus (untuk tahan lama) dan digaul dengan sedikit garam.



KASWI GULA MERAH LAPIS PANDAN... untuk kudapan pagi yang bening.

Resepinya ( saiz loyang saiz 8'')

Bhn A

1 cawan tepung gandum
1 sdb tepung ubi
1 sdb tepung beras
3/ 4 cawan gula
1 penutup botol perisa pandan
2 cawan air
1 sdt air kapur
1 penutup botol pewarna hijau

Bhn B

1 cawan tepung gandum
1 sdb tepung ubi
1 sdb tepung beras
3/ 4 cawan gula merah
2 cawan air
1 sdb kicap(nak bg gelap n lemak2)
1 sdt air kapur
Hiasan
Kelapa parut+ garam

Cara

Panaskan ku kukusan hgg air mendidih.. sapu minyak/ marjerin pada loyang. .
Satukan semua bahan A.. blender hingga sebati. .. masukkan ke dlm loyang.. kukus 15mnt.. 

Sambil2 tu sediakan bhn B

Satukan semua bhn B. . blender dan tapis..
Bila bahan A da siap..cakar2kan sikit permukaan atas kuih.. . masukkan bahan B yg da siap ditapis.. kukus lg 15minit... da siap buka kukusan dan kukus lg 2- 3mnt...
Biarkan sejuk baru potong dan salut dengan kelapa parut+garam.. .



Saturday, December 27, 2014

Kuih lapis

Melapis untuk sarapan pagi esok

Kuih lapis

2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/4 cawan gula 
5 1/2 cawan santan 
2 sb minyak masak
1 sk garam
1 sk perisa ros
Pewarna kegemaran

Caranya

- Satukan semua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk....gaul hingga sebati.
- Kemudian kisar hingga halus dan tapis adunan....
- Bahagikan kpd beberapa bahagian mengikut keperluan...dan warnakan adunan dgn warna yg di sukai....
- Tuang 1 sudu besar adunan ke dalam acuan yg kecil....kukus selama 5 minit dgn api yg sederhana atau mengikut ketebalan lapisan kuih....buat sehingga habis....
- Dah siap melapis smpai atas...kukus lg 10-15 minit smpai masak...dah masak sejukkan dulu baru keluarkn dr acuan....sedia utk dinikmati....selamat mencuba...


Saturday, October 25, 2014

Cendol

Cendol sedap buat sendiri...puas minum....kalau yang beli kekadang terlebih air kapur.....ada yang rasa hangit semacam.....

Ada resepi yang campurkan tepung jagung...tapi dua2 pun ok...jadi cendul yg sedap juga....

Yang ini saya guna gula apong teh C Peng dari sarawak tu....sedap sungguh jadinya...


Gula teh c peng....

Yang bawah ni saya guna gula melaka....warnanya kurang gelap....


Bahan-bahan ( 4-5 orang )

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
kacau selalu supaya tidak hangit. 


Sediakan bekas yang berisi air sejuk.


Masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk.

Kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang atau atau plastik - potong bucunya dan picit dalam air. simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....



Air cendul

santan pekat
Air gula melaka/merah/gula apong
cendul
garam
ketul ais

Satukan. Semua bahan. Sedia dihidang....



##############$$$$$$##############

Resepi berasaskan cendul...

Talam Cendol

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc./11x11 inc )
Lapis Bawah :-
225 g tepung beras (cap gajah)
1 sb tepung ubi
2 sk garam
800 ml santan cair(akak guna 300ml santan KARA+500ml air)
130 g cendol pandan - http://www.myresipi.com/top/detail/7398...atau beli cendol yg dh siap jual...
60 g kacang merah yg direbus empuk
60 g biji jagung direbus
60 g gula halus
Lapis Atas(Serikaya) :-
*600 ml santan pekat(akak guna 400ml santan KARA+200ml air)
*200 g gula melaka - dihiris halus
*50 g gula halus
*1/4 sk garam
5 biji telur
60 g tepung gandum
30 g tepung beras
Cara-cara
Masak bahan2 bertanda * untuk serikaya hingga gula larut.Tapis dan sejukkan.Ketepikan.
Panaskan kukusan dan masukkan loyang yg disapu minyak sekeliling.
Cara2 untuk lapisan bawah :-
Santan,tepung2 garam dan gula digaul rata dan masak hingga hampir pekat dan tuangkan cendol,kacang merah dan jagung dan gaul rata.Matikan api.
Tuangkan adunan terus ke dalam loyang yg telah dipanaskan dan kukus hingga masak atau selama 15 min.Sambil itu siapkan lapisan atas(serikaya)
Cara2 untuk lapisan atas (serikaya):-
Satukan *santan yg telah dimasak dgn gula tadi bersama telur dan tepung.Kacau hingga sebati dan tapis.Masak hingga adunan serikaya pekat atau masak kaedah double-boil supaya adunan tk mudah hangit pd dasarnya.
Apabila serikaya pekat,tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus lagi hingga adunan masak atau selama 20 min di atas api sederhana.
Biar kuih benar2 sejuk.
Bolehlah dipotong dan disajikan.

Puding/Agar-Agar Cendol

Bahan-bahan ( 10 x 10 x 1 inci )
Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam
Bagi Lapisan Atas
500ml air
200gm gula merah
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam
Cara-cara
Bagi Lapisan Bawah
Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
Bagi Lapisan Atas
Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.


Sunday, June 29, 2014

Kaswi tepung pulut

Kuih kaswi kegemaran saya. Anak2 pun suka gak.

Sumber yatimemories
Bahan-bahan ( loyang 9x9 inc. / +-30 acuan lompang) 

Bahan A :-

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
1/2 sk kapur yang pekat
2 cawan air
sedikit warna coklat (saya letak kicap pekat)

Bahan B :- 
3/4 cawan gula merah/melaka 
1/4 cawan gula pasir
1/2 sk garam
2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul    

Bahan C :-

kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan

Cara-cara

Campur bahan2 A ke dalam  mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.Campur bahan2 B ke dalam  periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.

Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...