Saturday, September 30, 2017

Mee Kari Makcu

 Menu sarapan yang tertangguh hampir seminggu....plan asal nak masak isnin aritu tapi entah penyakit malas tahap kritikal melanda sudahnya sabtu baru menjadi. Mee kari makcu yg simple2 ajer pagi ni. Kalau malas nak masak lunch nanti ini lah juga santapannya....malam la kot baru masak nasi.


Untuk kuah mee ni saya guna stok ayam kampung. Manis rasanya, ayam kampung ori. Takde stok seafood kali ni.


Mee Kari Makcu
http://www.zulfadreamland.blogspot.my

Untuk kuahnya
Bahan-bahannya

2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia
segenggam ikan bilis
3 sb serbuk kari daging
2 sb serbuk kari ikan
4 sb cili boh
1/2 cwn air asam jawa pekat
3 liter santan dari 2 biji kelapa
Air rebusan ayam secukupnya
Fish ball dan fish cake
Garam secukup rasa
1 sedikit gula melaka (optional)
3 batang serai dititik
4 tangkai daun kari
Minyak untuk menumis.


Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan ikan bilis hingga hancur.

Panaskan minyak. Tumis serai dan daun kari seketika. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.

Masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing/pecah minyak. Masukkan air asam dan kacau rata. Kemudian masukkan santan, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.

Masukkan sotong, udang, kerang, fish cake dan fish ball. Masakkan 5 minit sebelum tutup api. Hidangkan bersama bahan pelengkap di bawah.

 ---------------------
Bahan pelengkap

1 kg mee kuning di celur
1 kg laksa di celur
Tauge/sawi/kacang panjang dicelur
Bawang goreng
Cili dihiris nipis
Tauhu goreng
Daun sup dan daun bawang
Daun pudina
Limau nipis/kasturi
Cili jeruk
Bawang goreng
Begedil


Resepi bergedil boleh rujuk post terdahulu Di Link ini.


Punya banyak perencah sampai tenggelam meenya tak nampak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...