Saturday, August 26, 2017

Birthday Brownies


Pertama kali mempersembahkan brownies sebegini....sebagai pengganti kek harijadi.....

Bila anak buah minta sediakan kek birthday untuk baby boy dia punya first birthday, terus dalam kepala terbayang birthday brownies. Saya google beberapa imej dan tunjukkan kepada anak buah untuk dapatkan persetujuan.

Bila dah ada persetujuan.....saya pun dengan senang hati hasilkan birthday brownies yg sesuai sangat untuk birthday baby yg belum berapa nak pandai potong kek sendiri ni...


CHOCOLATE BROWNIES KEDUT

400 gm coklat coklat compound
150 gm mentega
200 gm gula perang
4 biji telur ~ gred A
100 gm tepung gandum campur 1 sk serbuk penaik
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.

Satukan coklat dan mentega, dan cairkan dengan kaedah double boiler. Gaul rata.

Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan whisk sahaja.

Satukan juga tepung, serbuk penaik dan serbuk koko. Kemudian di ayak.

Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat dan kacau rata.

Kemudian masukkan sedikit-sedikit tepung dalam adunan. Kemudian gaul rata.

Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek.

Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.

Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit.


Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.


Tips : Untuk dapatkan brownies yang enak sebaiknya guna coklat yang baik kualiti dan mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!

Selain itu, pilihan serbuk koko dan mentega bermutu juga amat mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang berkualiti dan mentega tulen (pure butter) untuk hasil brownies yang lebih lazat.

untuk sos karamel coklat yang saya gunakan untuk hiasan kek

1 cawan (100 gm) gula
1/4 cawan (60 ml) air
1/2 cawan (125ml) whipping cream
2 sb (30 gm mentega tanpa garam)
1 sk (5 gm) esen vanilla
100 gm coklat compound


Tuang 1 cawan gula ke dalam pan. masukkan 1/4 cawan air. masakkan hingga menjadi karamel. alihkan dari api. tuangkan 1/2 cawan whipping cream dan coklat. gaul sebati. masakkan semula selama 1 minit. alihkan dari api. Masukkan mentega. kacau sebati. masukkan esen vanila. gaul rata. Biarkan sejuk pada suhu bilik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...