Menu tengahari tadi. Malas sungguh rasa nak masak hari ni. Rasa macam nak tidur sepanjang hari. Tapi kesian ahli rumah kelaparan. Hubby pun baru jer balik dari kerja.... Jengok2 dapur...belum berasap lagi. Ayam kampung ni dah direbus sejak malam lagi sebenarnya.
Niat nak masak pagi2 buta tapi bila mood malas datang satu sen tak guna...hahaha. Dekat pukul 2 baru dengan lemah longlai ke dapur sediakan bahan....nasi dah minta tolong anak dara masakkan. Siap masak dekat pukul 3 baru makan....kira lunch + dinner la...
Nasi Ayam (Ayam Kampung)
2 ekor ayam kampung dara (potong 4)
Rebus dengan 5 keping hirisan halia hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan. Letepikan air rebusan untuk memasak nasi dan sup.
Penyediaan nasi
4 pot nasi - basuh dan toskan
6 pot air rebusan ayam (sekiranya menggunakan beras basmathi)
1 1/2 sk garam
Masak nasi seperti biasa.
Bahan tumis
1/4 cawan minyak
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
Tumis hingga naik bau dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam nasi yang telah dimasak. Gaul rata.
Penyediaan Ayam Goreng
1 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
5 inci halia
Kisar.
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
Ayam yang telah direbus.
Gaul rata semua bahan di atas. Goreng ayam hingga keperangan.
Penyediaan sup
Air rebusan ayam
2 biji kentang potong kiub kecil
1 batang lobak merah potong kiub kecil
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
Garam secukup rasa
Bahan tumis
1/4 cawan minyak
1 biji bawang besar - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
Masak air rebusan ayam dengan kentang dan lobak merah. Perisakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga empuk.
Tumis hingga naik bau dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup dan gaul rata. Hidangkan bersama daun sup dan daun bawang.
Resepi klik dilink ini |
No comments:
Post a Comment