ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Thursday, August 31, 2017
Lempeng Air Kelapa
Menu sarapan....lempeng air kelapa cicah dengan kari ikan semalam. Lama dah tak buat lempeng kelapa yang dibancuh dengan air kelapa muda nih. Isnin lepas hubby pegi kebun...kebetulan orang yang menguruskan kebun tu tengah menurunkan kelapa muda untuk dijual.
Hubby bawak balik 60 biji...puas minum air kelapa...tinggal baki 3 biji untuk dibuat lempeng.... kelapanya pun guna degan jer...isi kelapa muda. Sedap....tambah2 kalau dicicah susu pekat....perghhhh...ngancam sekali...dua keping saya makan....lama kot tak pekena lempeng air kelapa.
Lempeng air kelapa
Bahan2nya
3 cawan tepung
2 cawan - 2 1/4 cawan air kelapa
1 1/2 cawan kelapa parut muda (degan)
garam secukup rasa
Satukan semua bahan dan kacau rata. Panaskan pan/kuali, letak sedikit minyak. Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan. Biarkan garing sedikit dan terbalikkan. Dah masak angkat dan hidangkan bersama bilis atau susu pekat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sedapnya, nanti nak try buat juga. Terima kasih resepinya
ReplyDelete