Thursday, August 31, 2017

BEST MOIST CHOCOLATE CAKE


Selesai sediakan sarapan....sambil prepare kambing untuk nasi arab hidangan malam ni saya godak ke coklat. Kek coklat super moist yang mudah....

Tak sempat sejuk....keluar oven terbalikkan dan terus tuang topping. Pastu terus potong dan ngap...


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE
zulfadreamland.blogspot.my

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp soda bikarbonat
1 tsp serbuk penaik
2 biji telur saiz A @ B
1 tsp garam
1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
1 cawan minyak masak
1 1/2 tsp asen vanilla
1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2 sk nescafe

Cara Penyediaan:

Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit.

Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. Cucuk kek dengan lidi atau pisau.

Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.


Topping/ganache coklat

250 gm coklat putih (white chocolate) + coklat gelap (dark chocolate)

1/2 cawan susu cair (sebelum ni saya guna 1/4 cawan....kali ni saya cairkan lagi skit)

Masakkan hingga coklat cair. Tuangkan ke atas kek ketika masih panas.


Resepi substitute buttermilk:

Bahan-bahan:

1 cawan susu segar
1 sb cuka masak atau jus lemon

Cara Penyediaan:

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan (tak perlu kacau..biarkan begitu saja).
Biarkan larutan berehat selama 5 minit dan boleh digunakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...