ZULFAZA LOVES COOKING @ ZLC ;-) Blog ini direka khas untuk berkongsi minat dan resepi samada daripada koleksi dan kreativiti sendiri ataupun yang diperolehi daripada sumber-sumber lain yang telah dicuba sendiri oleh pemilik blog ini.... Makanan yang disediakan daripada air tangan sendiri adalah yang terbaik untuk keluarga kita.....jom memasak...
Monday, September 4, 2017
Rendang Hitam Pulau Pinang
Merendang daging korban untuk rewang semperna majlis korban di surau jumaat lepas. 11 kg daging batang pibang dimasak untuk dijamu kariah dan tetamu yang hadir di majlis tersebut. Rendang pulau pinang atau lebih dikenali sebagai daging masak hotam ni saya pilih untuk dimasak kerana lebih mudah dan cepat menyediakannya berbanding rendang pedas....
Daging ni sepatutnya dimasak hingga pekat tapi kali ni tak sempat pekat...kariah lelaki yang usai solat jumaat dah balik ke surau dengan perut keroncong...jadi kami wanita2 ni terus lah menghidang lauk pauk yang di masak. Alhamdulillah dagingnya dah elok empuk cuma kuahnya masih cair.
Gambar dalam mangkuk biru tu, daging yang saya tapau dan panaskan sampai pekat kuahnya. Dagimg dah lebih mesra dengan kuah jadi makin terangkat rasanya. Makan pulak dengan nasi panas....memang tak pandang belakang dah..
Rendang Hitam Pulau Pinang
Bahan
1 kg Daging (ros)
2 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 sk jintan manis (tumbuk)
3 tangkai daun kari
3 sb madu
6 sb kicap manis
3 sb air asam jawa pekat
Garam secukup rasa
Kisar
2 inci halia
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
5 btg serai
20 biji cili kering (buang biji dan celur)
Minyak untuk menumis
--------
Goreng daging yang telah dihiris nipis tanpa minyak hingga airnya agak kering dan ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.
Masukkan kulit kayu manis, jintan manis, bunga lawang dan daun kari. Tumis lagi sebentar.
Masukkan air asam jawa, kacau rata.
Masukkan daging dan gaul sebati.
Masukkan kicap, madu dan garam.
Masak hingga agak kering. (Kalau daging masih tak cukup empuk, masukkan sedikit air dan masak sehingga agak kering). Pastikan sentiasa dikacau supaya tidak hangus...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment