ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Wednesday, August 16, 2017
Kuih Cek Mek Molek
Makan malam semalam. Teringin nak makan...dah lama tak buat. Kebetulan keledek lebihan buat mee rebus tu banyak lagi berbaki.
KUIH CEK MEK MOLEK
http://www.zulfadreamland.blogspot.my
Bahan kulit:
1 kg keledek ~ kupas, direbus hingga empuk atau potong dan kukus hingga empuk tanpa kupas terlebih dahulu, bila dah masak baru buang kulitnya sebelum lenyek)
1 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Gula secukupnya untuk inti
Caranya:
1. Keledek yang telah direbus/kukus, masuk dalam bekas, tambah garam, kemudian dilecek halus ketika masih panas.
2. Dah suam, tambahkan tepung dan uli sebati.
3. Ambil sedikit adunan, leperkan, masukkan gula, tutup dan bentukkan membujur. Susun atas dulang yang dioles sedikit minyak. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak, ambil kuih dan goreng dengan api sederhana hingga garing dan keemasan.
****Jangan makan panas2 sgt nanti melecur lidah sebab gula yang dimasak tadi akan cair dan panas.
Masa menggoreng api jangan terlalu besar supaya kuih masak sempurna. Kalau api terlalu kuat
nanti tepungnya tak masak dan gula didalamnya tak sempat cair tapi bahagian luar dah gelap.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment